Friday 30 December 2016

Tinta Online Volume 19/2016 - 30 Disember 2016

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015

25 November 2016 (Jumaat) – Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015 (HSKU) terus konsisten mewarnai latar sastera tanah air apabila mencapai 31 tahun penganjurannya. Majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Grand Millennium Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan dilaksanakan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sebanyak enam kategori dinilai dalam HSKU 2015 iaitu Kategori Puisi, Kategori Cerpen Remaja, Kategori Cerpen Umum, Kategori Kajian Sastera, Kategori Rencana Sastera, dan Kategori Novel Remaja. Dua guru telah dinobatkan sebagai naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi kategori Novel Remaja. Penulis yang tidak asing dalam dunia kesusasteraan, Sri Rahayu Mohd Yusop mempertaruhkan novel beliau yang bertajuk Empunya Kalbu berjaya menduduki tempat kedua kategori Novel Remaja dan membawa pulang wang tunai RM6,000 berserta hadiah iringan. Manakala, ditempat ketiga dimenangi oleh Nazri Hussein cukup dikenali dengan nama pena, Husna Nazri menerusi novelnya Nyanyian Musim Rusuh dan berjaya membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta hadiah iringan. Selain Sri Rahayu dan Nazri, seramai 28 pemenang berjaya menggondol pelbagai hadiah daripada 6 kategori yang dipertandingkan.
Kumpulan Utusan turut mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kategori baharu iaitu Kategori Media Baharu pada tahun depan. Kategori tersebut dibuka khusus untuk karya cerpen serta puisi dan penyertaan dijangka bermula pada Disember hingga April tahun depan. Langkah tersebut bertujuan bagi menarik lebih ramai golongan muda untuk berkarya dalam bidang sastera.

Turut hadir ke majlis berprestij ini ialah Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Ketua Pemantauan dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Zulkarnain Othman.


Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) menerima cek tajaan dari Datuk Abdul Rahman Ahmad (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi (tengah)  serta tetamu kehormat lain.

Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi (tiga dari kiri) bersama tetamu kehormat lain menunjukkan buku-buku karya penulis yang dimenangi HSKU 2015 selepas selesai pelancarannya.

Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi sambil diperhatikan oleh tetamu kehormat lain.

Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) menerima cek tajaan daripada Zulkarnain Othman (kanan) yang mewakili SKMM.

Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi menyampaikan hadiah kepada Sri Rahayu yang mendapat tempat kedua kategori Novel Remaja. 


DatukSeri Dr. Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika majlis berlangsung. 

Pemenang tempat kedua dan ketiga kategori Novel Remaja menunjukkan sijil penghargaan yang diterima. 

Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Abdul Aziz Ishak bergambar bersama Sekretariat HSKU 2015 seusai majlis berlangsung. 

Penyanyi tanah air, Siti Nordiana (kiri) dan Elly Mazlein (kanan) turut hadir menghiburkan tetamu semasa acara berlangsung. 

Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi bersalaman dengan tetamu kehormat sebelum pulang.


Suasana meriah ketika majlis berlangsung,

Datuk Mohd Noordin Abbas menyampaikan ucapan semasa acara berlangsung.

Penulis puisi, Adinda Amirul turut menghiburkan tetamu.

Lawatan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Langgar ke Utusan Melayu


25 November 2016 (Jumaat) – Seramai 45 orang ahli Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Langgar bersama Panel Penasihat Kesihatan Parlimen Pokok Sena, Kedah telah mengadakan lawatan ke Utusan Melayu. Rombongan yang tiba pada pukul 3.00 petang itu disambut oleh Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail dan dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo! untuk melihat secara dekat operasi penerbitan berita. Selain itu, lawatan itu juga bertujuan mengeratkan silaturahim dengan kakitangan Utusan Melayu selain memahami lebih lanjut mengenai tugas dan cara kerja media terutamanya organisasi media cetak.


Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail menyampaikan kata-kata aluan kepada rombongan sebaik tiba di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang. 

Salah seorang kakitangan memberi penerangan kepada rombongan ketika hadir melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.


Kunjungan Sekretariat Yayasan Usman Awang ke Utusan Melayu

28 November 2016 (Isnin) – Pengerusi Yayasan Usman Awang (YUA), Dr. Syed Husin telah mengadakan kunjungan ke Utusan Melayu bagi mengadakan perbincangan dua hala mengenai Anugerah Intergrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2017 yang bertujuan mengiktiraf peranan individu atau organisasi yang berjasa dalam membentuk perpaduan negara ini.
Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Datuk Michelle Soon dan anak Allahyarham Usman Awang, Haslina Usman. Rombongan disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed.
Selain mengadakan perbincangan dua hala, rombongan turut dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan mengadakan sesi bergambar berlatarbelakangkan puisi karya Usman Awang yang terletak di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.


Datuk Othman Mohamad (dua dari kiri) mengadakan perbincangan dua hala bersama sekretariat Yayasan Usman Awang di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang. 

Rombongan yang hadir bergambar kenangan berlatarbelakangkan puisi karya Usman Awang d Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan Sekretariat Yayasan Usman Awang menunjukkan poster Anugerah Intergrasi Usman Awang ketika hadir melawat Jabatan Pengarang. 




Majlis Pelancaran Tabung Rohingya  Utusan-TH

26 November 2016 (Jumaat) – Kumpulan Utusan dengan kerjasamaTabung Haji (TH) telah melancarkan Tabung Rohingya Utusan-TH bertempat di Ibu Pejabat TH. Pelancaran tabung ini bertujuan bagi menyalurkan bantuan kepada etnik minoriti Rohingya yang kini berhadapan dengan penghapusan kaum di wilayah Rakhine, Myanmar.
        Tabung tersebut akan dikendalikan oleh Kumpulan Utusan selama empat bulan bermula 1 Disember 2016 hingga 1 April 2017. Sejumlah RM283,000 berjaya dikumpul pada majlis pelancaran yang disempurkankan oleh Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pengarah Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah.

Kutipan tersebut hasil sumbangan Jakel Trading Sdn. Bhd, TH, Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), TH Travel & Services Sdn. Bhd, TH Properties Sdn. Bhd, Surau TH, Ibu Pejabat, Koperasi TH Sdn. Bhd. dan Masjid TH Kelana Jaya. Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Tetuan Yayasan Kumpulan Utusan melalui akaun Bank Islam 14283010000572.

Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) bersama tetamu kehormat menyempurnakan gimik pelancaran. 

Datuk Johan Abdullah (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri).

Datuk Mohd Noordin Abbas (lima dari kiri) bergambar bersama penyumbang tabung Rohingya Utusan-TH.


Kakitangan Keluarga Utusan Biro Kelantan diraikan

ANAK BERANAK... Majlis Anak Beranak Kumpulan Utusan Kelantan 2016 berlangsung penuh ceria dan meriah dengan kehadiran kira-kira 100 kakitangan bersama keluarga masing-masing di Perdana Resort, Kota Bharu, pada 21 November lalu.
Majlis itu diserikan dengan kehadiran Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh serta bekas-bekas petugas yang pernah berkhidmat dengan Kumpulan Utusan Biro Kelantan. Turut hadir ke majlis, Ketua Biro Utusan Kelantan, Azran Fitri Rahim serta Penolong Ketua Biro Kosmo! Kelantan, Muhammad Firdaus Hassan.

Pelbagai acara menarik disediakan termasuk cabutan bertuah, kemunculan badut dan pertunjukan silap mata, persembahan nyanyian, permainan pentas serta teka-teki. Sementara itu, Tan Sri Mohamad Fatmi dalam ucapannya menyeru kepada semua kakitangan supaya mempertahankan akhbar Utusan Malaysia dan syarikat Kumpulan Utusan. "Hari ini kita melalui pelbagai cabaran dan ini semua menuntut kita supaya bersatu hati serta bekerjasama demi mempertahankan akhbar yang telah banyak berjasa dan berjuang untuk rakyat. Walau apa pun terjadi akhbar Utusan Malaysia perlu diteruskan dan syarikat Utusan Melayu akan terus diperkasakan," katanya.

Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (dua dari kanan) bersama petugas Biro Kelantan melakukan aktiviti sebelum menjamu selera.

Kemunculan badut turut memeriahkan lagi suasana majlis. 

Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (berdiri barisan belakang, tengah) bergambar bersama sebahagian daripada kakitangan dan ahli keluarga Utusan Biro Kelantan di Perdana Resort, Kota Bharu.


Latihan Pengungsian Bangunan Kompleks Sri Utusan

KOMPLEKS SRI UTUSAN BANGI, 25 November 2016 - Satu latihan pengungsian bangunan telah diadakan yang disertai oleh semua kakitangan. Seramai hampir 300 petugas di Kompleks Sri Utusan terlibat dengan latihan ini yang terdiri daripada Jabatan Pengeluaran, Jabatan Pemasaran, Jabatan Perolehan dan Pentadbiran serta anak syarikat, Utusan Karya Sdn. Bhd..
Program ini telah mendapat kerjasama daripada ahli Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) Sri Utusan Bangi dan Unit Keselamatan dan Kesihatan. Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) telah diketuai oleh Rosman Zulkifli. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi pengungsian bangunan ini yang terdiri daripada Emergency Manager, Historian, Evacuation Controller (terdiri daripada Floor Warden dan Medic Team), Incident Controller (terdiri daripada SAR Team, Fire Team dan Maintenance Team) dan Security Controller (Guard, Traffic dan Operator).

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi yang turut di sertai oleh Ketua Operasinya @ Ketua Balai (Pegawai Bomba Tinggi, Tuan Azrel Izaidi bin Ahamad) sebagai pemerhati dan memberi komen selepas selepas selesai program. Hospital Az-Zahrah juga turut menyumbang khidmat dengan menghantar sebuah ambulans dan 3 kakitangan penyelamat. Tepat pukul 3.30 petang, loceng dibunyikan dan semua kakitangan berkumpul di tempat berhimpun. Terdapat juga ‘mock’ dimana ahli PKK dan pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Petugas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) sebelum demonstrasi dilakukan.

'Mock' kebakaran yang dijalankan di padang. Kelihatan pasukan PKK.

Kelihatan jentera bomba dan ambulans di kawasan tempat berkumpul.
'Mock' mangsa terperangkap yang diselamatkan oleh ahli pasukan keselamatan kebakaran (PKK).

Mangsa pertama diselamatkan oleh Unit SAR dan Medic, pasukan keselamatan kebakaran. 

Mangsa kedua yang diselamatkan oleh pasukan bomba.

Ketua Kompleks Sri Utusan, Farouq Affandi (tengah) bersama dengan kakitangan Hospital Az-Zahrah. 

Wakil daripada pasukan bomba sedang memberi taklmat kepada petugas. 

Petugas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) sebelum demonstrasi dilakukan.

Barisan pasukan bomba dan kakitangan Hospital Az-Zahrah bergambar kenangan di hadapan jentera bomba. 

Gambar 'candid' sebahagian daripada petugas Kompleks Sri Utusan bergambar di hadapan jentera bomba bersama-sama Jururawat Hospital Az-Zahrah dan pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi. 

Pengerusi PKK, Rosman Zulkifli (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada anggota bomba yang bertugas. 

Nadi penggerak utama Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK), Pengurus Keselamatan dan Kesihatan, Lokman Zainal Abidin (kiri), Pengerusi PKK, Rosman Zulkifli dan Setiausaha PKK, Hj Zulkiflee Sulaiman. 

Carta Organisasi PKK. 

Minggu Kesedaran Keselamatan & Kesihatan

KOMPLEKS SRI UTUSAN BANGI, 23 November 2016 - Minggu Kesedaran Keselamatan & Kesihatan telah diadakan di Kompleks Sri Utusan yang melibatkan kerjasama daripada pihak Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Baru  Bangi serta daripada Hospital Islam Az-Zahrah. Pada hari itu, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pameran peralatan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi serta pameran daripada Unit Keselamatan dan Kesihatan. Satu pemeriksaan kesihatan juga telah diadakan oleh pihak Hospital Islam Az-Zahrah bagi pemeriksaan BMI, tekanan darah dan pemeriksaan kandungan gula.

Selain itu juga, terdapat terdapat 3 slot ceramah diadakan yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ceramah ini adalah terbuka kepada orang ramai yang ingin menyertai. Ceramah slot yang pertama telah disampaikan oleh Encik Cayden Chin yang memberi taklimat mengenai keselamatan kebakaran. Ceramah slot kedua merupakan ceramah berkaitan dengan pemakanan sihat yang telah disampaikan oleh Puan Siti Hajar Mustaffa yang merupakan pakar dietetik di Hospital Islam Az-Zahrah Bangi.  Manakala, untuk slot ceramah yang ketiga pula adalah pengenalan kepada ECP (External Counterpulsation) Treatment yang disampaikan oleh Dr. Siti Hawa dari Hospital Islam Az-Zahrah.

Petugas memberi tumpuan sepenuhnya kepada taklimat yang disampaikan oleh Cayden Chin mengenai keselamatan kebakaran.

Slot 2: Ceramah yang bertajuk pemakanan sihat telah disampaikan oleh Siti Hajar Mustaffa yang merupakan seorang dietetik di Hospital Az-Zahrah.


Antara Booth yang dibuka di lobi Kompleks Sri Utusan.

Salah seorang petugas menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Pengurus Besar Pemasran dan Pengedaran, Rosman Zulkifli turut menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Pemeriksaan BMI sedang dilakukan oleh Kakitangan Hospital Islam Az-Zahrah.

Anggota bomba memberi penerangan mengenai peralatan bomba kepada pengunjung yang hadir. 

Beberapa pengunjung hadir melawat booth yang disediakan di perkarangan lobi Kompleks Sri Utusan. 


MFL Capai Objektif Eratkan Hubungan Media

27 November 2016 (Selasa) – Liga Bola Sepak Media (MFL) julung kali diadakan di Kompleks Sukan MSM di Setiawangsa baru-baru ini bertujuan untuk menarik minat petugas media melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan serta merapatkan silaturahim. Sebanyak lapan pasukan media berentap dalam MFL iaitu Utusan FC, TV3, NSTP SC, The Sun, Bernama, Astro Awani, RTM FC dan Persatuan Jurugambar Profesional Malaysia (MPPA).
Kejohanan akhir telah berlangsung dengan jayanya itu bermula dengan format liga dua pusingan, yang dimenangi RTM manakala Utusan muncul naib juara dan NSTP ketiga daripada enam pasukan sebelum lapan pasukan bersaing merebut Piala Utusan menggunakan format kalah mati. Juara liga meraih hadiah wang tunai RM3,000, naib juara RM2,000 manakala pemenang tempat ketiga menerima RM1,000. Kesemua pemenang turut menerima Sijil Simpanan Premium menyamai nilai setiap hadiah wang tunai yang mereka menangi. Manakala, Dalam perlawanan akhir merebut Piala Utusan di Kompleks Sukan MSN di Setiawangsa, pasukan TV3 berjaya menumpaskan Utusan menerusi sepakan penalti 4-3 untuk muncul juara selepas masing-masing terikat 0-0 hingga tamat masa tambahan. Dengan kemenangan itu TV3 meraih hadiah wang tunai RM1,500 manakala Utusan menerima RM1,000.

        Perlawanan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah serta penyokong pasukan.Piala Utusan MFL ditaja oleh syarikat produk kecantikan Almas Beauty & Health selaku penaja utama dan disokong AmBank, Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Perbadanan Stadium Malaysia selaku penaja bersama. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, diharap MFL akan diteruskan lagi di masa akan datang.

Pasukan Utusan diasak oleh pasukan lawan ketika beraksi.

Pasukan Utusan bergambar kenangan sebelum perlawanan bermula.


Antara aksi yang dipaparkan ketika perlawanan.



Sorakan gembira salah satu pasukan yang menyertai MFL 2016.

Datuk Abdul Aziz Ishak (tengah) menyerahkan trofi kepada pasukan RTM yang muncul juara Liga MFL.
Pasukan Utusan bersama pingat dan replika cek yang dimenangi.

Datuk Zulkefli Hamzah (tiga dari kanan) bersalaman dengan pasukan Utusan sebelum perlawanan bermula. 

Pasukan TV# (biru) dan Utusan bergambar bersama Lokman Hakim Ali (belakang, sepuluh dari kanan) dan Datuk Zulkefli Hamzah (belakang, sebelas dari kanan) sebelum perlawanan akhir merebut Piala Utusan di Setiawangsa. 

_________________________________________________________________________________



Ahmad Ibihajar (enam dari kanan) menyerahkan replika cek tajaan akhbar Utusan Malaysia kepada Datuk Othman Mohamad di PWTC sambil disaksikan oleh Abdul Rahim Mohd. Zin (lima dari kanan), Jamelah A.Bakar (empat dari kanan) dan Hassan Mohd Noor (kiri). 

Kakitangan Jabatan Pemasaran memberikan taklimat mengenai Akhbar Digital Utusan Malaysia kepada Wanita UMNO ketika hadir ke gerai Utusan. 

Pengurus Pemasaran dan Pengedaran Kumpulan Utusan, Mohammad Fatmi Asraf Khan, menunjukkan cara menggunakan akhbar digital Utusan Malaysia kepada pengunjung yang hadir. 

Mini Studio turut disediakan di gerai Utusan buat pengunjung yang hadir. 

Kakitangan Utusan mengedarkan akhbar percuma kepada para pengunjung. 






Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan) bersama artis tanah air Rozita Che Wan memberikan sumbangan ke dalam tabung Rohingya Utusan-TH.

Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail menerangkan kepada pengunjung mengenai akhbar digital Utusan Malaysia. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob memberi sumbangan ke dalam Tabung Rohingya sambil diperhatikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (kiri).



Penyanyi tanah air, Jamal Abdillah turut memberi sumbangan ke dalam tabung Rohingya Utusan-TH. 

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (kiri)  terharu ketika menerima cenderamata dari Datuk Abdul Aziz Ishak (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) 

Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (kanan) disambut mesra oleh Datuk Mohd Noordin Abbas ketika hadir mengadakan lawatan ke bilik media. 

Petugas Utusan Melayu bergambar kenangan bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan ke dalam Tabung Rohingya Utusan-TH. 

Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak tertarik melihat foto beliau dirakam jurufoto Utusan Malaysia semasa melawat Bilik Operasi Utusan Malaysia. 

Datuk Seri Ali Rustam turut menyampaikan sumbangan. 


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderamata dari Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (kiri) sambil diperhatikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan). 

Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (tengah) turut menyampaikan sumbangan.

Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my