Kumpulan
Utusan, Angkasa Raikan Anak-anak Yatim
24 Jun
2016 (Jumaat) – Kumpulan Utusan dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Berhad sekali lagi meneruskan legasi meraikan anak-anak yatim Kumpulan Utusan
setiap kali ketibaan Ramadan. Sambutan yang bersempena memperingati hari Nuzul
al-Quran itu telah diadakan di Dewan Besar Utusan Melayu.
Majlis
yang bermula sekitar pukul 6.00 petang itu dimulakan dengan bacaan al-Quran dan
diserikan dengan tazkirah agama oleh peserta Pencetus Ummah, Taha Mohd Omar.
Manakala majlis penyampaian sumbangan dan duit raya disempurnakan oleh Pengarah
Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah
Abdullah dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan
Ketua Pengarang Kumpulan.
Selain
itu, anak-anak yatim turut dihiburkan dengan persembahan oleh penyanyi, Syamel
AF yang mendendangkan beberapa buah lagu khas buat tetamu yang hadir. Majlis
yang berakhir pada pukul 8.00 malam itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua
Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan,
Datuk Hassan Mohd Noor serta pengurusan kanan Utusan Melayu dan Angkasa
Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) dan Datuk Abdul Fatah Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim Kumpulan Utusan. |
Tetamu dan anak-anak yatim khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Peserta Pencetus Ummah, Taha Mohd Noor. |
CERIA.. sesi bergambar bersama anak-anak yatim selepas menyampaikan sumbangan dan duit raya. |
Sebahagian anak-anak yatim gembira menerima susu sumbangan dari Dutch Lady. |
Sentuhan
Kasih Utusan di Kemaman, Dungun
4 Jun 2016
(Sabtu) – Yayasan Kumpulan Utusan melalui Sentuhan Kasihnya meneruskan komitmen
tanggungjawab sosial korporat dengan membawa keceriaan kepada golongan kurang
berkemampuan untuk menyambut bulan Syawal dengan mengadakan program Kembara
Amal Ramadan di daerah Kemaman dan Dungun Terengganu.
Program
yang diketuai oleh Pengurus Binaan Toyo Engineering, Othman Rahmat bergerak
secara konvoi dengan menaiki 40 buah motosikal berkuasa besar, 20 buah kereta
dan empat pacuan empat roda.
Sumbangan
disampaikan oleh Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (UMES)
Wilayah Timur, Noorzuli Ramli bagi pihak Yayasan Kumpulan Utusan dengan
mengagihkan barangan makanan, keperluan harian, wang tunai dan basikal hasil
sumbangan pelbagai pihak kepada 10 buah keluarga terpilih di daerah Kemaman dan
Dungun.
Norzuli
Ramli turut menyampaikan sumbangan kepada kepada keluarga Aminah Che Yusof di
Kampung Rasau, Kerteh, Ketengah Jaya yang mempunyai suami yang uzur serta rumah
yang musnah dalam kebakaran. Manakala, kira-kira 100 peserta konvoi termasuk
yang datang dari beberapa negeri yang turut menyampaikan sumbangan peribadi dan
juga warga di tempat kerja mereka.
Program
tersebut turut mendapat kerjasama Gabungan Rakan Motosikal Negeri Terengganu
(PGNTF), Kelab Pemilik Alza (MAOC) Terengganu dan pengendali radio amatur
Komuniti V16.
Seorang kank-kanak kelihatan gembira apabila menerima sumbangan sebuah basikal daripada Yayasan Kumpulan Utusan |
Eksekutif Kanan Pemasaran UMES, Wilayah Timur, Noorzuli Ramli (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran, Aminah Che Yusof (tengah) di Kampung Rasau, Kerteh Terengganu. |
Rakan Korporat
Berbuka Puasa bersama Warga Utusan
Demi
mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengekalkan jalinan kerjasama yang utuh,
Utusan Melayu sentiasa menerima kunjungan dari rakan korporat untuk sama-sama
berbuka puasa dengan warga kerja Utusan sepanjang Ramadan yang lalu. Dengan
pelbagai juadah terhidang, majlis ini amat bermakna sebagai tanda ikatan mesra
serta saling bertanya khabar umpama sebuah keluarga. Diharap tradisi yang
diamalkan saban tahun ini diteruskan diantara kedua-dua belah pihak bagi
mengingkatkan lagi hubungan baik.
Bank Islam - 27 Jun 2016
Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (kanan) dan Dato Sri Sukri Samat (dua dari kanan) mencedok makanan untuk Kakitangan Utusan ketika majlis berbuka puasa di Utusan Melayu. |
Warga Kumpulan Utusan beratur bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan. |
DRB-Hicom - 30 Jun 2016
Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) beramah mesra dengan kakitangan sebelum berbuka puasa. |
Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan DRB-Hicom bergambar kenangan di Perkarangan lobi Utusan Melayu. |
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
1437H
CERITA
UTUSAN, RAMADAN, SYAWAL, NIKMAT DAN RAHMAT ALLAH
SYAWAL
bakal berkunjung lagi dan suasana Hari Raya semakin dirasai. Bagi Utusan,
disepanjang bulan Ramadan, saya dapat perhatikan ketekunan kerja yang tidak
nampak berkurang. Fasa pertama sebuah projek besar dapat dijayakan walau
terdapat kekangan yang tidak henti-henti.
Surau
Al-Huda terus giat dengan ceramah-ceramah ketuhanan dan kehidupan. Majlis iftar
dikurangkan sedikit, namun keindahan suasana amat menyenangkan. Anak-anak yatim
keluarga Utusan tidak dilupakan dengan sedikit perkongsian rezeki dari tangan
Utusan ke tangan anak-anak yg di muliakan Allah SWT. Program bubur lambuk
nampak meriah dengan semangat gotong royong di kalangan kakitangan dan
ahli-ahli Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) yang terserlah.
Terima
kasih kepada Pencipta kami di atas hidayah dan rahmat-Nya. Terima kasih kerana
sentiasa memberi kami petunjuk. Terima kasih atas keberkatan pada usaha-usaha
kami. Kami di Utusan akan terus memohon agar kewujudan kami yang sementara ini
di limpahi dan diliputi sepenuhnya oleh kasih-Mu yg hakiki. Daripada-Mu oleh
zat-Mu yg melimpahkan rahmat dan berkat, kami dapat menikmati ikatan
silaturahim yang semakin erat.
Segala
puji sesungguhnya hanya untuk-Mu. Kami hanyalah insan-insan kerdil yang masih
belum cukup menadah tangan memanjatkan rasa kesyukuran dan terima kasih kami
kepada-Mu Ya Allah, Ya Muhammad.
Cerita ini
bukan cerita kami. Cerita ini bukan tentang kejayaan dalam kesederhanaan kami.
Cerita ini tentang keindahan kasih-Mu yg Engkau redhakan pada kehidupan dan
tingkah kami pada bulan yang Engkau muliakan ini.
Selamat
menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga kerja Utusan yg dirahmati,
dengan ucapan maaf zahir dan batin. Semoga kita terus menjalankan amanah Allah
dengan mengikut resmi padi dan sentiasa sujud pada kesucian dan kebesaran-Nya
agar segala usaha diberkati ilahi.
Takbir
Hari Raya akan berkumandang menjelang 1 Syawal. Semoga kita dapat merasai
kemenangan dan menyambutnya dengan kesederhanaan tanpa sebarang musibah di
dalam perjalanan menuju kampung halaman, in syaa Allah.
Datuk Mohd
Noordin Abbas
Pengarah
Urusan Kumpulan
Utusan
Melayu (Malaysia) Bhd.
Jabatan Komunikasi Korporat dan Unit Pengurusan Jenama |
Unit Grafik Utusan Malaysia |
Jabatan Sumber Manusia Kumpulan |
Jabatan Pengarang -Kosmo! |
Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan |
Mega Utusan Malaysia |
Utusan Melayu Mingguan |
Unit Pentadbiran Jabatan Pengarang |
Disediakan oleh:
Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
Tel : 603-92324435
Faks : 603-92210594
H/P : 013-3986300
E-mel : syakkur.mamat@utusan.com.my
No comments:
Post a Comment