Sunday 21 February 2016

Tinta Online Volume 3/2016


Lawatan SME Corporation ke Utusan Melayu



26 Januari 2016 – Seramai 11 orang Pengurusan Kanan SME Corporation telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu. Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah Unit Transformasi Strategik SME Corporation, Mimi Razidah Abd Razak dan Timbalan Pengarahnya, Raja Rozaila Raja Azman. Antara tujuan lawatan adalah untuk memberi penerangan tentang Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) yang sedang dijalankan oleh SME Corp. Program tersebut merupakan program keusahawanan khas buat belia bumiputera yang berumur di antara 18 – 40 tahun bertujuan memberi anjakan paradigma kepada belia untuk menceburi bidang perniagaan. Rombongan tersebut disambut oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd Noor, Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail, Editor-editor Kanan dan Ketua Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Pengeluaran Iklan, Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (UMES), Abu Hanafiah Zainal Adnan. Semoga kunjungan ini dapat merapatkan hubungan baik di antara kedua-dua belah pihak.

PENGARANG Ekonomi, Johardy Ibrahim (kiri) menerangkan sesuatu kepada Pengarah Unit Transformasi Strategik SME Corp, Mimi Razidah Abdul Razak (tengah) sambil disaksikan oleh Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail. 

KUNJUNGAN MESRA.. Mimi Razidah Abdul Razak (tiga dari kiri) bersama delegasi SME Corp ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Melayu.

BARISAN Pengurusan SME Corp dan Utusan Melayu bergambar bersama sebagai tanda kenangan.

Promosi Unit Bergerak ASNB

26 Januari 2016 – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengadakan promosi Unit Bergerak ASNB (UBA) buat warga kerja Kumpulan Utusan pada hari Selasa dan Rabu lalu. Unit Bergerak ASNB tersebut bertujuan untuk meluaskan capaian pelabur dan berfungsi sebagai kaunter bergerak ASNB untuk mempromosikan produk dan perkhidmatannya. Pelbagai perkhidmatan ditawarkan antaranya pendaftaran dan pelaburan permulaan, pelaburan melalui cek, skim pelaburan ahli KWSP, kemaskini maklumat peribadi, gantian buku hilang, pendaftaran Hibah Amanah atau pengisytiharan Amanah dan pelan pelaburan sistematik. Operasi yang diadakan di ruang legar Blok B Ibu Pejabat Utusan Melayu bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. 

UNIT Bergerak ASNB mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga kerja Kumpulan Utusan. 

WARGA kerja mula mengunjungi Unit Bergerak ASNB yang menawarkan pelbagai kemudahan. 

Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara Bersama Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

27 Januari 2016 - Forum Advokasi Ilmuwan bertajuk “Sudah Sejahterakah Rakyat Sarawak” telah diadakan pada hari Rabu lalu bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Forum berkonsepkan ilmiah tersebut merupakan anjuran Majlis Profesor Negara (MPN), Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan UNIMAS dengan dihadiri oleh wakil-wakil daripada Institusi Pengajian Tinggi di Kuching dan Kota Samarahan, pensyarah, staf dan pelajar UNIMAS. Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dikendalikan oleh Datuk Zaini Hassan dari Utusan sebagai moderator dan turut menampilkan tiga orang panel iaitu Pensyarah Kanan Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Prof. Madya Dr. Jeniri Amir, dari UNIMAS, Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Dekan Fakulti Sains Sosial UNIMAS, Prof. Madya Dr. Neilson Illan Mersat dan pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mewakili MPN, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz. Program yang diadakan di UNIMAS ini telah masuk siri ke-9 dan antara lokasi-lokasi sebelum ini termasuklah di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

ANTARA Panelis Professional yang akan membincangkan isu yang bertajuk "Sudah Sejahterakah Rakyat Sarawak?".

PEMUDAH CARA.. Datuk Zaini Hassan (kiri) mengajukan beberapa soalan kepada para panelis. 

SESI soal jawab.. hadirin menanyakan soalan kepada panelis berkenaan dengan isu yang dibincangkan. 

BARISAN panelis bergambar bersama Pengurusan Kanan Utusan Melayu seusai majlis berlangsung.
Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my




Monday 1 February 2016

Tinta Online Volume 2/2016 - 18 Januari 2016



Majlis Persaraan Kakitangan Jabatan Pengarang

13 Januari 2016 – Tiga kakitangan Jabatan Pengarang diraikan dalam satu Majlis Persaraan yang diadakan pada hari Rabu lalu bertempat di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Kakitangan-kakitangan yang diraikan ialah Pengurus Jabatan Pengarang, Syed Agil Syed Jaafar, Pengurus Pusat Maklumat, Fouziah Abdul Rahim dan Wartawan Veteran, Norila Daud yang masing-masing telah berkhidmat melebihi 20 tahun di Utusan Melayu.
Majlis Persaraan tersebut turut dihadiri Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd Noor, Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran sebahagian warga kerja Utusan Melayu.
Tinta dan seluruh warga kerja merakamkan ucapan selamat bersara dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

ANTARA Kakitangan yang hadir meraikan majlis persaraan yang diadakan di Blok A Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

TANDA KENANGAN.. Tuan Syed Agil Syed Jaafar menerima cenderamata kenangan daripada Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak,

PENGURUS Pusat Maklumat, Fouziah Abdul Rahim menerima cenderamata daripada Datuk Abdul Aziz Ishak.

WARTAWAN Veteran, Norila Daud turut menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Datuk Abdul Aziz Ishak. 

SIMBOLIK.. acara memotong kek oleh ketiga-tiga kakitangan yang dirai sambil disaksikan oleh sebahagian warga kerja. 

Pelbagai juadah makanan disediakan buat kakitangan yang hadir. 

Lawatan Pelajar IUKL ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi

13 Januari 2016 – Seramai 30 orang pelajar jurusan Komunikasi Korporat, Infrastructure University of Kuala Lumpur (IUKL) berserta pensyarah mengadakan lawatan ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi. Lawatan itu bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai proses percetakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknologi percetakan akhbar pada masa kini. Lawatan tersebut disambut oleh Eksekutif Kanan Pengeluaran, Wan Mohamed Redza dan Eksekutif Komunikasi Korporat, Noorhayati Darus. Diharapkan lawatan tersebut dapat membuka minda pelajar-pelajar untuk merancang kerjaya mereka pada masa hadapan serta membantu pembelajaran mereka.

EKSEKUTIF Kanan Pengeluaran, Wan Mohamad Redza mengalu-alukan kedatangan para pelajar IUKL ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi.

TUMPU PERHATIAN.. Wan Mohamad Redza memberi serba sedikit penerangan tentang proses percetakan akhbar serta teknologi yang digunakan.

KENANGAN.. Pensyarah dan pelajar bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Loji Percetakan Sri Utusan Bangi. 
Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my