Wednesday 20 July 2016

Tinta Online Volume 12/2016 - 21Julai 2016


Kumpulan Utusan, Angkasa Raikan Anak-anak Yatim

24 Jun 2016 (Jumaat) – Kumpulan Utusan dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad sekali lagi meneruskan legasi meraikan anak-anak yatim Kumpulan Utusan setiap kali ketibaan Ramadan. Sambutan yang bersempena memperingati hari Nuzul al-Quran itu telah diadakan di Dewan Besar Utusan Melayu.

Majlis yang bermula sekitar pukul 6.00 petang itu dimulakan dengan bacaan al-Quran dan diserikan dengan tazkirah agama oleh peserta Pencetus Ummah, Taha Mohd Omar. Manakala majlis penyampaian sumbangan dan duit raya disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan.

Selain itu, anak-anak yatim turut dihiburkan dengan persembahan oleh penyanyi, Syamel AF yang mendendangkan beberapa buah lagu khas buat tetamu yang hadir. Majlis yang berakhir pada pukul 8.00 malam itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hassan Mohd Noor serta pengurusan kanan Utusan Melayu dan Angkasa


Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) dan Datuk Abdul Fatah Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim Kumpulan Utusan.
Tetamu dan anak-anak yatim khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Peserta Pencetus Ummah, Taha Mohd Noor.
CERIA.. sesi bergambar bersama anak-anak yatim selepas menyampaikan sumbangan dan duit raya.
Sebahagian anak-anak yatim gembira menerima susu sumbangan dari Dutch Lady.

Sentuhan Kasih Utusan di Kemaman, Dungun

4 Jun 2016 (Sabtu) – Yayasan Kumpulan Utusan melalui Sentuhan Kasihnya meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat dengan membawa keceriaan kepada golongan kurang berkemampuan untuk menyambut bulan Syawal dengan mengadakan program Kembara Amal Ramadan di daerah Kemaman dan Dungun Terengganu.

Program yang diketuai oleh Pengurus Binaan Toyo Engineering, Othman Rahmat bergerak secara konvoi dengan menaiki 40 buah motosikal berkuasa besar, 20 buah kereta dan empat pacuan empat roda.

Sumbangan disampaikan oleh Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (UMES) Wilayah Timur, Noorzuli Ramli bagi pihak Yayasan Kumpulan Utusan dengan mengagihkan barangan makanan, keperluan harian, wang tunai dan basikal hasil sumbangan pelbagai pihak kepada 10 buah keluarga terpilih di daerah Kemaman dan Dungun.

Norzuli Ramli turut menyampaikan sumbangan kepada kepada keluarga Aminah Che Yusof di Kampung Rasau, Kerteh, Ketengah Jaya yang mempunyai suami yang uzur serta rumah yang musnah dalam kebakaran. Manakala, kira-kira 100 peserta konvoi termasuk yang datang dari beberapa negeri yang turut menyampaikan sumbangan peribadi dan juga warga di tempat kerja mereka.
Program tersebut turut mendapat kerjasama Gabungan Rakan Motosikal Negeri Terengganu (PGNTF), Kelab Pemilik Alza (MAOC) Terengganu dan pengendali radio amatur Komuniti V16.


Seorang kank-kanak kelihatan gembira apabila menerima sumbangan sebuah basikal daripada Yayasan Kumpulan Utusan
Eksekutif Kanan Pemasaran UMES, Wilayah Timur, Noorzuli Ramli (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran, Aminah Che Yusof (tengah) di Kampung Rasau, Kerteh Terengganu.

Peserta konvoi amal ramadan bersama keluarga Aminah Che Yusof (tengah) yang menjadi mangsa kebakaran di Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya selepas menyampaikan sumbangan oleh Gabungan Rakan Permotoran Terengganu (PGNTF) dan Sentuhan Kasih Yayasan Kumpulan Utusan.


Rakan Korporat Berbuka Puasa bersama Warga Utusan

Demi mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengekalkan jalinan kerjasama yang utuh, Utusan Melayu sentiasa menerima kunjungan dari rakan korporat untuk sama-sama berbuka puasa dengan warga kerja Utusan sepanjang Ramadan yang lalu. Dengan pelbagai juadah terhidang, majlis ini amat bermakna sebagai tanda ikatan mesra serta saling bertanya khabar umpama sebuah keluarga. Diharap tradisi yang diamalkan saban tahun ini diteruskan diantara kedua-dua belah pihak bagi mengingkatkan lagi hubungan baik.


Bank Islam - 27 Jun 2016

Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (kiri) beramah mesra dengan Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Dato Sri Sukri Samat (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) dan Datuk Abdul Aziz (kanan).
Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (kanan) dan Dato Sri Sukri Samat (dua dari kanan) mencedok makanan untuk Kakitangan Utusan ketika majlis berbuka puasa di Utusan Melayu. 
Warga Kumpulan Utusan beratur bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

DRB-Hicom - 30 Jun 2016

Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) beramah mesra dengan kakitangan sebelum berbuka puasa.
Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan DRB-Hicom bergambar kenangan di Perkarangan lobi Utusan Melayu.


Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H


CERITA UTUSAN, RAMADAN, SYAWAL, NIKMAT DAN RAHMAT ALLAH

SYAWAL bakal berkunjung lagi dan suasana Hari Raya semakin dirasai. Bagi Utusan, disepanjang bulan Ramadan, saya dapat perhatikan ketekunan kerja yang tidak nampak berkurang. Fasa pertama sebuah projek besar dapat dijayakan walau terdapat kekangan yang tidak henti-henti.

Surau Al-Huda terus giat dengan ceramah-ceramah ketuhanan dan kehidupan. Majlis iftar dikurangkan sedikit, namun keindahan suasana amat menyenangkan. Anak-anak yatim keluarga Utusan tidak dilupakan dengan sedikit perkongsian rezeki dari tangan Utusan ke tangan anak-anak yg di muliakan Allah SWT. Program bubur lambuk nampak meriah dengan semangat gotong royong di kalangan kakitangan dan ahli-ahli Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) yang terserlah.

Terima kasih kepada Pencipta kami di atas hidayah dan rahmat-Nya. Terima kasih kerana sentiasa memberi kami petunjuk. Terima kasih atas keberkatan pada usaha-usaha kami. Kami di Utusan akan terus memohon agar kewujudan kami yang sementara ini di limpahi dan diliputi sepenuhnya oleh kasih-Mu yg hakiki. Daripada-Mu oleh zat-Mu yg melimpahkan rahmat dan berkat, kami dapat menikmati ikatan silaturahim yang semakin erat.
Segala puji sesungguhnya hanya untuk-Mu. Kami hanyalah insan-insan kerdil yang masih belum cukup menadah tangan memanjatkan rasa kesyukuran dan terima kasih kami kepada-Mu Ya Allah, Ya Muhammad.

Cerita ini bukan cerita kami. Cerita ini bukan tentang kejayaan dalam kesederhanaan kami. Cerita ini tentang keindahan kasih-Mu yg Engkau redhakan pada kehidupan dan tingkah kami pada bulan yang Engkau muliakan ini.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga kerja Utusan yg dirahmati, dengan ucapan maaf zahir dan batin. Semoga kita terus menjalankan amanah Allah dengan mengikut resmi padi dan sentiasa sujud pada kesucian dan kebesaran-Nya agar segala usaha diberkati ilahi.
Takbir Hari Raya akan berkumandang menjelang 1 Syawal. Semoga kita dapat merasai kemenangan dan menyambutnya dengan kesederhanaan tanpa sebarang musibah di dalam perjalanan menuju kampung halaman, in syaa Allah.

Datuk Mohd Noordin Abbas
Pengarah Urusan Kumpulan
Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Jabatan Komunikasi Korporat dan Unit Pengurusan Jenama

Unit Grafik Utusan Malaysia

Jabatan Sumber Manusia Kumpulan

Jabatan Pengarang -Kosmo!

Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan

Mega Utusan Malaysia

Utusan Melayu Mingguan

Unit Pentadbiran Jabatan Pengarang
Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my