Monday 1 February 2016

Tinta Online Volume 2/2016 - 18 Januari 2016



Majlis Persaraan Kakitangan Jabatan Pengarang

13 Januari 2016 – Tiga kakitangan Jabatan Pengarang diraikan dalam satu Majlis Persaraan yang diadakan pada hari Rabu lalu bertempat di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Kakitangan-kakitangan yang diraikan ialah Pengurus Jabatan Pengarang, Syed Agil Syed Jaafar, Pengurus Pusat Maklumat, Fouziah Abdul Rahim dan Wartawan Veteran, Norila Daud yang masing-masing telah berkhidmat melebihi 20 tahun di Utusan Melayu.
Majlis Persaraan tersebut turut dihadiri Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd Noor, Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran sebahagian warga kerja Utusan Melayu.
Tinta dan seluruh warga kerja merakamkan ucapan selamat bersara dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

ANTARA Kakitangan yang hadir meraikan majlis persaraan yang diadakan di Blok A Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

TANDA KENANGAN.. Tuan Syed Agil Syed Jaafar menerima cenderamata kenangan daripada Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak,

PENGURUS Pusat Maklumat, Fouziah Abdul Rahim menerima cenderamata daripada Datuk Abdul Aziz Ishak.

WARTAWAN Veteran, Norila Daud turut menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Datuk Abdul Aziz Ishak. 

SIMBOLIK.. acara memotong kek oleh ketiga-tiga kakitangan yang dirai sambil disaksikan oleh sebahagian warga kerja. 

Pelbagai juadah makanan disediakan buat kakitangan yang hadir. 

Lawatan Pelajar IUKL ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi

13 Januari 2016 – Seramai 30 orang pelajar jurusan Komunikasi Korporat, Infrastructure University of Kuala Lumpur (IUKL) berserta pensyarah mengadakan lawatan ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi. Lawatan itu bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai proses percetakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknologi percetakan akhbar pada masa kini. Lawatan tersebut disambut oleh Eksekutif Kanan Pengeluaran, Wan Mohamed Redza dan Eksekutif Komunikasi Korporat, Noorhayati Darus. Diharapkan lawatan tersebut dapat membuka minda pelajar-pelajar untuk merancang kerjaya mereka pada masa hadapan serta membantu pembelajaran mereka.

EKSEKUTIF Kanan Pengeluaran, Wan Mohamad Redza mengalu-alukan kedatangan para pelajar IUKL ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi.

TUMPU PERHATIAN.. Wan Mohamad Redza memberi serba sedikit penerangan tentang proses percetakan akhbar serta teknologi yang digunakan.

KENANGAN.. Pensyarah dan pelajar bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Loji Percetakan Sri Utusan Bangi. 
Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my

No comments:

Post a Comment