Minum Petang Amal KVUM
& Pelancaran Buku Dari Geylang Serai Ke Utusan Melayu Memoir Wartawan
Allahyarham Ahmad Bin Idris (ABI)
14
Februari 2017 (Rabu) – Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) dan kumpulan Utusan
telah mengadakan majlis Minum Petang Amal dan Tribute untuk Allahyarham Ahmad
Bin Idris (ABI) yang dihadiri oleh 300 orang tetamu termasuk ahli KVUM,
selebriti dan tetamu kehormat. Majlis yang diadakan di Dewan Utusan Melayu
turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap penasihat KVUM, Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam
majlis ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Buku Memoir Wartawan
Ahmad Bin Idris (ABI): Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu. Bibliografi ini
dikaryakan sendiri oleh Allahyarham ABI dan diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn
Bhd. Buku ini mengisahkan perjalanan ABI dari zaman kecil hinggalah berjaya
menjadi seorang Editor di akhbar Mingguan Malaysia. ABI adalah kolumnis 'Desas
Desus' yang begitu popular di Utusan Malaysia setiap hari Rabu sekitar tahun
80-an hingga 90-an. Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarang
Mingguan Malaysia dan bersara pada tahun 1996, jasa beliau terhadap pembangunan
industri hiburan tanah air sangat besar bersama-sama balu beliau, Bahyah
Mahmood atau BAM.
Pelbagai
aktiviti dijalankan semasa acara berlangsung antaranya persembahan puisi oleh
Pengarang Hiburan Pancaindera, Tengku Dato’ Khalidah Tengku Bidin, persembahan
dari selebriti-selebriti tanah air dan pementasan sketsa tribute Allahyarham
Ahmad Bin Idris (ABI) oleh pelajar-pelajar pementasan dari ASWARA.
Selain
ahli-ahli veteran, tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis ialah Presiden
Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail, Pengarah
Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pengarang
Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak.
|
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menyerahkan replika cek sumbangan untuk KVUM kepada Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail (kanan). |
|
Bahyah Mahmood (dua dari kanan) menyerahkan buku Memoir Wartawan Ahmad
Bin Idris (ABI) kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) ketika majlis
pelancaran buku tersebut di Dewan Utusan. |
|
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas menyampaikan ucapan ketika majlis berlangsung. |
|
Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis minum petang KVUM. |
|
Timbalan Perdana Menteri merangkap penasihat KVUM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika majlis minum petang KVUM. |
|
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan kakitangan Kumpulan Utusan. |
|
Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail (dua dari kiri) menyambut ketibaan Datuk Seri Zahid Hamidi (kanan) sebaik sahaja tiba di Utusan Melayu. |
|
Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Mohd Noordin Abbas bergambar bersama tetamu jemputan, artis dan ahli jawatankuasa yang menjayakan majlis. |
|
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditemuramah oleh wartawan ketika majlis berlangsung.. |
|
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir. |
|
Kehadiran barisan artis tanah air, menceriakan lagi suasana. |
|
Antara ahli KVUM yang hadir memeriahkan majlis. |
|
Ahli-ahli KVUM tidak melepaskan peluang bergambar bersama artis tanah air. |
|
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama-sama tetamu kehormat di Dewan Utusan. |
|
Tetamu memenuhi Dewan sebelum majlis bermula. |
|
Tetamu kehormat berdiri bagi menghormati nyanyian lagu "Negaraku" dan "Suara Keramat" |
|
Persembahan memukau Tengku Dato' Khalida Tengku Bidin (kanan) ketika mendeklamasi puisi yang bertajuk Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu. |
|
Pementasan sketsa tribute Allahyarham Ahmad Bin Idris (ABI) oleh pelajar-pelajar pementasan dari ASWARA. |
Program Kemanusiaan di
Pidie Jaya Aceh Indonesia
23
Februari 2017 (Khamis) – Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Aceh
telah diadakah di Pidie Jaya Aceh Indonesia. Majlis
tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Jamil Khir Baharom. Tabung Kemanusiaan Aceh dilancarkan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) bersama empat agensi lain iaitu Yayasan Pembangunan
Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP), Kumpulan Utusan dan TV Alhijrah berjaya mengumpul sumbangan RM1,009,080.
Selain itu, Datuk Jamil Khir Baharom turut
merasmikan tapak Surau Al- Khir yang bakal dibina di Pidie Aceh. Yang turut
hadir Ketua Pengarah Yapeim, Datuk Abibullah Samsuddin; Ketua Pegawai Eksekutif
MAIWP, Datuk Zainal Abidin Jaafar; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd.
Noordin Abbas; Pengarah Perancangan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk
Sahlan Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Adi Azuan
Abdul Ghani dan Konsul Jeneral Malaysia ke Medan, Amizal Fadzli Rajali.
|
Sebahagian mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Acheh bergambar kenangan bersama Datuk Seri Jamil Khir dan delegasi yang hadir. |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) beramah mesra bersama masyarakat setempat seusai majlis berlangsung. |
|
Tetamu kehormat dan masyarakat setempat berkumpul di bawah khemah sebelum majlis bermula. |
|
Datuk Seri Jamil Khir Baharom ditemuramah oleh beberapa wartawan ketika majlis penyerahan sumbangan diadakan. |
|
Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tengah) dan Datuk Mohd Noordin Abbas (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama penerima-penerima bantuan Tabung Kemanusiaan Aceh. |
|
Datuk Seri Jamil Khir Baharom merasmikan tapak Surau Al-Khir yang bakal dbina di Pidie Jaya Acheh sambil ditemani oleh Datuk Mohd Noordin Abbas. |
|
Slot Tabung kemanusiaan Acheh yang dipaparkan di televisyen siaran TV Al-hijrah. |
Taklimat Penjenamaan
Utusan
Pada
25 Januari 2017, bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya, UMES telah
mengadakan sesi taklimat penjenamaan Utusan untuk semua kakitangan Jabatan
Pemasaran. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang pengurusan kanan
Kumpulan Utusan antaranya Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah,
Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar, Pengurus Besar di Pejabat Pengarah
Urusan Kumpulan, Azlan Naim, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat &
Pengurusan Risiko, Ahmad Razif Mohamed dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat,
Jamal Ahmed.
Taklimat
yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu turut dihadiri oleh
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pengarang
Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak. Tujuan taklimat itu diadakan adalah untuk
memberikan informasi serta pengetahuan yang menyeluruh mengenai penjenamaan di
mana secara langsung melbatkan proses penjualan iklan bagi produk keluaran
Kumpulan Utusan.
Selain
itu, kakitangan dari RifaieChuaSethi, Shukri Rifaie sudi berkongsi pengalaman
beliau dalam pelbagai perspektif dari sudut penjenamaan bagi mengangkat jenama
Utusan dalam kelas yang tersendiri di kalangan pengamal media. Diharapkan sesi
taklimat ini dapat memberikan pendedahan kepada warga kerja UMES, betapa
pentingnya penjenamaan kepada klien dalam pengiklanan produk mahu pun
perkhidmatan.
|
Peserta yang terdiri daripada Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan dan kakitangan UMES bergambar kenangan bersama seusai taklimat berlangsung. |
|
Antara panelis-panelis yang hadir ketika sidang bersama Sasterawan Negara. |
|
Datuk Hassan Mohd Noor menyampaikan ucapan aluan sebelum wacana bermula. |
|
Prof Dato' Dr. Hasan Mad memberikan sepatah dua kata sebelum mempengerusikan sidang Wacana Bahasa Melayu. |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama Sasterawan Negara dan Pengurusan Kanan Utusan Melayu. |
|
Prof Dato' Dr. Hasan Mad mempengerusikan sidang yang disertai oleh Sasterawan Negara dan Pengurusan Kanan Utusan Melayu pada 22 Februari lalu. |
Lawatan Tabung Haji ke
Utusan Melayu
17
Februari 2017 (Jumaat) - Pengurusan Tabung Haji (TH) telah mengadakan lawatan
ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Lawatan diketuai oleh YBhg.
Datuk Seri Johan Abdullah dan disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan
Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas.
Tujuan lawatan ini diadakan untuk mengeratkan
lagi hubungan yang sedia terjalin selain bertukar-tukar pandangan untuk
kepentingan dan manfaat bersama. Selain mengadakan lawatan ke sekitar Jabatan
Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo!, turut diadakan temu bual media di antara
Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Seri Johan Abdullah serta penyerahan replika
cek bernilai RM15,500 hasil sumbangan anggota TH untuk Tabung Kemanusiaan
Acheh.
Turut hadir ke lawatan ialah Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif, Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi, Dato’
Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul
Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Pengurusan
Kanan Utusan Melayu dan Tabung Haji.
|
Pengurusan Kumpulan Utusan bergambar kenangan bersama Pengurusan Tabung Haji di ruang lobi Utusan Melayu. |
|
Delegasi Tabung Haji bergambar kenangan bersama Datuk Mohd Noordin Abbas (empat dari kiri) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (empat dari kanan) ketika mengadakan lawatan di Pejabat Kosmo! |
|
Datuk Zulkefli Hamzah (kanan) menerangkan sesuatu kepada Datuk Seri Johan Abdullah (tengah) ketika hadir mengadakan lawatan ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. |
|
Editor Foto, Ab Kadir Bachok (kanan) menerangkan sesuatu kepada Datuk Seri Johan Abdullah (empat dari kiri) ketika hadir melawat di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. |
|
Datuk Seri Johan Abdullah (tengah) menyampaikan replika cek sumbangan Tabung Kemanusiaan Aceh kepada Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan). |
|
Datuk Seri Johan Abdullah (tengah) menandatangani plak sebagai simbolik lawatan TH ke Ibu Pejabat Utusan Melayu sambil disaksikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (kanan). |
|
Perbincangan dua hala antara Tabung Haji dan Kumpulan Utusan diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang. |
“You’re
gonna be missed!”
Oleh: Siti Nur
Zulaikha Ibrahim
“You
are a fighter, buat kerja dengan betul dan buat benda yang betul”, begitulah
pesanan yang dititipkan oleh Encik Shirad Anuar, Pengurus Kanan
Undang-undang/Setiausaha Syarikat (pada ketika itu) kepada penulis apabila
diminta oleh penulis pada hari terakhir perkhidmatan beliau bersama-sama Utusan
Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) pada 28 Februari 2017 yang lalu.
Encik Shirad Anuar telah memulakan
perkhidmatan beliau bersama-sama UMMB pada sekitar bulan September 2013 sebagai
Pengurus Kanan Undang-undang/Setiausaha Syarikat. Disepanjang perkhidmatan
beliau selama lebih tiga tahun bersama-sama UMMB, beliau telah berkhidmat di
bawah pimpinan Datuk Mohd Nasir Ali (Pengarah Eksekutif Kumpulan UMMB dari
sekitar tahun 2000 sehingga 2014) dan Datuk Mohd Noordin Abbas (Pengarah Urusan
Kumpulan dari sekitar tahun 2014 sehingga kini). Pernah bergelar Majistret, Peguamcara
dan berkhidmat di pelbagai Syarikat swasta ternama, Encik Shirad Anuar bukan
calang-calang orangnya. Berbekalkan dengan pengalaman yang luas di dalam bidang
perundangan khususnya hal ehwal korporat, beliau telah memimpin Jabatan
Undang-undang & Kesetiausahaan UMMB (LSD) dengan jayanya.
Sepanjang pengalaman penulis bekerja dengan
Encik Shirad Anuar selama lebih dua tahun, penulis menyifatkan Encik Shirad
Anuar sebagai seorang pemimpin (a leader rather than a boss) buat semua warga
kerja LSD. Beliau begitu terbuka dalam mendengar pandangan warga kerja di bawah
seliaanya dan sentiasa menggalakkan warga kerja LSD untuk berbincang dengan
beliau dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit. Beliau juga merupakan
seorang yang berani dalam membuat keputusan dan memikul tanggungjawab terhadap
sesuatu keputusan yang diambil. Beliau turut menekankan peri pentingnya sesuatu
perkara itu dibuat mengikut standard of procedure (SOP) yang ditetapkan.
Dilahirkan pada 10 Januari 1965 dan
memiliki cahaya mata seramai empat orang hasil perkahwinan beliau bersama
isteri tersayang Puan Mazita, pemilik zodiak Capricorn ini disenangi oleh warga
kerja LSD dan warga UMMB secara keseluruhannya. Meskipun beliau memiliki
perwatakan yang tegas terutama berkaitan urusan kerja, pada sisi lain, beliau
merupakan seorang yang gemar bersenda gurau dengan warga kerjanya, sangat suka
membaca apa juga jenis bahan bacaan, menonton wayang, gemar berkongsi cerita
bersama dan mahir dalam memasak. Disebabkan minat beliau dalam bidang masakan,
warga LSD sentiasa meriah dengan pelbagai acara yang melibatkan makanan dek
kerana memiliki pemimpin yang begitu sukakan makanan dan sangat sempoi (ikut
ayat anak-anak muda masa kini).
Sesungguhnya, penghijrahan Encik Shirad
Anuar daripada UMMB akan dirindui oleh semua warga LSD. Seperti yang diharapkan
oleh Encik Shirad Anuar agar silaturrahim yang telah terjalin ini berpanjangan,
begitu jugalah harapan penulis dan rakan-rakan sekerja penulis. Selamat maju
jaya En Shirad! Bogo-sipeo!
LSD’s
FAMILY DAY 2017!
Oleh: Siti Nur
Zulaikha Ibrahim
Jabatan Undang-undang
& Kesetiausahaan (LSD) telah mengadakan LSD’s Family Day 2017 pada 11 dan
12 Februari 2017 bertempat di Bidara Beach Village, Tanjung Bidara, Masjid
Tanah Melaka. Hari keluarga yang julung kali diadakan ini disertai oleh 9
kakitangan Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan termasuk Pengurus Kanan
Undang-undang dan kesetiausahaan, Encik Shirad Anuar sebagai penasihat dan
Nuridayu Ibrahim sebagai Pengurus Projek.
Pada
awalnya acara ini telah dirancang seawal bulan November tahun 2016, namun
berjaya direalisasi pada bulan Februari 2017. Kesemua warga LSD telah
bersepakat dalam menyumbang dana, penajaan hadiah dan makanan bagi menjayakan
acara. Sesuatu yang sangat menarik ingin dikongsi oleh penulis disini adalah,
kesemua bungkusan hadiah, goodies bag dan juadah selama dua hari tersebut
adalah hasil kerjasama yang sangat tinggi dan kreativiti oleh warga LSD itu
sendiri.
Hari
pertama LSD’s Family Day 2017 dimulakan dengan pendaftaran masuk ahli keluarga
dan pengagihan goodies bag seawal pukul 2.00 petang. Kemudian, seawal pukul
5.00 petang, kami telah memulakan persiapan untuk sesi Barbeque (juadah bagi
BBQ mengguna pakai konsep pot luck yang dibawa oleh setiap keluarga) dan pertukaran
hadiah dan karaoke untuk aturcara pada sebelah malamnya. Paling menyeronokkan
adalah setiap keluarga perlu menyediakan satu hadiah istimewa untuk dijadikan
cabutan ketika sesi pertukaran hadiah. ’Dengan kuasa bulan’, penulis telah
dilantik sebagai pengacara majlis untuk sesi pada malam tersebut. Aturcara
majlis pada sebelah malam itu telah dimulai dengan bacaan doa oleh Faizrullah
Abdul Rahman dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Penasihat Projek, Encik
Shirad Anuar. Disamping kesemua ahli keluarga memperlihatkan bakat
masing-masing yang bukan calang-calang (termasuk penulis) dalam lantunan suara
berirama, majlis turut diserikan dengan tayangan video ucapan khas yang
merupakan satu kejutan buat salah seroang kakitangan LSD iaitu Puan Siti Noora
Akmalidza Idris (Kak Noora) bersempena dengan persaraan beliau di UMMB. Video
ucapan khas tersebut adalah kompilasi ucapan daripada warga kerja UMMB dari
pelbagai jabatan yang telah diselenggara oleh Nurul Khairani Abdul Rashid dan
sesi rakaman kesemua video tersebut dihasilkan oleh Ain Syuhada Jamaludin. Pada
malam tersebut juga surprise birthday party telah diadakan bagi meraikan ulang
tahun kelahiran Khairani. Yang keberapa, itu penulis minta cik puan badan
umumkan sendiri ya.
Hari
berikutnya acara senamrobik diadakan pada pukul 8.00 pagi yang diketuai oleh
Faiz setelah selesai bersarapan pagi. Kesemua juga begitu teruja dengan tarian
ayam (chicken dance) pada pagi itu. Fadhli, anak kepada Puan Sara Kahar (Kak
Sara) begitu sporting bersama-sama Faiz bagi mengetuai acara senamrobik
tersebut. Acara seterusnya diteruskan dengan acara sukaneka. Antara sukaneka
yang dijalankan adalah cari gula dalam tepung, lambung belon berisi air,
berjalan dengan bola pinpong di dalam sudu, ikat belon di kaki dan meneka
binatang yang dilukis. Kumpulan yang mengumpul markah tertinggi bakal menjadi
juara bagi acara sukaneka dan seterusnya bakal menerima hamper yang sangat
mengujakan! Bagi acara sukaneka ini, kumpulan Puan Norwati Abu Bakar (Kak Wati)
telah menjuarai acara sukaneka ini. Ahli kumpulan beliau terdiri daripada
Fadhil yang merupakan anak sulung kepada Kak Wati, Hana Rahmah (anak bongsu
Encik Shirad Anuar) dan Merissa (anak bongsu kepada Kak Noora). Acara sukaneka
ini telah ditutup dengan upacara penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan dan
sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan.
Tidak
lengkap rasanya, jika mengadakan acara di tempat yang dikelilingi deruan ombak
dan keheningan air laut tanpa merasai adrenalin Banana Boat! Meskipun penulis
bersama Dayana, Khairani,dan Merissa pada awalnya keberatan untuk menaiki
Banana Boat tersebut, namun setelah dijamin oleh pemandu bot tersebut bahawa
tiada adegan dijatuhkan ke dalam air akan berlaku, penulis dan semua bersetuju
dan terus meluru ke arah Banana Boat. Namun langit tidak selalunya cerah,
‘hasutan’ yang dilaungkan oleh En Shirad Anuar dan Alex Ali (Alex) kerana ‘iri’
akan pakaian kami yang kelihatan masih dry tanpa secalit air laut mempengaruhi
pemandu Banana Boat yang penuh ‘taat’ terus menterbalikkan Banana Boat tersebut.
Barulah mereka berdua boleh tidur dengan lena malam itu setelah bergembira
dengan kebasahan air laut yang meliputi setiap inci kami.
Acara
LSD’s Family Day 2017 dengan tema
“Cherish every moment we have” sampai ke penghujunganya pada pukul 2.00
petang. Segala memori yang dilakarkan bersama akan terus tersemat di dalam hati
buat selama-lamanya. Ia bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya dalam
menguruskan acara seperti ini terutamanya apabila ia merupakan kali pertama LSD
merancang acara sebegini disamping menggalas tanggungjawab kami sebagai warga
kerja UMMB. Justeru, penulis mengambil kesempatan ingin memberikan setinggi
penghargaan kepada Encik Shirad Anuar selaku Penasihat Projek, Ayu selaku
Pengurus Projek dan kesemua Ahli Jawatankuasa LSD’s Family Day 2017 iaitu Alex,
Kak Noora, Kak Sara, Kak Wati,Kak Shuhaila, Khairani, Ain dan Faiz atas segala
masa yang dikorbankan, kudrat dan perbelanjaan yang disumbangkan serta
kreativiti yang dikongsikan bersama demi merealisasikan LSD’s Family Day 2017.
Tidak dilupakan juga buat semua ahli keluarga yang telah hadir, semuanya begitu
peramah, tidak pernah kering dengan lawak jenaka dan ketawa serta senyuman yang
tidak lekang di bibir. Penghargaan turut diberikan kepada Pengurus Operasi
Utusan Land Sdn Bhd, Nur Azan Hasan yang sudi hadir (kebetulan beliau berada di
Melaka pada ketika itu) bagi memeriahkan acara kami disaat akhir pada sebelah
malam itu. Till we meet next time! Annyeong!
|
En Shirad menyampaikan hadiah kepada peserta sukaneka. |
|
"Orang Kuat LSD" menyiapkan hadiah untuk LSD Family Day 2017 yang akan diadakan di Bidara Beach Village. |
|
Tauke Barbeque, Faiz (tengah) bersama abang sado, Fadhil (kiri) sempat bergaya 'macho' ketika menyediakan Barbeque. |
|
Sesi pertukaran hadiah antara Encik Shirad (kiri) dan Nuridayu Ibrahim (kanan). |
|
Peserta tidak sabar untuk memulakan aktiviti sukaneka. |
|
Abang-abang "macho" pantang nampak kamera, terus posing sakan. |
|
Banana Boat.. antara aktiviti dan kenangan yang sukar dilupakan. |
|
Wajah-wajah Zorro yang ceria. |
|
Kehebatan Encik Shirad membakar jagung tidak boleh lagi dipertikaikan.. sangat sedap! |
|
Lambung Belon Berisi Air, antara sukaneka yang diadakan pada hari tersebut. |
|
"Beauty begins the moment you decide to be yourself" - Coco Chanel |
|
Sambil menyelam minum air, warga LSD turut terjun ke laut selepas menaiki bot. |
|
Sesi penukaran hadiah daripada Siti Zulaikha Ibrahim (kiri) kepada keluarga Encik Shirad Anuar. |
|
Persis Michael Jackson.. wajah Alex selepas menyertai sukaneka cari gula-gula dalam tepung. |
|
Warga LSD bergambar kenangan bersama sebelum berangkat pulang. |
Kursus
‘Corporate Grooming & Business Etiquette’
Pada 27 dan 28
Februari lalu Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah mengadakan kursus
‘Corporate Grooming & Business Etiquette’ yang telah dikendalikan oleh
Mazlina Ali dari Utusan JobHouse Sdn Bhd bersama 27 orang kakitangan dari
pelbagai jabatan. Kursus selama 2 hari ini berlangsung di Pusat Latihan Sumber
Manusia. Kursus ini diadakan bagi memberikan panduan dan teknik mengukuhkan
imej profesional kakitangan Utusan Melayu yang sering berurusan dengan
pelanggan dan mewakili organisasi berjumpa pelanggan dan pihak luar.
Modul
yang dikongsikan adalah termasuk teknik dan panduan berpakaian mengikut
pemilihan suit, kemeja, blouse, baju kurung, gaya tudung dan rambut, aksesori,
pemilihan warna yang tepat dan bersesuaian, kasut dan stokin. Selain itu para
peserta juga turut diberi pendedahan praktikal tentang teknik solekan asas dan
kepentingan menjaga kesihatan, kebersihan & penjagaan kulit wajah. Penceramah
juga membincangkan cara perhubungan professional kepada peserta dan kesan-kesan
dari penilaian orang luar akibat dari cara perhubungan yang salah. Selain itu,
aktiviti-aktiviti sampingan seperti aktiviti berkumpulan turut dijalankan.
|
Penceramah dan peserta bergambar bersama seusai kursus berlangsung. |
|
Penceramah, Mazlina Ali melakukan demonstrasi teknik solekan asas kepada peserta yang hadir. |
|
Salah seorang peserta Siti Norlida (kiri) menerima sijil penyertaan daripada Mazlina Ali (kanan). |
|
Antara aktiviti berkumpulan yang dijalankan. |
Lawatan
Dato’ Seri Idris Jusoh ke Utusan Melayu
20 Februari 2017
(Isnin) – Seramai 20 orang delegasi dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
hadir ke Ibu Pejabat Utusan Melayu yang diketuai oleh Menteri Pendidikan
Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah Urusan
Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan,
Datuk Abdul Aziz Ishak, dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.
Dato’
Seri Idris Jusoh dan delegasi meluangkan masa hampir dua jam bertukar pendapat
dengan barisan kepimpinan Kumpulan Utusan, dan turut dibawa melawat ke Jabatan
Pengarang untuk beramah mesra dengan kakitangan Utusan Malaysia.Turut hadir ke
lawatan tersebut ialah Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur
dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Pengurusan Kanan Kumpulan
Utusan.
|
Dato' Seri Idris Jusoh (kiri) mendengar penerangan daripada Editor Foto, Ab Kadir Bachok (kanan) ketika lawatan di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia berlangsung. |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Dato' Seri Idris Jusoh (kanan) di Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan. |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) mengadakan perbincangan dua hala bersama Dato' Seri Idris Jusoh dan delegasi dari Kementerian Pendidikan Tinggi. |
|
Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan delegasi dari Kementerian Pendidikan Tinggi bergambar kenangan bersama dia Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. |
Lawatan Pengurusan
Kumpulan Utusan ke MRCB
2
Mac 2017 (Khamis) – Kumpulan Utusan yang diketuai oleh Pengarah Urusan
Kumpulan, Datuk Noordin Abbas telah mengadakan kunjungan hormat ke Malaysian
Resources Corporation Berhad (MRCB) di ibu pejabat di Menara Allianz Sentral.
Ketibaan delegasi seramai 13 orang itu disambut oleh Naib Presiden Eksekutif
MRCB, Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan dan Pengerusi MRCB Builders Sdn. Bhd.,
Datuk Seri Ir. Judin Abdul Karim. Delegasi Kumpulan Utusan kemudiannya dibawa
melawat ke sekitar Stesen Sentral Kuala Lumpur (SSKL) bagi meninjau perjalanan
hab pengangkutan utama negara yang mula beroperasi pada 2001.
Satu perbincangan turut diadakan di antara
Datuk Mohd Noordin Abbas bersama Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed
Salim Fateh Din bagi mengeratkan hubungan serta meneroka jalinan kerjasama
antara kedua-dua organisasi .Selain itu, delegasi Kumpulan Utusan turut dibawa
melihat replika projek pembangunan yang dimajukan MRCB, tontonan video korporat
syarikat berkenaan sebelum diakhiri dengan majlis jamuan makan. Yang turut
hadir mewakili Kumpulan Utusan Pengarah Eksekutif Yayasan Kumpulan, Datuk Dr.
A. Ganesan; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Penolong
Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hassan Mohd. Noor; Pengurus Besar Komunikasi
Korporat, Jamal Ahmed; Ketua Pegawai Kewangan, Wan Nor Asmah Wan Ismail dan
Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat dan Pengurusan Risiko, Ahmad Razif
Mohamed. Turut hadir sama, Pengarah Eksekutif Utusan Job House Sdn. Bhd., Dato’
Sobri Ahmad; Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman dan
Pengarang Berita Ekonomi Utusan Malaysia, Johardy Ibrahim.
|
Datuk Dell Akbar khan Hyder Khan berbual seketika bersama Datuk Mohd Noordin Abbas ketika ketibaannya dan delegasi ke Ibu Pejabat MRCB. |
|
Pengurusan Kumpulan Utusan dibawa ke KL sentral untuk sesi lawatan. |
|
Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan (kanan) menerangkan sesuatu kepada Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) mengenai projek yang dilaksanakan oleh MRCB. |
|
Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan (dua dari kiri) dan Datuk Seri Ir. Judin Abdul Karim (kanan) berbual mesra bersama Datuk Mohd Noordin Abbas ketika mengadakan lawatan di KL Sentral. |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) melihat replika projek yang dimajukan oleh MRCB. |
|
Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan MRCB. |
Selamat Maju Jaya Shirad
Pada
1 Mac lepas, Pengurus Kanan Undang-Undang dan Kesetiausahaan, Shirad Anuar
telah menamatkan perkhidmatan beliau selama lebih 3 tahun di Utusan Melayu
(Malaysia) Berhad. Sebagai mengenang jasa dan budi serta ilmu yang telah
ditaburkan, Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan telah mengadakan majlis ringkas di
Restoran Rebung, Tasik Perdana Kuala Lumpur.
Majlis telah dihadiri oleh Pengarah Urusan
Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz
Ishak, Pengurusan Kanan dan Editor-Editor Kanan Syarikat. Tinta merakamkan
ucapan Selamat Maju Jaya.
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan buat Shirad Anuar sambil diperhatikan oleh barisan Pengurusan Kumpulan Utusan. |
|
Shirad Anuar (berdiri) menyampaikan ucapan sempena majlis perpisahan beliau di Restoran Rebung baru-baru ini. |
|
Pengurusan Kumpulan Utusan bergambar kenangan bersama Shirad Anuar (dua dari kanan). |
|
Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan bergambar kenangan bersama Shirad Anuar (tiga dari kanan). |
|
Antara Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan yang hadir meraikan majlis perpisahan Shirad Anuar (empat dari kiri). |
Majlis Minum Petang BKUM Bersama
Pengurusan Kumpulan Utusan
3
Mac 2017 (Jumaat) – Majlis Minum Petang Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM)
bersama Pengurusan Kumpulan Utusan telah diadakan di Dewan Utusan Melayu
Malaysia (Berhad). Majlis ini diadakan bertujuan untuk membentangkan
aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tahun ini. Selain itu, majlis
juga turut mengadakan simbolik keahlian Datuk Mohd Noordin Abbas, Pengarah
Urusan Kumpulan sebagai ahli Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM). Majlis
dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata aluan dari Yang Dipertua Badan
Keluarga Utusan Melayu (BKUM), Saifol Bakhtiar Hamik dan ucapan dari Pengarah
Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas serta sedikit jamuan ringan buat
tetamu yang hadir.
|
Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) mengisi borang keahlian BKUM bersama Saifol Bakhtiar Hamik (kanan) sambil diperhatikan oleh Datuk Aziz Ishak (kiri) dan Datuk Othman Mohamad (kanan). |
|
Antara Pengurusan Kumpulan Utusan yang hadir memeriahkan majlis Minum Petang BKUM. |
|
Antara Pengurusan Kanan yang hadir memeriahkan Majlis Minum Petang BKUM. |
|
Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan sempat bergambar sambil menikmati jamuan yang disediakan. |
|
Datuk Abdul Aziz Ishak beramah mesra bersama tetamu yang hadir. |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas beramah mesra bersama tetamu yang hadir. |
|
Datuk Mohd Noordin Abbas berbual mesra bersama barisan baru Exco BKUM yang dipimpin oleh Saifol Bakhtiar Hamik. |
Disediakan oleh:
Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
Tel : 603-92324435
Faks : 603-92210594
H/P : 013-3986300
E-mel : syakkur.mamat@utusan.com.my