Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan 2015
25 November 2016
(Jumaat) – Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015 (HSKU) terus konsisten mewarnai
latar sastera tanah air apabila mencapai 31 tahun penganjurannya. Majlis
penyampaian hadiah yang diadakan di Grand Millennium Kuala Lumpur telah
disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan
dilaksanakan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sebanyak
enam kategori dinilai dalam HSKU 2015 iaitu Kategori Puisi, Kategori Cerpen
Remaja, Kategori Cerpen Umum, Kategori Kajian Sastera, Kategori Rencana
Sastera, dan Kategori Novel Remaja. Dua guru telah dinobatkan sebagai naib
juara dan pemenang tempat ketiga bagi kategori Novel Remaja. Penulis yang tidak
asing dalam dunia kesusasteraan, Sri Rahayu Mohd Yusop mempertaruhkan novel
beliau yang bertajuk Empunya Kalbu berjaya menduduki tempat kedua kategori
Novel Remaja dan membawa pulang wang tunai RM6,000 berserta hadiah iringan.
Manakala, ditempat ketiga dimenangi oleh Nazri Hussein cukup dikenali dengan
nama pena, Husna Nazri menerusi novelnya Nyanyian Musim Rusuh dan berjaya
membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta hadiah iringan. Selain Sri Rahayu
dan Nazri, seramai 28 pemenang berjaya menggondol pelbagai hadiah daripada 6
kategori yang dipertandingkan.
Kumpulan
Utusan turut mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kategori baharu iaitu
Kategori Media Baharu pada tahun depan. Kategori tersebut dibuka khusus untuk
karya cerpen serta puisi dan penyertaan dijangka bermula pada Disember hingga
April tahun depan. Langkah tersebut bertujuan bagi menarik lebih ramai golongan
muda untuk berkarya dalam bidang sastera.
Turut
hadir ke majlis berprestij ini ialah Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sri Mohamad
Fatmi Che Salleh, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas,
Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua
Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Pengerusi Permodalan Nasional
Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar, Presiden merangkap Ketua Pegawai
Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Ketua Pemantauan dan Penguatkuasaan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Zulkarnain Othman.
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) menerima cek tajaan dari Datuk Abdul Rahman Ahmad (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi (tengah) serta tetamu kehormat lain. |
|
Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi (tiga dari kiri) bersama tetamu kehormat lain menunjukkan buku-buku karya penulis yang dimenangi HSKU 2015 selepas selesai pelancarannya. |
|
Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi sambil diperhatikan oleh tetamu kehormat lain. |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) menerima cek tajaan daripada Zulkarnain Othman (kanan) yang mewakili SKMM. |
|
Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi menyampaikan hadiah kepada Sri Rahayu yang mendapat tempat kedua kategori Novel Remaja. |
|
DatukSeri Dr. Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika majlis berlangsung. |
|
Pemenang tempat kedua dan ketiga kategori Novel Remaja menunjukkan sijil penghargaan yang diterima. |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Abdul Aziz Ishak bergambar bersama Sekretariat HSKU 2015 seusai majlis berlangsung. |
|
Penyanyi tanah air, Siti Nordiana (kiri) dan Elly Mazlein (kanan) turut hadir menghiburkan tetamu semasa acara berlangsung. |
|
Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi bersalaman dengan tetamu kehormat sebelum pulang. |
|
Suasana meriah ketika majlis berlangsung, |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas menyampaikan ucapan semasa acara berlangsung. |
|
Penulis puisi, Adinda Amirul turut menghiburkan tetamu. |
Lawatan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Langgar ke Utusan Melayu
25 November 2016
(Jumaat) – Seramai 45 orang ahli Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Langgar
bersama Panel Penasihat Kesihatan Parlimen Pokok Sena, Kedah telah mengadakan
lawatan ke Utusan Melayu. Rombongan yang tiba pada pukul 3.00 petang itu
disambut oleh Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail dan dibawa melawat
ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo! untuk melihat secara dekat
operasi penerbitan berita. Selain itu, lawatan itu juga bertujuan mengeratkan
silaturahim dengan kakitangan Utusan Melayu selain memahami lebih lanjut
mengenai tugas dan cara kerja media terutamanya organisasi media cetak.
|
Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail menyampaikan kata-kata aluan kepada rombongan sebaik tiba di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang. |
|
Salah seorang kakitangan memberi penerangan kepada rombongan ketika hadir melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. |
Kunjungan Sekretariat Yayasan Usman Awang ke Utusan Melayu
28 November 2016
(Isnin) – Pengerusi Yayasan Usman Awang (YUA), Dr. Syed Husin telah mengadakan
kunjungan ke Utusan Melayu bagi mengadakan perbincangan dua hala mengenai
Anugerah Intergrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2017 yang bertujuan
mengiktiraf peranan individu atau organisasi yang berjasa dalam membentuk
perpaduan negara ini.
Hadir
sama ialah Timbalan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Datuk Michelle
Soon dan anak Allahyarham Usman Awang, Haslina Usman. Rombongan disambut oleh
Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua
Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia,
Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed.
Selain
mengadakan perbincangan dua hala, rombongan turut dibawa melawat ke Jabatan
Pengarang Utusan Malaysia dan mengadakan sesi bergambar berlatarbelakangkan
puisi karya Usman Awang yang terletak di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.
|
Datuk Othman Mohamad (dua dari kiri) mengadakan perbincangan dua hala bersama sekretariat Yayasan Usman Awang di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang. |
|
Rombongan yang hadir bergambar kenangan berlatarbelakangkan puisi karya Usman Awang d Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. |
|
Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan Sekretariat Yayasan Usman Awang menunjukkan poster Anugerah Intergrasi Usman Awang ketika hadir melawat Jabatan Pengarang. |
Majlis Pelancaran Tabung Rohingya Utusan-TH
26
November 2016 (Jumaat) – Kumpulan Utusan dengan kerjasamaTabung Haji (TH) telah
melancarkan Tabung Rohingya Utusan-TH bertempat di Ibu Pejabat TH. Pelancaran tabung ini
bertujuan bagi menyalurkan bantuan kepada etnik minoriti Rohingya yang kini
berhadapan dengan penghapusan kaum di wilayah Rakhine, Myanmar.
Tabung tersebut akan dikendalikan oleh
Kumpulan Utusan selama empat bulan bermula 1 Disember 2016 hingga 1 April 2017.
Sejumlah RM283,000 berjaya dikumpul pada majlis pelancaran yang disempurkankan
oleh Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,Pengarah Urusan Kumpulan
Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pengarah
Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah.
Kutipan tersebut hasil
sumbangan Jakel Trading Sdn. Bhd, TH, Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), TH Travel
& Services Sdn. Bhd, TH Properties Sdn. Bhd, Surau TH, Ibu Pejabat,
Koperasi TH Sdn. Bhd. dan Masjid TH Kelana Jaya. Orang ramai boleh menyalurkan
sumbangan kepada Tetuan Yayasan Kumpulan Utusan melalui akaun Bank Islam
14283010000572.
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) bersama tetamu kehormat menyempurnakan gimik pelancaran. |
|
Datuk Johan Abdullah (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri). |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (lima dari kiri) bergambar bersama penyumbang tabung Rohingya Utusan-TH. |
Kakitangan Keluarga Utusan Biro Kelantan diraikan
ANAK
BERANAK... Majlis Anak Beranak Kumpulan Utusan Kelantan 2016 berlangsung penuh
ceria dan meriah dengan kehadiran kira-kira 100 kakitangan bersama keluarga
masing-masing di Perdana Resort, Kota Bharu, pada 21 November lalu.
Majlis itu diserikan dengan kehadiran
Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh serta bekas-bekas
petugas yang pernah berkhidmat dengan Kumpulan Utusan Biro Kelantan. Turut
hadir ke majlis, Ketua Biro Utusan Kelantan, Azran Fitri Rahim serta Penolong
Ketua Biro Kosmo! Kelantan, Muhammad Firdaus Hassan.
Pelbagai acara menarik disediakan termasuk
cabutan bertuah, kemunculan badut dan pertunjukan silap mata, persembahan
nyanyian, permainan pentas serta teka-teki. Sementara itu, Tan Sri Mohamad Fatmi
dalam ucapannya menyeru kepada semua kakitangan supaya mempertahankan akhbar
Utusan Malaysia dan syarikat Kumpulan Utusan. "Hari ini kita melalui
pelbagai cabaran dan ini semua menuntut kita supaya bersatu hati serta
bekerjasama demi mempertahankan akhbar yang telah banyak berjasa dan berjuang
untuk rakyat. Walau apa pun terjadi akhbar Utusan Malaysia perlu diteruskan dan
syarikat Utusan Melayu akan terus diperkasakan," katanya.
|
Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (dua dari kanan) bersama petugas Biro Kelantan melakukan aktiviti sebelum menjamu selera. |
|
Kemunculan badut turut memeriahkan lagi suasana majlis. |
|
Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (berdiri barisan belakang, tengah) bergambar bersama sebahagian daripada kakitangan dan ahli keluarga Utusan Biro Kelantan di Perdana Resort, Kota Bharu. |
Latihan
Pengungsian Bangunan Kompleks Sri Utusan
KOMPLEKS
SRI UTUSAN BANGI, 25 November 2016 - Satu latihan pengungsian bangunan telah
diadakan yang disertai oleh semua kakitangan. Seramai hampir 300 petugas di
Kompleks Sri Utusan terlibat dengan latihan ini yang terdiri daripada Jabatan
Pengeluaran, Jabatan Pemasaran, Jabatan Perolehan dan Pentadbiran serta anak
syarikat, Utusan Karya Sdn. Bhd..
Program ini telah mendapat kerjasama
daripada ahli Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) Sri Utusan Bangi dan Unit
Keselamatan dan Kesihatan. Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) telah diketuai
oleh Rosman Zulkifli. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi pengungsian
bangunan ini yang terdiri daripada Emergency Manager, Historian, Evacuation
Controller (terdiri daripada Floor Warden dan Medic Team), Incident Controller
(terdiri daripada SAR Team, Fire Team dan Maintenance Team) dan Security
Controller (Guard, Traffic dan Operator).
Program ini juga mendapat kerjasama
daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi yang turut di sertai oleh
Ketua Operasinya @ Ketua Balai (Pegawai Bomba Tinggi, Tuan Azrel Izaidi bin
Ahamad) sebagai pemerhati dan memberi komen selepas selepas selesai program.
Hospital Az-Zahrah juga turut menyumbang khidmat dengan menghantar sebuah
ambulans dan 3 kakitangan penyelamat. Tepat pukul 3.30 petang, loceng
dibunyikan dan semua kakitangan berkumpul di tempat berhimpun. Terdapat juga
‘mock’ dimana ahli PKK dan pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang
terperangkap.
|
Petugas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) sebelum demonstrasi dilakukan. |
|
'Mock' kebakaran yang dijalankan di padang. Kelihatan pasukan PKK. |
|
Kelihatan jentera bomba dan ambulans di kawasan tempat berkumpul. |
|
'Mock' mangsa terperangkap yang diselamatkan oleh ahli pasukan keselamatan kebakaran (PKK). |
|
Mangsa pertama diselamatkan oleh Unit SAR dan Medic, pasukan keselamatan kebakaran. |
|
Mangsa kedua yang diselamatkan oleh pasukan bomba. |
|
Ketua Kompleks Sri Utusan, Farouq Affandi (tengah) bersama dengan kakitangan Hospital Az-Zahrah. |
|
Wakil daripada pasukan bomba sedang memberi taklmat kepada petugas. |
|
Petugas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) sebelum demonstrasi dilakukan. |
|
Barisan pasukan bomba dan kakitangan Hospital Az-Zahrah bergambar kenangan di hadapan jentera bomba. |
|
Gambar 'candid' sebahagian daripada petugas Kompleks Sri Utusan bergambar di hadapan jentera bomba bersama-sama Jururawat Hospital Az-Zahrah dan pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi. |
|
Pengerusi PKK, Rosman Zulkifli (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada anggota bomba yang bertugas. |
|
Nadi penggerak utama Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK), Pengurus Keselamatan dan Kesihatan, Lokman Zainal Abidin (kiri), Pengerusi PKK, Rosman Zulkifli dan Setiausaha PKK, Hj Zulkiflee Sulaiman. |
|
Carta Organisasi PKK. |
Minggu
Kesedaran Keselamatan & Kesihatan
KOMPLEKS
SRI UTUSAN BANGI, 23 November 2016 - Minggu Kesedaran Keselamatan &
Kesihatan telah diadakan di Kompleks Sri Utusan yang melibatkan kerjasama
daripada pihak Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Baru Bangi serta daripada Hospital Islam
Az-Zahrah. Pada hari itu, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pameran
peralatan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi serta pameran daripada
Unit Keselamatan dan Kesihatan. Satu pemeriksaan kesihatan juga telah diadakan
oleh pihak Hospital Islam Az-Zahrah bagi pemeriksaan BMI, tekanan darah dan
pemeriksaan kandungan gula.
Selain itu juga, terdapat terdapat 3 slot
ceramah diadakan yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Ceramah ini adalah terbuka kepada orang ramai yang ingin menyertai. Ceramah
slot yang pertama telah disampaikan oleh Encik Cayden Chin yang memberi
taklimat mengenai keselamatan kebakaran. Ceramah slot kedua merupakan ceramah
berkaitan dengan pemakanan sihat yang telah disampaikan oleh Puan Siti Hajar
Mustaffa yang merupakan pakar dietetik di Hospital Islam Az-Zahrah Bangi. Manakala, untuk slot ceramah yang ketiga pula
adalah pengenalan kepada ECP (External Counterpulsation) Treatment yang
disampaikan oleh Dr. Siti Hawa dari Hospital Islam Az-Zahrah.
|
Petugas memberi tumpuan sepenuhnya kepada taklimat yang disampaikan oleh Cayden Chin mengenai keselamatan kebakaran. |
|
Slot 2: Ceramah yang bertajuk pemakanan sihat telah disampaikan oleh Siti Hajar Mustaffa yang merupakan seorang dietetik di Hospital Az-Zahrah. |
|
Antara Booth yang dibuka di lobi Kompleks Sri Utusan. |
|
Salah seorang petugas menjalankan pemeriksaan kesihatan. |
|
Pengurus Besar Pemasran dan Pengedaran, Rosman Zulkifli turut menjalankan pemeriksaan kesihatan. |
|
Pemeriksaan BMI sedang dilakukan oleh Kakitangan Hospital Islam Az-Zahrah. |
|
Anggota bomba memberi penerangan mengenai peralatan bomba kepada pengunjung yang hadir. |
|
Beberapa pengunjung hadir melawat booth yang disediakan di perkarangan lobi Kompleks Sri Utusan. |
MFL
Capai Objektif Eratkan Hubungan Media
27
November 2016 (Selasa) – Liga Bola Sepak Media (MFL) julung kali diadakan di
Kompleks Sukan MSM di Setiawangsa baru-baru ini bertujuan untuk menarik minat
petugas media melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan serta
merapatkan silaturahim. Sebanyak lapan pasukan media berentap dalam MFL iaitu
Utusan FC, TV3, NSTP SC, The Sun, Bernama, Astro Awani, RTM FC dan Persatuan
Jurugambar Profesional Malaysia (MPPA).
Kejohanan akhir telah berlangsung dengan
jayanya itu bermula dengan format liga dua pusingan, yang dimenangi RTM
manakala Utusan muncul naib juara dan NSTP ketiga daripada enam pasukan sebelum
lapan pasukan bersaing merebut Piala Utusan menggunakan format kalah mati.
Juara liga meraih hadiah wang tunai RM3,000, naib juara RM2,000 manakala
pemenang tempat ketiga menerima RM1,000. Kesemua pemenang turut menerima Sijil
Simpanan Premium menyamai nilai setiap hadiah wang tunai yang mereka menangi.
Manakala, Dalam perlawanan akhir merebut Piala Utusan di Kompleks Sukan MSN di
Setiawangsa, pasukan TV3 berjaya menumpaskan Utusan menerusi sepakan penalti
4-3 untuk muncul juara selepas masing-masing terikat 0-0 hingga tamat masa
tambahan. Dengan kemenangan itu TV3 meraih hadiah wang tunai RM1,500 manakala
Utusan menerima RM1,000.
Perlawanan disaksikan oleh Ketua
Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Pengarang
Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk
Zulkefli Hamzah serta penyokong pasukan.Piala Utusan MFL ditaja oleh syarikat
produk kecantikan Almas Beauty & Health selaku penaja utama dan disokong
AmBank, Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Perbadanan Stadium Malaysia selaku
penaja bersama. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, diharap MFL akan
diteruskan lagi di masa akan datang.
|
Pasukan Utusan diasak oleh pasukan lawan ketika beraksi. |
|
Pasukan Utusan bergambar kenangan sebelum perlawanan bermula. |
|
Antara aksi yang dipaparkan ketika perlawanan. |
|
Sorakan gembira salah satu pasukan yang menyertai MFL 2016. |
|
Datuk Abdul Aziz Ishak (tengah) menyerahkan trofi kepada pasukan RTM yang muncul juara Liga MFL. |
|
Pasukan Utusan bersama pingat dan replika cek yang dimenangi. |
|
Datuk Zulkefli Hamzah (tiga dari kanan) bersalaman dengan pasukan Utusan sebelum perlawanan bermula. |
|
Pasukan TV# (biru) dan Utusan bergambar bersama Lokman Hakim Ali (belakang, sepuluh dari kanan) dan Datuk Zulkefli Hamzah (belakang, sebelas dari kanan) sebelum perlawanan akhir merebut Piala Utusan di Setiawangsa. |
_________________________________________________________________________________
|
Ahmad Ibihajar (enam dari kanan) menyerahkan replika cek tajaan akhbar Utusan Malaysia kepada Datuk Othman Mohamad di PWTC sambil disaksikan oleh Abdul Rahim Mohd. Zin (lima dari kanan), Jamelah A.Bakar (empat dari kanan) dan Hassan Mohd Noor (kiri). |
|
Kakitangan Jabatan Pemasaran memberikan taklimat mengenai Akhbar Digital Utusan Malaysia kepada Wanita UMNO ketika hadir ke gerai Utusan. |
|
Pengurus Pemasaran dan Pengedaran Kumpulan Utusan, Mohammad Fatmi Asraf Khan, menunjukkan cara menggunakan akhbar digital Utusan Malaysia kepada pengunjung yang hadir. |
|
Mini Studio turut disediakan di gerai Utusan buat pengunjung yang hadir. |
|
Kakitangan Utusan mengedarkan akhbar percuma kepada para pengunjung. |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan) bersama artis tanah air Rozita Che Wan memberikan sumbangan ke dalam tabung Rohingya Utusan-TH. |
|
Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail menerangkan kepada pengunjung mengenai akhbar digital Utusan Malaysia. |
|
Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob memberi sumbangan ke dalam Tabung Rohingya sambil diperhatikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (kiri). |
|
Penyanyi tanah air, Jamal Abdillah turut memberi sumbangan ke dalam tabung Rohingya Utusan-TH. |
|
Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (kiri) terharu ketika menerima cenderamata dari Datuk Abdul Aziz Ishak (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) |
|
Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (kanan) disambut mesra oleh Datuk Mohd Noordin Abbas ketika hadir mengadakan lawatan ke bilik media. |
|
Petugas Utusan Melayu bergambar kenangan bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. |
|
Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan ke dalam Tabung Rohingya Utusan-TH. |
|
Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak tertarik melihat foto beliau dirakam jurufoto Utusan Malaysia semasa melawat Bilik Operasi Utusan Malaysia. |
|
Datuk Seri Ali Rustam turut menyampaikan sumbangan. |
|
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderamata dari Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (kiri) sambil diperhatikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan). |
|
Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (tengah) turut menyampaikan sumbangan. |
Disediakan oleh:
Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
Tel : 603-92324435
Faks : 603-92210594
H/P : 013-3986300
E-mel : syakkur.mamat@utusan.com.my
No comments:
Post a Comment