Tuesday 14 March 2017

Tinta Online Volume 2/2017 - 15 Mac 2017


Minum Petang Amal KVUM & Pelancaran Buku Dari Geylang Serai Ke Utusan Melayu Memoir Wartawan Allahyarham Ahmad Bin Idris (ABI)

14 Februari 2017 (Rabu) – Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) dan kumpulan Utusan telah mengadakan majlis Minum Petang Amal dan Tribute untuk Allahyarham Ahmad Bin Idris (ABI) yang dihadiri oleh 300 orang tetamu termasuk ahli KVUM, selebriti dan tetamu kehormat. Majlis yang diadakan di Dewan Utusan Melayu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap penasihat KVUM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam majlis ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Buku Memoir Wartawan Ahmad Bin Idris (ABI): Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu. Bibliografi ini dikaryakan sendiri oleh Allahyarham ABI dan diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn Bhd. Buku ini mengisahkan perjalanan ABI dari zaman kecil hinggalah berjaya menjadi seorang Editor di akhbar Mingguan Malaysia. ABI adalah kolumnis 'Desas Desus' yang begitu popular di Utusan Malaysia setiap hari Rabu sekitar tahun 80-an hingga 90-an. Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarang Mingguan Malaysia dan bersara pada tahun 1996, jasa beliau terhadap pembangunan industri hiburan tanah air sangat besar bersama-sama balu beliau, Bahyah Mahmood atau BAM.
Pelbagai aktiviti dijalankan semasa acara berlangsung antaranya persembahan puisi oleh Pengarang Hiburan Pancaindera, Tengku Dato’ Khalidah Tengku Bidin, persembahan dari selebriti-selebriti tanah air dan pementasan sketsa tribute Allahyarham Ahmad Bin Idris (ABI) oleh pelajar-pelajar pementasan dari ASWARA.
Selain ahli-ahli veteran, tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis ialah Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menyerahkan replika cek sumbangan untuk KVUM kepada Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail (kanan).

Bahyah Mahmood (dua dari kanan) menyerahkan buku Memoir Wartawan Ahmad Bin Idris (ABI) kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran buku tersebut di Dewan Utusan.

 Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas menyampaikan ucapan ketika majlis berlangsung.

Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis minum petang KVUM.

Timbalan Perdana Menteri merangkap penasihat KVUM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika majlis minum petang KVUM.

 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan kakitangan Kumpulan Utusan.

Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail (dua dari kiri) menyambut ketibaan Datuk Seri Zahid Hamidi (kanan) sebaik sahaja tiba di Utusan Melayu.

Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Mohd Noordin Abbas bergambar bersama tetamu jemputan, artis dan ahli jawatankuasa yang menjayakan majlis.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditemuramah oleh wartawan ketika majlis berlangsung..

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.

Kehadiran barisan artis tanah air, menceriakan lagi suasana.

Antara ahli KVUM yang hadir memeriahkan majlis.

Ahli-ahli KVUM tidak melepaskan peluang bergambar bersama artis tanah air.

 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama-sama tetamu kehormat di Dewan Utusan.

Tetamu memenuhi Dewan sebelum majlis bermula. 

Tetamu kehormat berdiri bagi menghormati nyanyian lagu "Negaraku" dan "Suara Keramat"

Persembahan memukau Tengku Dato' Khalida Tengku Bidin (kanan) ketika mendeklamasi puisi yang bertajuk Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu.

Pementasan sketsa tribute Allahyarham Ahmad Bin Idris (ABI) oleh pelajar-pelajar pementasan dari ASWARA.



Program Kemanusiaan di Pidie Jaya Aceh Indonesia

23 Februari 2017 (Khamis) – Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Aceh telah diadakah di Pidie Jaya Aceh Indonesia. Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Tabung Kemanusiaan Aceh dilancarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama empat agensi lain iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kumpulan Utusan dan TV Alhijrah berjaya mengumpul sumbangan RM1,009,080.

Selain itu, Datuk Jamil Khir Baharom turut merasmikan tapak Surau Al- Khir yang bakal dibina di Pidie Aceh. Yang turut hadir Ketua Pengarah Yapeim, Datuk Abibullah Samsuddin; Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Zainal Abidin Jaafar; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Pengarah Perancangan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dan Konsul Jeneral Malaysia ke Medan, Amizal Fadzli Rajali.

Sebahagian mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Acheh bergambar kenangan bersama Datuk Seri Jamil Khir dan delegasi yang hadir.

Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) beramah mesra bersama masyarakat setempat seusai majlis berlangsung.

Tetamu kehormat dan masyarakat setempat berkumpul di bawah khemah sebelum majlis bermula.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom ditemuramah oleh beberapa wartawan ketika majlis penyerahan sumbangan diadakan.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tengah) dan Datuk Mohd Noordin Abbas (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama penerima-penerima bantuan Tabung Kemanusiaan Aceh.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom merasmikan tapak Surau Al-Khir yang bakal dbina di Pidie Jaya Acheh sambil ditemani oleh Datuk Mohd Noordin Abbas.

Slot Tabung kemanusiaan Acheh yang dipaparkan di televisyen siaran TV Al-hijrah.


Taklimat Penjenamaan Utusan

Pada 25 Januari 2017, bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya, UMES telah mengadakan sesi taklimat penjenamaan Utusan untuk semua kakitangan Jabatan Pemasaran. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang pengurusan kanan Kumpulan Utusan antaranya Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah, Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar, Pengurus Besar di Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan, Azlan Naim, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat & Pengurusan Risiko, Ahmad Razif Mohamed dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed.
Taklimat yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak. Tujuan taklimat itu diadakan adalah untuk memberikan informasi serta pengetahuan yang menyeluruh mengenai penjenamaan di mana secara langsung melbatkan proses penjualan iklan bagi produk keluaran Kumpulan Utusan.

Selain itu, kakitangan dari RifaieChuaSethi, Shukri Rifaie sudi berkongsi pengalaman beliau dalam pelbagai perspektif dari sudut penjenamaan bagi mengangkat jenama Utusan dalam kelas yang tersendiri di kalangan pengamal media. Diharapkan sesi taklimat ini dapat memberikan pendedahan kepada warga kerja UMES, betapa pentingnya penjenamaan kepada klien dalam pengiklanan produk mahu pun perkhidmatan.

Peserta yang terdiri daripada Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan dan kakitangan UMES bergambar kenangan bersama seusai taklimat berlangsung.





Antara panelis-panelis yang hadir ketika sidang bersama Sasterawan Negara.

Datuk Hassan Mohd Noor menyampaikan ucapan aluan sebelum wacana bermula.

Prof Dato' Dr. Hasan Mad memberikan sepatah dua kata sebelum mempengerusikan sidang Wacana Bahasa Melayu.

Datuk Mohd Noordin Abbas (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama Sasterawan Negara dan Pengurusan Kanan Utusan Melayu.

Prof Dato' Dr. Hasan Mad mempengerusikan sidang yang disertai oleh Sasterawan Negara dan Pengurusan Kanan Utusan Melayu pada 22 Februari lalu.


Lawatan Tabung Haji ke Utusan Melayu

17 Februari 2017 (Jumaat) - Pengurusan Tabung Haji (TH) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Lawatan diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah dan disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas.
Tujuan lawatan ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin selain bertukar-tukar pandangan untuk kepentingan dan manfaat bersama. Selain mengadakan lawatan ke sekitar Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo!, turut diadakan temu bual media di antara Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Seri Johan Abdullah serta penyerahan replika cek bernilai RM15,500 hasil sumbangan anggota TH untuk Tabung Kemanusiaan Acheh.

Turut hadir ke lawatan ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi, Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan Tabung Haji.

Pengurusan Kumpulan Utusan bergambar kenangan bersama Pengurusan Tabung Haji di ruang lobi Utusan Melayu.

Delegasi Tabung Haji bergambar kenangan bersama Datuk Mohd Noordin Abbas (empat dari kiri) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (empat dari kanan) ketika mengadakan lawatan di Pejabat Kosmo!

Datuk Zulkefli Hamzah (kanan) menerangkan sesuatu kepada Datuk Seri Johan Abdullah (tengah) ketika hadir mengadakan lawatan ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

Editor Foto, Ab Kadir Bachok  (kanan) menerangkan sesuatu kepada Datuk Seri Johan Abdullah (empat dari kiri) ketika hadir melawat di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

Datuk Seri Johan Abdullah (tengah) menyampaikan replika cek sumbangan Tabung Kemanusiaan Aceh kepada Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan).

Datuk Seri Johan Abdullah (tengah) menandatangani plak sebagai simbolik lawatan TH ke Ibu Pejabat Utusan Melayu sambil disaksikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (kanan).

Perbincangan dua hala antara Tabung Haji dan Kumpulan Utusan diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang.


 “You’re gonna be missed!”

Oleh: Siti Nur Zulaikha Ibrahim

“You are a fighter, buat kerja dengan betul dan buat benda yang betul”, begitulah pesanan yang dititipkan oleh Encik Shirad Anuar, Pengurus Kanan Undang-undang/Setiausaha Syarikat (pada ketika itu) kepada penulis apabila diminta oleh penulis pada hari terakhir perkhidmatan beliau bersama-sama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) pada 28 Februari 2017 yang lalu.

Encik Shirad Anuar telah memulakan perkhidmatan beliau bersama-sama UMMB pada sekitar bulan September 2013 sebagai Pengurus Kanan Undang-undang/Setiausaha Syarikat. Disepanjang perkhidmatan beliau selama lebih tiga tahun bersama-sama UMMB, beliau telah berkhidmat di bawah pimpinan Datuk Mohd Nasir Ali (Pengarah Eksekutif Kumpulan UMMB dari sekitar tahun 2000 sehingga 2014) dan Datuk Mohd Noordin Abbas (Pengarah Urusan Kumpulan dari sekitar tahun 2014 sehingga kini). Pernah bergelar Majistret, Peguamcara dan berkhidmat di pelbagai Syarikat swasta ternama, Encik Shirad Anuar bukan calang-calang orangnya. Berbekalkan dengan pengalaman yang luas di dalam bidang perundangan khususnya hal ehwal korporat, beliau telah memimpin Jabatan Undang-undang & Kesetiausahaan UMMB (LSD) dengan jayanya.

Sepanjang pengalaman penulis bekerja dengan Encik Shirad Anuar selama lebih dua tahun, penulis menyifatkan Encik Shirad Anuar sebagai seorang pemimpin (a leader rather than a boss) buat semua warga kerja LSD. Beliau begitu terbuka dalam mendengar pandangan warga kerja di bawah seliaanya dan sentiasa menggalakkan warga kerja LSD untuk berbincang dengan beliau dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit. Beliau juga merupakan seorang yang berani dalam membuat keputusan dan memikul tanggungjawab terhadap sesuatu keputusan yang diambil. Beliau turut menekankan peri pentingnya sesuatu perkara itu dibuat mengikut standard of procedure (SOP) yang ditetapkan.

Dilahirkan pada 10 Januari 1965 dan memiliki cahaya mata seramai empat orang hasil perkahwinan beliau bersama isteri tersayang Puan Mazita, pemilik zodiak Capricorn ini disenangi oleh warga kerja LSD dan warga UMMB secara keseluruhannya. Meskipun beliau memiliki perwatakan yang tegas terutama berkaitan urusan kerja, pada sisi lain, beliau merupakan seorang yang gemar bersenda gurau dengan warga kerjanya, sangat suka membaca apa juga jenis bahan bacaan, menonton wayang, gemar berkongsi cerita bersama dan mahir dalam memasak. Disebabkan minat beliau dalam bidang masakan, warga LSD sentiasa meriah dengan pelbagai acara yang melibatkan makanan dek kerana memiliki pemimpin yang begitu sukakan makanan dan sangat sempoi (ikut ayat anak-anak muda masa kini).

Sesungguhnya, penghijrahan Encik Shirad Anuar daripada UMMB akan dirindui oleh semua warga LSD. Seperti yang diharapkan oleh Encik Shirad Anuar agar silaturrahim yang telah terjalin ini berpanjangan, begitu jugalah harapan penulis dan rakan-rakan sekerja penulis. Selamat maju jaya En Shirad! Bogo-sipeo!







 LSD’s FAMILY DAY 2017!

Oleh: Siti Nur Zulaikha Ibrahim

Jabatan Undang-undang & Kesetiausahaan (LSD) telah mengadakan LSD’s Family Day 2017 pada 11 dan 12 Februari 2017 bertempat di Bidara Beach Village, Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka. Hari keluarga yang julung kali diadakan ini disertai oleh 9 kakitangan Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan termasuk Pengurus Kanan Undang-undang dan kesetiausahaan, Encik Shirad Anuar sebagai penasihat dan Nuridayu Ibrahim sebagai Pengurus Projek.

Pada awalnya acara ini telah dirancang seawal bulan November tahun 2016, namun berjaya direalisasi pada bulan Februari 2017. Kesemua warga LSD telah bersepakat dalam menyumbang dana, penajaan hadiah dan makanan bagi menjayakan acara. Sesuatu yang sangat menarik ingin dikongsi oleh penulis disini adalah, kesemua bungkusan hadiah, goodies bag dan juadah selama dua hari tersebut adalah hasil kerjasama yang sangat tinggi dan kreativiti oleh warga LSD itu sendiri.

Hari pertama LSD’s Family Day 2017 dimulakan dengan pendaftaran masuk ahli keluarga dan pengagihan goodies bag seawal pukul 2.00 petang. Kemudian, seawal pukul 5.00 petang, kami telah memulakan persiapan untuk sesi Barbeque (juadah bagi BBQ mengguna pakai konsep pot luck yang dibawa oleh setiap keluarga) dan pertukaran hadiah dan karaoke untuk aturcara pada sebelah malamnya. Paling menyeronokkan adalah setiap keluarga perlu menyediakan satu hadiah istimewa untuk dijadikan cabutan ketika sesi pertukaran hadiah. ’Dengan kuasa bulan’, penulis telah dilantik sebagai pengacara majlis untuk sesi pada malam tersebut. Aturcara majlis pada sebelah malam itu telah dimulai dengan bacaan doa oleh Faizrullah Abdul Rahman dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Penasihat Projek, Encik Shirad Anuar. Disamping kesemua ahli keluarga memperlihatkan bakat masing-masing yang bukan calang-calang (termasuk penulis) dalam lantunan suara berirama, majlis turut diserikan dengan tayangan video ucapan khas yang merupakan satu kejutan buat salah seroang kakitangan LSD iaitu Puan Siti Noora Akmalidza Idris (Kak Noora) bersempena dengan persaraan beliau di UMMB. Video ucapan khas tersebut adalah kompilasi ucapan daripada warga kerja UMMB dari pelbagai jabatan yang telah diselenggara oleh Nurul Khairani Abdul Rashid dan sesi rakaman kesemua video tersebut dihasilkan oleh Ain Syuhada Jamaludin. Pada malam tersebut juga surprise birthday party telah diadakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran Khairani. Yang keberapa, itu penulis minta cik puan badan umumkan sendiri ya.

Hari berikutnya acara senamrobik diadakan pada pukul 8.00 pagi yang diketuai oleh Faiz setelah selesai bersarapan pagi. Kesemua juga begitu teruja dengan tarian ayam (chicken dance) pada pagi itu. Fadhli, anak kepada Puan Sara Kahar (Kak Sara) begitu sporting bersama-sama Faiz bagi mengetuai acara senamrobik tersebut. Acara seterusnya diteruskan dengan acara sukaneka. Antara sukaneka yang dijalankan adalah cari gula dalam tepung, lambung belon berisi air, berjalan dengan bola pinpong di dalam sudu, ikat belon di kaki dan meneka binatang yang dilukis. Kumpulan yang mengumpul markah tertinggi bakal menjadi juara bagi acara sukaneka dan seterusnya bakal menerima hamper yang sangat mengujakan! Bagi acara sukaneka ini, kumpulan Puan Norwati Abu Bakar (Kak Wati) telah menjuarai acara sukaneka ini. Ahli kumpulan beliau terdiri daripada Fadhil yang merupakan anak sulung kepada Kak Wati, Hana Rahmah (anak bongsu Encik Shirad Anuar) dan Merissa (anak bongsu kepada Kak Noora). Acara sukaneka ini telah ditutup dengan upacara penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan dan sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan.

Tidak lengkap rasanya, jika mengadakan acara di tempat yang dikelilingi deruan ombak dan keheningan air laut tanpa merasai adrenalin Banana Boat! Meskipun penulis bersama Dayana, Khairani,dan Merissa pada awalnya keberatan untuk menaiki Banana Boat tersebut, namun setelah dijamin oleh pemandu bot tersebut bahawa tiada adegan dijatuhkan ke dalam air akan berlaku, penulis dan semua bersetuju dan terus meluru ke arah Banana Boat. Namun langit tidak selalunya cerah, ‘hasutan’ yang dilaungkan oleh En Shirad Anuar dan Alex Ali (Alex) kerana ‘iri’ akan pakaian kami yang kelihatan masih dry tanpa secalit air laut mempengaruhi pemandu Banana Boat yang penuh ‘taat’ terus menterbalikkan Banana Boat tersebut. Barulah mereka berdua boleh tidur dengan lena malam itu setelah bergembira dengan kebasahan air laut yang meliputi setiap inci kami.


Acara LSD’s Family Day 2017 dengan tema  “Cherish every moment we have” sampai ke penghujunganya pada pukul 2.00 petang. Segala memori yang dilakarkan bersama akan terus tersemat di dalam hati buat selama-lamanya. Ia bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya dalam menguruskan acara seperti ini terutamanya apabila ia merupakan kali pertama LSD merancang acara sebegini disamping menggalas tanggungjawab kami sebagai warga kerja UMMB. Justeru, penulis mengambil kesempatan ingin memberikan setinggi penghargaan kepada Encik Shirad Anuar selaku Penasihat Projek, Ayu selaku Pengurus Projek dan kesemua Ahli Jawatankuasa LSD’s Family Day 2017 iaitu Alex, Kak Noora, Kak Sara, Kak Wati,Kak Shuhaila, Khairani, Ain dan Faiz atas segala masa yang dikorbankan, kudrat dan perbelanjaan yang disumbangkan serta kreativiti yang dikongsikan bersama demi merealisasikan LSD’s Family Day 2017. Tidak dilupakan juga buat semua ahli keluarga yang telah hadir, semuanya begitu peramah, tidak pernah kering dengan lawak jenaka dan ketawa serta senyuman yang tidak lekang di bibir. Penghargaan turut diberikan kepada Pengurus Operasi Utusan Land Sdn Bhd, Nur Azan Hasan yang sudi hadir (kebetulan beliau berada di Melaka pada ketika itu) bagi memeriahkan acara kami disaat akhir pada sebelah malam itu. Till we meet next time! Annyeong!

En Shirad menyampaikan hadiah kepada peserta sukaneka. 

"Orang Kuat LSD" menyiapkan hadiah untuk LSD Family Day 2017 yang akan diadakan di Bidara Beach Village.

Tauke Barbeque, Faiz (tengah) bersama abang sado, Fadhil (kiri) sempat bergaya 'macho' ketika menyediakan Barbeque.

Sesi pertukaran hadiah antara Encik Shirad (kiri) dan Nuridayu Ibrahim (kanan).

Peserta tidak sabar untuk memulakan aktiviti sukaneka. 

Abang-abang "macho" pantang nampak kamera, terus posing sakan. 

Banana Boat.. antara aktiviti dan kenangan yang sukar dilupakan.

Wajah-wajah Zorro yang ceria.

Kehebatan Encik Shirad membakar jagung tidak boleh lagi dipertikaikan.. sangat sedap!

Lambung Belon Berisi Air, antara sukaneka yang diadakan pada hari tersebut.

"Beauty begins the moment you decide to be yourself" - Coco Chanel

Sambil menyelam minum air, warga LSD turut terjun ke laut selepas menaiki bot.

Sesi penukaran hadiah daripada Siti Zulaikha Ibrahim (kiri) kepada keluarga Encik Shirad Anuar.

Persis Michael Jackson.. wajah Alex selepas menyertai sukaneka cari gula-gula dalam tepung.

 Warga LSD bergambar kenangan bersama sebelum berangkat pulang.


 Kursus ‘Corporate Grooming & Business Etiquette’

Pada 27 dan 28 Februari lalu Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah mengadakan kursus ‘Corporate Grooming & Business Etiquette’ yang telah dikendalikan oleh Mazlina Ali dari Utusan JobHouse Sdn Bhd bersama 27 orang kakitangan dari pelbagai jabatan. Kursus selama 2 hari ini berlangsung di Pusat Latihan Sumber Manusia. Kursus ini diadakan bagi memberikan panduan dan teknik mengukuhkan imej profesional kakitangan Utusan Melayu yang sering berurusan dengan pelanggan dan mewakili organisasi berjumpa pelanggan dan pihak luar.

Modul yang dikongsikan adalah termasuk teknik dan panduan berpakaian mengikut pemilihan suit, kemeja, blouse, baju kurung, gaya tudung dan rambut, aksesori, pemilihan warna yang tepat dan bersesuaian, kasut dan stokin. Selain itu para peserta juga turut diberi pendedahan praktikal tentang teknik solekan asas dan kepentingan menjaga kesihatan, kebersihan & penjagaan kulit wajah. Penceramah juga membincangkan cara perhubungan professional kepada peserta dan kesan-kesan dari penilaian orang luar akibat dari cara perhubungan yang salah. Selain itu, aktiviti-aktiviti sampingan seperti aktiviti berkumpulan turut dijalankan.

Penceramah dan peserta bergambar bersama seusai kursus berlangsung.

Penceramah, Mazlina Ali melakukan demonstrasi teknik solekan asas kepada peserta yang hadir.

Salah seorang peserta Siti Norlida (kiri) menerima sijil penyertaan daripada Mazlina Ali (kanan).

Antara aktiviti berkumpulan yang dijalankan.


 Lawatan Dato’ Seri Idris Jusoh ke Utusan Melayu

20 Februari 2017 (Isnin) – Seramai 20 orang delegasi dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hadir ke Ibu Pejabat Utusan Melayu yang diketuai oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.
Dato’ Seri Idris Jusoh dan delegasi meluangkan masa hampir dua jam bertukar pendapat dengan barisan kepimpinan Kumpulan Utusan, dan turut dibawa melawat ke Jabatan Pengarang untuk beramah mesra dengan kakitangan Utusan Malaysia.Turut hadir ke lawatan tersebut ialah Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan. 



Dato' Seri Idris Jusoh (kiri) mendengar penerangan daripada Editor Foto, Ab Kadir Bachok (kanan) ketika lawatan di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia berlangsung.

Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Dato' Seri Idris Jusoh (kanan) di Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan.


Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) mengadakan perbincangan dua hala bersama Dato' Seri Idris Jusoh dan delegasi dari Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan delegasi dari Kementerian Pendidikan Tinggi bergambar kenangan bersama dia Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.


Lawatan Pengurusan Kumpulan Utusan ke MRCB

2 Mac 2017 (Khamis) – Kumpulan Utusan yang diketuai oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Noordin Abbas telah mengadakan kunjungan hormat ke Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di ibu pejabat di Menara Allianz Sentral. Ketibaan delegasi seramai 13 orang itu disambut oleh Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan dan Pengerusi MRCB Builders Sdn. Bhd., Datuk Seri Ir. Judin Abdul Karim. Delegasi Kumpulan Utusan kemudiannya dibawa melawat ke sekitar Stesen Sentral Kuala Lumpur (SSKL) bagi meninjau perjalanan hab pengangkutan utama negara yang mula beroperasi pada 2001.

Satu perbincangan turut diadakan di antara Datuk Mohd Noordin Abbas bersama Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din bagi mengeratkan hubungan serta meneroka jalinan kerjasama antara kedua-dua organisasi .Selain itu, delegasi Kumpulan Utusan turut dibawa melihat replika projek pembangunan yang dimajukan MRCB, tontonan video korporat syarikat berkenaan sebelum diakhiri dengan majlis jamuan makan. Yang turut hadir mewakili Kumpulan Utusan Pengarah Eksekutif Yayasan Kumpulan, Datuk Dr. A. Ganesan; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hassan Mohd. Noor; Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed; Ketua Pegawai Kewangan, Wan Nor Asmah Wan Ismail dan Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat dan Pengurusan Risiko, Ahmad Razif Mohamed. Turut hadir sama, Pengarah Eksekutif Utusan Job House Sdn. Bhd., Dato’ Sobri Ahmad; Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman dan Pengarang Berita Ekonomi Utusan Malaysia, Johardy Ibrahim.


Datuk Dell Akbar khan Hyder Khan berbual seketika bersama Datuk Mohd Noordin Abbas ketika ketibaannya dan delegasi ke Ibu Pejabat MRCB.

Pengurusan Kumpulan Utusan dibawa ke KL sentral untuk sesi lawatan.

Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan (kanan) menerangkan sesuatu kepada Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) mengenai projek yang dilaksanakan oleh MRCB.

Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan (dua dari kiri) dan Datuk Seri Ir. Judin Abdul Karim (kanan) berbual mesra bersama Datuk Mohd Noordin Abbas ketika mengadakan lawatan di KL Sentral.

Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) melihat replika projek yang dimajukan oleh MRCB.

Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan MRCB.


 Selamat Maju Jaya Shirad

Pada 1 Mac lepas, Pengurus Kanan Undang-Undang dan Kesetiausahaan, Shirad Anuar telah menamatkan perkhidmatan beliau selama lebih 3 tahun di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sebagai mengenang jasa dan budi serta ilmu yang telah ditaburkan, Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan telah mengadakan majlis ringkas di Restoran Rebung, Tasik Perdana Kuala Lumpur. 

Majlis telah dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Pengurusan Kanan dan Editor-Editor Kanan Syarikat. Tinta merakamkan ucapan Selamat Maju Jaya.   
Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan buat Shirad Anuar sambil diperhatikan oleh barisan Pengurusan Kumpulan Utusan.

Shirad Anuar (berdiri) menyampaikan ucapan sempena majlis perpisahan beliau di Restoran Rebung baru-baru ini.

 Pengurusan  Kumpulan Utusan bergambar kenangan bersama Shirad Anuar (dua dari kanan).

Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan bergambar kenangan bersama Shirad Anuar (tiga dari kanan).

Antara Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan yang hadir meraikan majlis perpisahan Shirad Anuar (empat dari kiri).


 Majlis Minum Petang BKUM Bersama Pengurusan Kumpulan Utusan


3 Mac 2017 (Jumaat) – Majlis Minum Petang Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) bersama Pengurusan Kumpulan Utusan telah diadakan di Dewan Utusan Melayu Malaysia (Berhad). Majlis ini diadakan bertujuan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tahun ini. Selain itu, majlis juga turut mengadakan simbolik keahlian Datuk Mohd Noordin Abbas, Pengarah Urusan Kumpulan sebagai ahli Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM). Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata aluan dari Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM), Saifol Bakhtiar Hamik dan ucapan dari Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas serta sedikit jamuan ringan buat tetamu yang hadir.

Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) mengisi borang keahlian BKUM bersama Saifol Bakhtiar Hamik (kanan) sambil diperhatikan oleh Datuk Aziz Ishak (kiri) dan Datuk Othman Mohamad (kanan).

Antara Pengurusan Kumpulan Utusan yang hadir memeriahkan majlis Minum Petang BKUM.

Antara Pengurusan Kanan yang hadir memeriahkan Majlis Minum Petang BKUM.

Pengurusan Kanan Kumpulan Utusan sempat bergambar sambil menikmati jamuan yang disediakan. 

Datuk Abdul Aziz Ishak beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Datuk Mohd Noordin Abbas beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Datuk Mohd Noordin Abbas berbual mesra bersama barisan baru Exco BKUM yang dipimpin oleh Saifol Bakhtiar Hamik.



Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my






No comments:

Post a Comment