Thursday 20 April 2017

Tinta Online Volume 3/2017 - 20 April 2017


Forum Memperingati Sumbangan Tan Sri Just Faaland Kepada Pembangunan Sosioekonomi Malaysia

3 April 2017 (Isnin) – Forum Memperingati Sumbangan Mendiang Tan Sri Just Faaland kepada Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utusan, Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad.
Forum ini telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan 2, Datuk Johari Abdul Ghani dan turut menampilkan beberapa panelis antaranya Pengarah Eksekutif MIER, Dr Zakariah Abdul Rashid, Perunding Kanan, Chr. Michelsen Institute (CMI), Dr Rais Saniman, Bekas Pengarah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Datuk Dr Richard Leete, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MIER, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dan beberapa panel yg lain.
        Forum yang bertujuan mengingati sumbangan mendiang Tan Sri Just Faaland kepada penggubalan dasar ekonomi Malaysia khususnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) itu dianjurkan secara bersama oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Majlis Perundingan Melayu (MPM), Kumpulan Utusan dan Chr. Michelsen Institute (CMI). Pengisian forum sehari itu turut merangkumi pembentangan beberapa kertas kerja dan perbincangan panel yang mengulas tentang aspek ekonomi dan pembangunan negara.

Turut hadir ke majlis, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Setiausaha Agung MPM, Prof Datuk Dr Hasan Mad.



Tan Sri Sulaiman Mahbob (kiri) selaku pemudahcara mengulas beberapa isu mengenai tajuk yang akan dibincangkan bersama para panelis.

Sebahagian tetamu dan peserta forum memenuhi Dewan Utusan sebelum acara dimulakan.


Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Johari Abdul Ghani (kiri) sebelum sidang forum bermula.

Sesi ketiga forum diteruskan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang.


Majlis Syoknya Kenduri Anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM)

13 Mac 2017 (Isnin) – Lebih 1,000 kakitangan Kumpulan Utusan hadir memeriahkan majlis ‘Syoknya Kenduri’ yang telah diadakan di Dewan Utusan. Majlis yang dianjurkan oleh Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) itu bertujuan bagi menyemarakkan semangat gotong royong antara kakitangan serta merapatkan ukhwah yang sedia terjalin.
        Majlis yang julung kali diadakan itu tampil dengan pelbagai aktiviti antaranya ceramah perdana yang telah disampaikan oleh penceramah terkenal tanah air iaitu Syamsul Amri Ismail atau dikenali sebagai Syamsul Debat. Selain itu, terdapat pelbagai juadah yang disediakan oleh kakitangan mengikut gerai antaranya Gerai Sate BKUM, ‘Roti Canai Gebu Gebazz’, ‘Dessert D’Umes’ Nasi Lemak Anak Dara’, ‘Syoknya Air’ dan lain-lain. Lebih menarik, acara gerai tercantik turut diadakan dan gerai ‘Roti Canai Gebu Gebazz’ telah dinobatkan sebagai gerai tercantik.
Selain itu, majlis turut melancarkan logo terbaharu BKUM yang telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas. Logo tersebut diperbaharui sejajar dengan perkembangan semasa kelab tersebut yang telah mencapai usia 39 tahun penubuhannya.
Hadir sama dalam majlis ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Yang Dipertua BKUM, Saifol Bakhtiar Hamik. Semoga majlis seperti ini diteruskan kerana dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja selain bertukar-tukar pandangan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka menjayakan sesuatu program. 




Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) bersama tetamu dan kakitangan Kumpulan Utusan bergambar kenangan bersama di Dewan Utusan sebelum menikmati juadah kenduri yang disediakan.


Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) melancarkan logo BKUM baharu sambil diperhatikan oleh Syamsul Debat (kiri), Datuk Othman Mohamad (tengah) dan YDP BKUM, Saifol Bakhtiar Hamik.

Kakitangan 'tidak kering gusi' ketika mendengar ceramah perdana yang disampaikan oleh Syamsul Debat.

Kakitangan tidak melepaskan peluang untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan majlis berlangsung.







Kumpulan Utusan jalin kerjasama tiga syarikat ICT

22 Mac 2017 (Isnin) – Sebagai langkah mempelbagaikan portfolio perniagaan, Kumpulan Utusan telah menjalinkan memorandum kerjasama dengan tiga syarikat terkemuka yang berpangkalan di India iaitu Krishna Industrial Corporation Limited (KIC), Combatore Institute of Technology (CIT) dan Primainfo Technologies Sdn. Bhd. melalui perjanjian persefahaman (MoU) dalam bidang pembangunan perisian. Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah diadakan di ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Kerjasama itu bertujuan bagi membangunkan perisian yang mampu mengukuhkan perniagaan berasaskan ICT, produk dan komponen berkaitan industri itu selain berkongsi kepakaran dalam bidang berkenaan. Dalam majlis tersebut, Utusan diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas, manakala KIC diwakili oleh Pengarah Urusannya, Dr. SRK Prasad dan Primainfo Technologies diwakili oleh Suresh Raj Krishnan.  Hadir sama ke majlis, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Utusan, Wan Nor Asmah Wan Ismail.

Datuk Mohd Noordin Abbas menandatangani dokumen perjanjian yang disediakan.

TERMETRAI.. Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Dr. SRK Prasad (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh wakil dari Primainfo Technologies, Suresh Raj Krishnan.

Proses menandatangani perjanjian antara Utusan dan tiga syarikat ICT sedang berlangsung.

Sebahagian tetamu yang hadir semasa majlis menandatangani dokumen perjanjian berlangsung.

Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) menjawab pertanyaan sewaktu diwawancara oleh wartawan sambil diperhatikan oleh Dr. SRK Prasad.




Utusan terima anugerah Malaysia Business Awards

9 Mac 2017 (Khamis) - Peranan Kumpulan Utusan dalam membantu meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat diiktiraf apabila dipilih sebagai pemenang anugerah Malaysia Business Awards (MBA) Appreciation Award dalam satu majlis penghargaan yang diadakan pada 9 Mac lalu di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Anugerah telah di sampaikan oleh Pemangku YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur, Don Nazwin Don Najib kepada Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad. Anugerah tersebut merupakan satu penghargaan kepada Utusan dalam memperjuangkan ekonomi dan sosial rakyat khususnya kepada golongan bumiputera.

Don Nazwin Don Najib (kiri) menyampaikan Anugerah kepada Datuk Seri Othman Mohamad (tengah) pada majlis makan malam Malaysian Business Awards di Hotel Shangri-La.

Datuk Othman Mohamad (berdiri, dua dari kiri) bergambar kenangan bersama penerima-penerima anugerah Malaysian Business Awards.





 Promosi Tealive

14 Mac 2017 (Selasa) – Produk minuman baharu Tealive, telah mengadakan promosi minumankepada kakitangan Kumpulan Utusan di ruang lobi Blok B, ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad. Sebanyak 350 minuman Berjaya diedarkan kepada kakitangan Kumpulan Utusan seawal pukul 12.30 tengahari. Pemberian minuman tersebut itu bersempena penjenamaan semula jenama Chatime yang kini telah bertukar kepada jenama Tealive. Turut hadir semasa sesi agihan minuman tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn. Bhd, Bryan Loo,  Penolong Pengurus Jenama, Loob Holding Sdn. Bhd., Engku Nurul Jannah Engku Diaudin, Pengarang Media Baharu, Aznan Bakar danPengurus Komunikasi Korporat, Nik Anura Nik Abdul Rahman.


Bryan Loo (dua dari kanan) mengedarkan minuman percuma kepada kakitangan Kumpulan Utusan di perkarangan lobi Blok B.




Majlis Penyampaian Hadiah dan Pelancaran Karya Pemenang Sayembara Novel Fiksyen Sains danTeknologi UTM-Kumpulan Utusan Musim Ke-4



Dalam usaha untuk melahirkan modal insan kreatif yang berorientasikan pemikiran sains dan teknologi, Kumpulan Utusan meneruskan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam menganjurkan Sayembara Fiksyen Sains Dan Teknologi UTM- Kumpulan Utusan bagi musim keempat yang telah diadakan pada 28 Mac lalu di Dewan Utusan. Majlis penyampaian hadiahnya telah disempurnakan olehMenteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.
Sebanyak 23 manuskrip daripada 28 penulis yang telah diterima dan setelah beberapa tapisan dari panel hakim, hanya lapan naskhah Berjaya dipilih untuk ke peringkat akhir. Seorang guru Bahasa Inggeris, Rosli Mohmad Ali menggungguli sayembara musim ini apabila Berjaya membawa pulang wangt unai RM25,000 secara keseluruhannya dengan memenangi tempat pertama dan kedua menerusi dua karya beliau Nafkhatul Faza 3035 dan Katalis Neurogenesis. Selain wang tunai, beliau turut membawa pulang hadiah iringan berupa piala dan watikah penghargaan. Manakala, tempat ketiga dimenangi oleh Muhtadi Mahsun dengan memenangi wang tunai RM5,000 beserta hadiah iringan menerusi karya Dunia Hanyalah Pentas.
Tiga pemenang layak untuk memenangi hadiah sagu hati berup wang tunai RM1,000 setiap seorang iaitu Ahmad Muzaffar Baharudin dengan karya Kuantum Dalam Jemala, Idris Boi dengan karya Perang Homosapien dan Nor Azida Ishak, Ted Mahsun, Fadli-Al-Akiti dengan karyaYang Diselindung Samudera.
Karya-karya pemenang telah diadili oleh Dr. Lim Swee Tin selaku pengerusi, Prof. Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas, Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad dan Tuan Haji Khalid Mazlan. Hadir sama ke majlis, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Sri Alias Haji Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksanan Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan Musim ke-4, Datuk Othman Mohamad, Prof Madya Ummul Khair Ahmad serta pengurusan Kanan Kumpulan Utusan dan UTM.

Datuk Abdul Aziz Ishak (kanan) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Dato' Seri Mahdzir Khalid (tengah).

Dato' Seri Mahdzir Khalid (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama sayembara, Rosli Mohamad Ali (dua dari kanan) pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Pelancaran Karya Pemenang Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi Malaysia (UTM) - Kumpulan Utusan di Dewan Besar Utusan Melayu.

Dato' Seri Mahadzir Khalid (kanan) melancarkan karya-karya pemenang Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi sambil diperhatikan oleh tetamu dan pengurusan kanan Utusan dan UTM.

Dato' Seri Mahdzir Khalid (tengah) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama pemenang-pemenang Sayembara musim ini.



Program Kesihatan – Anda Pasti Anda Sihat?

Satu program kesihatan – anda pasti anda sihat? telah diadakan pada 30 Mac lalu di Dewan Utusan yang telah dihadiri hampir 400 kakitangan Kumpulan Utusan. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Sumber Manusia dengan kerjasama Pantai Hospital Ampangmenyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada kakitangan antaranya tekanan darah, ujian kolesterol, pemeriksaan saringan kepadatan tulang, pemeriksaan mata dan pemeriksaan Pakej Saringan Kesihatan PERKESO pada bagi kakitangan Kumpulan Utusan yang mempunyai baucer PERKESO.
          Program ini bertujuan untuk membantu kakitangan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas tentang kesihatan diri serta memberi kesedaran kepada semua tentang pentingnya menjalani pemeriksaan kesihatan. Selain didedahkan tentang pelbagai info kesihatan, acara turut diserikan dengan demo masakan oleh Chef Idzran dan aktiviti zumba pada akhir acara. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Beberapa orang kakitangan mencuba sampel minuman susu kesihatan yang dijual di kaunter semasa program berlangsung.

Antara kakitangan yang mengambil peluang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan percuma di Dewan Utusan.

Pemeriksaan kadar kepadatan tulang dilakukan oleh kakitangan Anlene.

Doktor Pakar Oftalmologi melakukan pemeriksaan mata kepada kakitangan Kumpulan Utusan.

Beberapa kakitangan Kumpulan Utusan mendapatkan nasihat kesihatan daripada doktor pakar Pantai Hospital Ampang.

Antara kakitangan yang menyertai senaman Zumba di Dewan Utusan.



Kunjungan Hormat Majlis Dakwah Negara-Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

23 Mac 2017 (Khamis) – Majlis Dakwah Negara (MDN)-Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi MDN, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid disambut oleh Penolong Ketua Pengarang, Datuk Hassan Mohd. Nor pada pukul 3.00 petang.
          Kunjungan diadakan bertujuan membincangkan bagaimana memperkukuhkan perpaduan dan isu-isu yang membelenggu orang Melayu termasuk mempertahankan tulisanjawi untuk generasi masa depan. Selain mengadakan perbincanganduahala, delagasi turut dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo! bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang  operasi penerbitan akhbar.

Datuk Hassan Mohd Noor (kanan) menerangkan sesuatu kepada delegasi tentang akhbar Tutor sewaktu mengadakan lawatan ke Jabatan Pengarang Utusan.

Pengurusan Kanan Utusan Malaysia bersama delegasi dari YADIM bergambar kenangan bersama susai mengadakan lawatan di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

Editor Foto, Kadir Bachok memberi penerangan tentang pemilihan foto untuk diterbitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Datuk Hassan Mohd Noor (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Dr. Zuhdi Ab. Majid sambil diperhatikan oleh delegasi dari YADIM.






Lawatan Petronas Chemicals Group Berhad ke Utusan Melayu

12 April 2017 (Selasa) – Petronas Chemicals Group Berhad telah mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu. Rombongan yang diketuai oleh Ketua Bahagian Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat Petronas Chemicals Group Berhad, Siti Azlina Abd. Latif itu disambut oleh Timbalan Ketua Pengarang, Datuk Othman Mohamad. Selain mengadakan lawatan, delegasi dari Petronas Chemicals turut berbesar hati mengedarkan pek minuman percuma kepada kakitangan Utusan Melayu ketika mengadakan lawatan di Jabatan Utusan Malaysia dan Kosmo!. Turut hadir dalam lawatan tersebut,Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor, Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman dan Pengarang Ekonomi, Johardy Ibrahim.

Siti Azlina Abd. Latif (lima dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Othman Mohamad (tengah) sambil diperhatikan oleh Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan Petronas Chemicals Group.

Delegasi Petronas Chemicals Group Berhad mengedarkan pek minuman petang kepada kakitangan Jabatan Pengarang ketika mengadakan lawatan.

Penolong Pengarang 1 Kosmo!, Mohd Nor Ab Samad menyambut ketibaan delegasi ketika hadir mengadakan lawatan di Pejabat Kosmo!.

Delegasi bergambar kenangan bersama kakitangan Jabatan Pengarang Kosmo!.



 Jabatan Hal Ehwal Veteran AngkatanTentera Malaysia (ATM)

13 April 2017 (Khamis) – Seramai 11 orang pengurusan kanan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah itu disambut oleh Timbalan Ketua Pengarang, Datuk Othman Mohamad. Rombongan terlebih dahulu dibawa ke bilik mesyuarat Jabatan Pengarang untuk mengadakan perbincangan dua hala dan seterusnya dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo! untuk melihat secara jelas proses penerbitan akhbar. Turut hadir, Penolong Ketua Pengarang, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Pengarang Kanan Mega, Gamal Nasir Mohd Ali menerangkan sesuatu kepada rombongan ketika hadir melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

Penolong Pengarnag 2 Utusan/Prosesan, Rozaman Ismail menerangkan sesuatu kepada delegasi yang hadir mengenai proses penerbitan akhbar Utusan Malaysia.

Datuk Othman Mohamad (kanan) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah (kiri).

Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan delegasi dari Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergambar kenangan bersama di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

 Mamee Edar 5,000 Snek di Utusan

7 April 2017 (Jumaat) – Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd mengedarkan kira-kira 5,000 peket snek keluarannya iaitu Biskidz, Snek Mi, Mister Potato dan Corntoz kepada kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Rombongan Mamee diketuai oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya, Sharszany Shahry Abu Shahriman dan disambut oleh Pengurus Komunikasi Korporat, Nik Anura Nik Abdul Rahman dan dibawa ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo! untuk mengedarkan snek kepada kakitangan Utusan Melayu.
          Lawatan tersebut bertujuan untuk mempromosikan rangkaian produk terbaharunya dalam kategori biskut iaitu Mamee Monster Biskidz iaitu biskut DHA pertama di Malaysia dan akan melancarkan perisa terbaharu snek Mister Potato.

Sharszany Shahry Abu Shahriman (kanan) mengedarkan snek kepada kakitangan Utusan ketika mengadakan lawatan di Jabatan Pengarang.

Kakitangan Kosmo! bergambar bersama maskot Mamee ketika mengedarkan snek di Pejabat Kosmo!.


Kakitangan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan snek Mamee yang diedarkan di ruang Lobi Blok B.

Datuk Zakri Afandi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu Utusan Melayu

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad mengumumkan pelantikan Datuk Zakri Afandi Ismail sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif baharu berkuat kuasa 13 April lalu. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Putra Malaysia pernah terlibat sebagai ahli lembaga pengarah beberapa syarikat lain dan merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (CA), CPA Australia dan Perancang Kewangan Bertauliah (CFP).
Datuk Zakri Afandi memulakan kerjaya sebagai juruaudit dengan syarikat terkemuka, Price Waterhouse dari 1991 hingga 1995, pada masa yang sama menjadi Pensyarah Perakaunan di Universiti Teknologi Malaysia sehingga 1996. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Audit Dalaman EPE Power Corporation Berhad sehingga tahun 1997 sebelum menyertai HBN Management Sdn. Bhd. dan meletak jawatan pada tahun 1999.
Beliau turut mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk penyelenggaraan radar trafik udara, penyelenggaraan kapal terbang, mekanikal dan elektrik, fabrikasi keluli serta industri am seperti pengurusan kemudahan bersepadu dan penyelenggaraan dalam industri penjagaan kesihatan.
Semoga dengan pelantikan ini Datuk Zakri Afandi mampu membawa perubahan kepada Utusan Melayu dan memacu syarikat ke arah yang lebih baik.

Datuk Zakri Afandi Ismail


28 Februari 2017 (Selasa) - Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas antara ketua media yang di undang untuk perbincangan tertutup mengenai kerjasama dua hala antara Arab Saudi & Malaysia bersama Menteri Penerangan & Kebudayaan Arab Saudi, Dr Adel Zaid Altoraifi baru-baru ini.





Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my