Tuesday 16 January 2018

Tinta Online Volume 1/2018 - 1 Januari 2018






Taklimat Khas Kakitangan UMMB

21 Disember 2017 – Satu Taklimat Khas Kakitangan UMMB telah diadakan di Dewan Besar, Ibu Pejabat Utusan Melayu. Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas bertujuan bagi memberi makluman kepada semua kakitangan berhubung prestasi Syarikat dan langkah-langkah yang akan diambil bagi menghadapi cabaran yang mendatang.


Dalam taklmat tersebut, Datuk Mohd Noordin Abbas menyeru kepada semua kakitangan supaya terus berusaha dengan lebih gigih dan bekerja keras bagi memastikan Syarikat dapat menambah pendapatan serta kekal optimis bagi menghadapi tahun 2018. Pada masa yang sama Datuk Mohd Noordin Abbas turut mengumumkan berita gembira tentang pemberian satu bulan bonus kepada semua kakitangan yang layak bagi menghargai komitmen dan membantu meringankan beban untuk membeli kelengkapan dan perbelanjaan akhir tahun. Bonus tersebut akan dimasukkan bersama gaji bulan Disember. 


Antara kakitangan yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas. 

Nyanyian lagu Negaraku dan Suara Keramat.
Kakitangan mendaftar kehadiran sebelum masuk ke dalam dewan untuk sesi taklimat.

Kakitangan memenuhi dewan bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas.

Datuk Mohd Noordin Abbas menyampaikan taklimat kepada kakitangan di Dewan Utusan. 

Lawatan Sambil Belajar Anak-Anak Utusan ke KidZania


27 Disember 2017 (Rabu) – Sempena cuti sekolah, Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) menganjurkan lawatan sambil belajar khas untuk anak-anak Utusan ke KidZania. Lawatan yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu disertai oleh 100 orang peserta dan 22 petugas serta exco dengan menaiki 3 buah bas. Program yang julung kali diadakan BKUM itu bertujuan bagi mengisi masa lapang anak-anak Utusan dengan aktiviti yang berfaedah selain meningkatkan motivasi mereka supaya dapat merancang masa depan dengan lebih cemerlang. Semoga program seperti ini diteruskan lagi di masa akan datang.

Peserta beratur sementara menunggu ketibaan bas untuk bertolak ke KidZania. 
Peserta dan ibu bapa berkumpul di perkarangan luar dewan bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Exco BKUM.

Peserta selamat tiba di KidZania.

Seni Kulinari, antara aktiviti yang disediakan di KidZania.

sebahagian peserta melakukan aktiviti tarian. 

Peserta memberi tumpuan sepenuhnya ketika kakitangan KidZania memberikan taklimat mengenai aktiviti yang dijalankan. 

Pelbagai aktiviti menarik terdapat di KidZania, antaranya cara pembuatan ubat-ubatan.

Peserta turut diberi peluang untuk beraksi di atas pentas peragaan.

peserta turut didedahkan dengan pekerjaan cuci bangunan.

Peserta turut mengambil peluang untuk menjadi jurugambar professional.

Peserta berkumpul sementara menunggu bas untuk pulang ke Utusan Melayu.

Peserta serta ahli jawatankuasa Lawatan Sambil Belajar ke Kidzania bergambar kenangan dihadapan pintu masuk KidZania sebelum pulang.


Seminar Tutor Sifir

2 Disember 2017 (Sabtu) – Seminar Tutor Sifir anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) dan Utusan JobHouse Sdn. Bhd. (JobHouse) telah diadakan di Pusat Latihan Ibu Pejabat Utusan Melayu. Seramai 112 orang kanak-kanak sekolah rendah hadir bagi menyertai seminar ini.
Program yang julung kali diadakan ini turut mendapat kerjasama dari Maths Catch iaitu sebuah akademi yang mempunyai kepakaran dalam bidang matematik khas untuk semua peserta. Dalam seminar ini, peserta akan belajar menghafal sifir menggunakan teknik ‘sifir meow’. Teknik ini sangat mudah kerana peserta hanya perlu menggunakan tangan sahaja untuk melakukan kira-kira.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua BKUM, Saifol Bakhtiar Hamik yang sudi menyampai sijil kepada semua peserta. Semoga program seperti ini diteruskan di masa akan datang berikutan sambutan luar biasa yang diterima.


Para peserta menunjukkan nota dan alat pembelajaran yang digunakan ketika seminar berlangsung.

YDP BKUM, Saifol Bakhtiar Hamik (dua dari kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatikan oleh Pengurus Kanan Utusan JobHouse Sdn Bhd, Mazlina Mohd Ali (kiri).

Salah seorang peserta menunjukkan sijil penyertaan yang diterima. 

Peserta bergambar kenangan seusai program berlangsung.


Kemeriahan Majlis Berkhatan BKUM


2 Disember 2017 (Sabtu) – Seramai 22 orang anak-anak Utusan menyertai Program Berkhatan beramai-ramai anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) yang telah diadakan di dewan Utusan. Majlis yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi itu dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Penolong Pengarang 2 Utusan Malaysia/Prosesan, Rozaman Ismail dan diikuti dengan acara siraman air oleh pihak bomba di perkarangan luar dewan sebelum upacara berkhatan bermula. Program yang mendapat kerjasama dari KPJ Kajang Specialist Hospital dan Balai Bomba dan Penyelamat Pudu itu merupakan aktiviti tahunan BKUM yang menjadi tradisi sejak tahun 1984. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua BKUM, Saifol Bakhtiar Hamik serta beberapa Exco BKUM dan kakitangan Kumpulan Utusan yang hadir bersama anak masing-masing. Semoga acara ini diteruskan dimasa akan datang agar generasi pada hari ini tidak lupa kepada adat warisan negara kita.


Para peserta diarak ke dewan bersama ibu bapa masing-masing untuk upacara berkhatan.

Persembahan silat oleh Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia sebelum acara khatan. 

Rozaman Ismail (tengah) menyarungkan beg sekolah sumbangan dari BKUM kepada peserta khatan. 

GEMBIRA.. YDP BKUM, Saiol Bakhtiar Hamik dan Rosman Ismail (tengah) bergambar bersama anak-anak Utusan sebelum acara berkhatan bermula. 

Rozaman Ismail (tengah) menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Pengurus Operasi KPJ Kajang Specialist Hospital, Azan Mukminah Saffin (kiri) sambil diperhatikan oleh YDP BKUM (kanan). 

Saifol Bakhtiar Hamik bersama Rozaman Ismail menyiram peserta khatan menggunakan pili bomba.

Jelas terpancar keceriaan para peserta selepas disiram air bomba.

Seorang ibu menenangkan anaknya sewakti proses berkhatan.

Kakitangan KPJ Kajang membawa keluar seoarang peserta setelah selesai proses berkhatan. 

Kakitangan KPJ mendukung seorang kanak-kanak untuk dibawa ke tempat operasi khatan. 


Kunjungan Hormat Undang Luak Johol ke Utusan Melayu

28 November 2017 (Selasa) –Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Muhammed Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad bersama 14 anggota delegasinya. Rombongan yang tiba pada pukul 2.15 petang itu disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang, Datuk Mohd. Hassan Mohammad Noor dan Pengarang Kosmo, Datuk Baharom Mahusin.

          Kunjungan tersebut bermatlamat untuk mendapat penerangan dan memahami dengan lebih jelas mengenai peranan dan fungsi akbar dan media di bawah Kumpulan Utusan yang diasaskan sejak tahun 1939. Lawatan dimulakan dengan taklimat dan perbincangan sebelum dibawa melawat ke Jabatan Pengarang  Utusan dan Kosmo. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melantik Muhammed sebagai Undang Luak Johol ke-15 pada 15 Disember 2016. Undang Luak Johor merupakan ketua agama dan ketua adat di Johol. Institusi Undang Luak Johol telah diasaskan sejak 294 tahun lalu iaitu sekitar tahun 1723 oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Puteri Kanun

Datuk Muhammed Abdullah (tengah) bergambar kenangan bersama pengurusan kanan Utusan Melayu dihadapan pintu masuk Utusan Melayu.

Datuk Abdul Aziz Ishak (kiri) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Datuk Muhammed Abdullah (tengah) sambil diperhatikan oleh datuk Othman Mohamad (kanan). 

Sesi lawatan di pejabat Kosmo!. 

Bergambar kenangan bersama kakitangan Kosmo!.

Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin (kiri) menerangkan sesuatu kepada Undang Luak Johol. 

Kakitangan Utusan Melayu turut mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama Datuk Muhammed Abdullah di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. 


Editor Foto, Kadir Bachok (kanan) menunjukkan sesuatu kepada Datuk Muhammed Abdullah.

Pengurus Unit Pendidikan, Wahid Hashim (kanan) menunjukkan akhbar sisipan Tutor kepada Undang Luak Johol (dua dari kanan). 

Perbincangan dua hala diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang antara delegasi dan pengurusan kanan Utusan Melayu.










Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama UM/KKPA 2016-2018

14 November 2017 (Selasa) – Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama antara Utusan Melayu dan Kesatuan  kebangsaan Pekerja-pekerja Akhbar (KKPA) Cawangan Utusan Melayu telah diadakan di Dewan Latihan.

Melalui perjanjian itu, seramai 439 kakitangan KKPA cawangan Utusan Melayu bakal menikmati kenaikan dan pelarasan tunggakan gaji baharu iaitu sebanyak enam peratus.  Antara perjanjian bersama lain adalah tambahan sebanyak RM5 di dalam kenaikan tahunan bagi setiap julat gaji, tambahan 50 sen bagi elaun kerja malam syif pertama, kedua dan elaun makan. Selain itu tambahan RM20 subsidi cermin mata bagi kali pertama, kedua dan seterusnya.


Utusan diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Pengurus Besar Sumber Manusia, Mohd. Nazlan Osman. Manakala, kesatuan pula diwakili oleh Presiden KKPA Pusat, Rahim Omar; Setiausaha Eksekutif KKPA Pusat, Mohd. Shah Daniel; Pengerusi KKPA cawangan Utusan Melayu, Shamsul Ismail; Setiausaha cawangan Utusan Melayu, Sharan Husin dan Bendahari cawangan Utusan Melayu, Marzlan Mohamed.  

Antara kakitangan yang hadir ke majlis. 

Datuk Mohd Noordin Abbas menyampaikan ucapan alu-aluan.

Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) menandatangani perjanjian sambil diperhatikan oleh Mohd Nazlan Osman (kiri). 

Utusan diwakili oleh Datuk Mohd Noordin (empat dari kiri) dan Mohd Nazlan Osman (dua dari kiri) manakala KKPA diwakili oleh Preseiden KKPA Pusat, Rahim Omar (empat dari kanan), Setiausaha Eksekutif KKPA Pusat, Mohd Shah Daniel (dua dari kanan) dan Pengerusi KKPA Cawangan Utusan Melayu, Shamsul Ismail (kanan).
TERMETRAI.. Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) dan Shamsul Ismail bertukar dokumen selepas selesai menandatangani perjanjian. 

Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah0 bergambar kenangan bersama kepimpinan KKPA cawangan Utusan Melayu. 

Antara Air, Tanah Merah dan Tablet

Oleh: Azman Kamaruddin

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi, pihak Utusan Melayu terus diberikan inspirasi untuk melakukan penyerahan tablet kepada semua guru di seluruh Malaysia. Insya Allah.

Bermula pada September 2016 sehingga kini, kakitangan Kumpulan Utusan terus menerus dalam melakukan serahan ke enam negeri kepada guru-guru Malaysia untuk menikmati tablet Huawei dan Lenovo yang disumbangkan oleh Perdana Menteri kita. Pelbagai reaksi dan cadangan daripada pihak guru yang menerima tablet ini, dari sedekat Kuala Lumpur hinggalah Sarawak.

Di peringkat jabatan pelbagai usaha telah dilakukan dalam merealisasikan penyerahan ini agar dapat diserahkan mengikut jadual yang telah ditetap. Namun disebalik tadbir, ianya tidaklah seperti yang kita bayangkan. Hanya serahan pada guru, guru dengan taklimat, semak tablet berfungsi, maka selesai sudah.

Bagi petugas pula, pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi serta memerlukan siap siaga dalam menjayakan misi ini. Dua minggu meninggalkan keluarga adalah satu cabaran yang menyentuh hati nurani.  Bagi yang mempunyai anak kecil, akan menghadapi sedikit rintangan untuk keluar menjalankan tugas murni ini. Sebagai contoh penulis ingin menyentuh sedikit cabaran untuk menghantar tablet untuk 61 guru di salah sebuah sekolah pendalaman di Gerik.

Sekolah yang dimaksudkan ialah SK RPS Pos Sungai Kemar. Perjalanan dari Pekan Gerik ke Jeti Hentian Royal Belum mengambil masa selama 50 minit.  Sampai di jeti kami dimaklumkan perjalanan untuk ke sekolah ini mengambil masa 1 jam 15 minit. Dengan hanya menggunakan bot kecil, tempat duduk berlandaskan papan sekeping perjalanan ini mesti diteruskan.  Cuaca yang dipayungi langit biru, air tasik berwarna hijau, membelah laluan tasik Belum untuk menuju ke sekolah penempatan orang asli. Kejadian alam memang tidak boleh digambarkan walaupun dengan lukisan. Itulah hakikatnya sepanjang perjalanan ini, tugul-tugul gerigis menghiasi tasik yang sesahut mata memandang.

Setibanya di jeti, pacuan empat roda yang “gagah” bersiap sedia menanti kehadiran kami. Namun, kenderaan ini cuma dapat memuatkan lima orang sahaja manakala selebihnya harus berdiri dibelakang kenderaan tersebut. Keadaan muka bumi yang berliku dan kesan selepas banjir serta lopak menjadikan kenderaan ini seolah-olah seperti orang yang mabuk yang membawa kenderaan dan nafas turun naik enjinnya bagaikan kerbau yang kemarahan anaknya hilang dilarikan orang.  Namun setelah hampir setengah jam dilambung pacuan empat roda ini, kami akhirnya tiba di destinasi yang ditujui. Disambut dengan persembahan dari anak-anak orang asli, merasakan kami seperti amat dihargai. Kami turut disambut oleh 61 orang guru yang tidak lekang dengan senyuman kerana menerima tetamu dari jauh walaupun agak terlewat dari jadual yang ditetapkan. Sempat juga mereka berkongsi cerita akan pengalaman mengajar di kawasan pedalaman ini. Namun guru tetap berbangga kerana amanah mendidik anak bangsa tidak pernah pudar.

Itu cerita sepanjang menyeberangi tasik dan ini pula sedikit kisah pengalaman menghantar tablet ke kawasan orang asli yang mempunyai permukaan muka bumi yang berbukit bukau dan denai.  Kisah ini berlaku di SK RPS Pos Dala di kawasan Hulu Perak. Dengan keadaan yang berlurah dan berbukit, perjalanan kami diiringin dengan titisan hujan yang cukup mencabar. Hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja yang bersesuaian untuk melalui kawasan tersebut. Namun sebaliknya, Cikgu Tan selaku Guru Besar sekolah tersebut menjemput kami dengan menaiki kenderaan MPV Toyota Unser. Penulis terfikir akan lojiknya kenderaan ini untuk memasuki kawasan yang berlubang, berbukit, denai dan lurah serta gaung yang sentiasa menanti sekiranya silap dalam membuat perhitungan.  Keyakinan yang diberikan oleh Cikgu Tan meyakinkan kami untuk memasuki kawasan pendalaman ini. Satu jam setengah masa diambil untuk sampai ke sekolah ini. Melambung-lambung kami di dalam MPV Unser ini, kejap melorot ke kiri kejap ke kanan. Gelak-gelak juga, tapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Cikgu Tan ada bercerita akan malapetaka yang sering berlaku kepada guru yang mengajar di sini. Ada yang patah tangan, kaki, malahan badan motosikal juga pernah terputus dua.


Serahan dilakukan, selesailah sudah. Hujan dilangit masih tidak lekang membasahi bumi, permukaan jalan tanah merah yang pekat terus mengalirkan air di celah-celah rekahan tanah. Hati rasa tidak keruan memandangkan ramai guru yang berkata “kalau ikutkan hujan begini, rasanya tayar kereta mesti terbenam”. Jantung berdegup laju tidak berhenti macam keretapi ERL. “Perjalanan balik mesti diteruskan” kata Cikgu Tan kerana beliau mempunyai urusan di Ipoh pada petang nanti.  Dalam hujan yang lebat perjalanan diteruskan juga. Satu persatu rintangan dilalui sehinggalah satu kawasan berbukit Toyota Unser berderum kuat, Cikgu Tan menekan padel minyak dan vrommm…. Akhirnya tewas juga di kawasan tanah merah yang lembut disaluti air dan lumpur menyebabkan kami terperangkap di tengah-tengah pendakian. Hanya menunggu pacuan empat roda yang lalu untuk membantu. Setelah hampir sejam menunggu, hujan pun beransur berhenti dan akhirnya empat buah pacuan empat roda yang melalui kawasan kami memberikan bantuan menarik kenderaan tersebut. Perjalanan di teruskan lagi, masih adakah rintangan dihadapan?. Itulah cabarannya, namun tiada siapa menduga, kami sekali lagi diuji, nyaris kenderaan ini tidak terbalik. Pasukan yang sama membantu dengan penuh kesungguhan walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Alhamdulillah akhirnya setelah dua jam terperangkap, kami berjaya jejaki jalan keluar dengan selamat. Penulis sempat bersalaman dengan guru-guru yang bertugas di SK Pos Dala ini. Apa yang penulis bisikkan pada salah seorang guru ialah “ Cikgu sememangnya wira tak didendang”. Semoga Allah memberkati dan merahmati jasa guru yang bertugas di pedalaman. Amin..


Petugas Utusan membantu mengangkat barang-barang dari bot untuk dibawa masuk ke sekolah. 

permandangan tasik ketika menaiki bot menuju ke destinasi. 

penulis dan sebahagian petugas menaiki bot ketika menuju ke destinasi. 


Pengurus Utusan Land Sdn Bhd, Nur Azan Hasan (kanan) bergambar kenangan bersama guru besar dan Tok Batin SK Sg Kemar.

Wira yang tak didendang.. guru-guru kelihatan ceria setelah menerima tablet daripada petugas Utusan. 

Antara cabaran yang perlu ditempuhi oleh petugas Utusan ketika menuju ke destinasi. 

Petugas Utusan, Nadhirah Zainuddin (kanan) menunjukkan kenderaan yang terbenam akibat lumpur dan tanah licin. 

Petugas Utusan, Naem Nazaruddin (kiri) cuba membantu kenderaan yang terperangkap dalam tanah berlumpur. 

Berat sama dipikul, ringan sambil dijinjing.

Kenderaan lain cuba membantu kenderaan yang terperangkap dalam tanah lumpur. 

Keadaan muka bumi yang berlumpur dan licin menyukarkan petugas untuk menuju ke destinasi, namun tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menggalas tanggungjawab yang dipikul. 


SK Dala Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Oleh: Azman Kamaruddin

Gerik suatu nama yang masih terpahat dan pernah tersurat sebagai kawasan hitam suatu masa dahulu. Namun perubahan beberapa dekad ini telah menjanjikan suatu pembaharuan yang terancang untuk diulit oleh warga Gerik pada masa ni dan akan datang. Dengan keluasannya sekitar 104.88km persegi kini Pekan Gerik menjadi tanda aras akan kehijauan hutan yang masih belum dinodai oleh pemburu untuk menjamah hasil hutan yang masih dara ini. Disebabkan pembangunan dan pengstrukturan daerah Gerik ini, maka pembangunan dan pendidikan cukup dititikberatkan di sini.  Maka banyaklah sekolah kerajaan didirikan disini sehingga ke kawasan yang agak terasing iaitu di kawasan pendalaman di daerah ini.

Baru-baru ini pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah diamanahkan untuk melakukan serahan tablet untuk guru di salah sebuah sekolah di pedalaman Gerik . SK Dala adalah sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah pendalaman yang pelajarnya adalah penduduk asli suku Temiar.  Perjalanan dari Pekan Gerik lebih kurang dalam 50 kilometer namun mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke destinasinya.

Seramai lapan kakitangan Kumpulan Utusan yang terlibat dalam misi penghantaran tablet serta empat kakitangan dari Syarikat Secure Force yang dilantik untuk mengawal selia proses serahan. Kenderaan pacuan empat roda dari Secure Force dan MPV Toyota Unser milik Guru Besar SK Dala digunakan bagi membawa masuk kami ke kawasan sekolah tersebut. Subuh yang bening, hujan turun tanpa ada tanda-tanda akan berhenti.  Sekitar pukul 8.00 pagi Cikgu Tan sudah bersedia menjemput kami untuk pihak kami lakukan serahan di sekolah beliau. Seorang guru keturunan cina, namun terlalu fasih dalam berbahasa melayu terutamanya apabila beliau melafazkan setiap bait perkataan sehinggakan kami rasa terpegun apabila Cikgu Tan boleh berperibahasa dengan baik sekali. 

Hujan terus membasahi tanah yang sudah sedia merah. Sambil memandu Cikgu Tan turut menceritakan pengalaman beliau yang baharu berpindah ke sekolah ini kurang lima bulan yang lalu. Terserempak dengan binatang berbisa dan buas seperti alah bisa tegal biasa. Juga kisah beliau hampir maut apabila kenderaannya hampir masuk ke gaung disebabkan hujan lebat dan permukaan jalan tanah merah yang licin.  Agak kerdil diri penulis bila Cikgu Tan bercerita tentang rintangan dan cabaran yang diharungi sepanjang perjalanan beliau ke sekolah. Kedudukan kenderaan Unser sekejap ke kiri dan ke kanan terasa seolah-olah kenderaan ini bergerak dengan sendiri di permukaan jalan yang licin dan berlopak, akhirnya kami selamat tiba ke destinasi setelah dilambung bagaikan ombak di dalam kenderaan tersebut.

          “Yek Icen Wek Sekolah” adalah slogan dari suku Temiar yang bermaksud “Saya Suka Pergi ke Sekolah” menyambut rombongan kami yang hadir diselimuti kesejukan dan hujan yang tiada tanda akan hentinya.  Kami disambut oleh guru dan di bawa melihat persekitaran yang menghijau dan nyaman yang jauh dari pekikan kota.   Melawat salah satu kelas, dimana hanya dua orang pelajar sahaja yang hadir. Menurut Cikgu Tan ini disebabkan hujan lebat yang tidak berhenti dan menyukarkan anak-anak orang asli untuk datang ke sekolah. Nur Azan dari Utusan land, cuba menyantuni pelajar tersebut sambil meminta pelajar tersebut membaca. Beliau rasa terpegun apabila anak orang asli ini cukup bijak membaca dan mendorong Nur Azan untuk memberi jajan memandangkan pelajar ini juga merupakan pelajar harapan bagi kategori pedalaman dan anak orang asli.
Seramai 169 orang pelajar di bantu oleh 17 orang guru, ianya menjadi titik tolak menimpa kejayaan walaupun serba kekurangan dari segi kemudahan asas, namun jasa guru tidak pernah luntur,  Umpama mimpi guru tetap utuh dalam merealisasikan impian sebagai penyuluh dalam usaha mencari permata yang hilang.

Antara petugas yang terlibat dalam misi serahan tablet di SK Dala Gerik Perak.

Penulis sempat merakam kenangan di hadapan sekolah SK Dala. 

Sampai tersipu malu adik ni ketika belajar membaca dengan Nur Azan Hasan, ajar subjek apa tu azan?

Sebahagian daripada murid SK Dala bersama gurunya.

Persis guru muda, bakat Nadhirah dalam mengajar adik-adik SK Dala tidak boleh dipertikaikan.

Cikgu Nani (kiri) merupakan seorang guru dari suku kaum Temiar yang mengajar di SK Dala. 

Nadhirah (kiri) dan Teh Akbar (kanan) sempat posing di hadapan papan putih untuk memberi maklumat kepada para guru. 

Guru-guru yang mencorakkan masa depan anak-anak warga suku Temiar ceria ketika menerima tablet dari petugas Utusan.


Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2016

13 November 2017 (Isnin) – Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2016 (HSKU) terus konsisten mewarnai latar sastera tanah air apabila mencapai 32 tahun penganjurannya. Majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor dan dilaksanakan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Novel Remaja, Cerpen, Cerpen Remaja, Puisi, Rencana Swasta dan termasuk kategori baharu iaitu Cerpen Media Baharu melalui penyertaan melalui portal Utusan Online. Seorang bekas wartawan, Salina Ibrahim dinobatkan sebagai pemenang kategori Novel Remaja dengan mempertaruhkan novel beliau yang bertajuk ’Khilaf’ dan membawa pulang wang tunai RM12,000 serta hadiah iringan. Manakala, ditempat kedua kategori itu diraih Md Nizar Parman melalui novel 'Manifestasi Ketam Biru' dan Nazri Hussein di tempat ketiga dengan 'Rindu Syonan-to', masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000 dan RM5,000 berserta hadiah iringan.

Selain Salina Ibrahim, Md Nizar Parman dan Nazri Hussein, seramai 35 pemenang berjaya menggondol pelbagai hadiah daripada 5 kategori yang dipertandingkan. HSKU kali ini menyaksikan peningkatan nilai hadiah bagi setiap kategori dengan nilai keseluruhan berjumlah RM100,000 berbanding RM80,000 tahun lalu. Peningkatan nilai hadiah tersebut sebagai menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan jumlah hadiah dipertingkatkan ketika merasmikan HSKU ke-31 tahun lalu.

Turut hadir ke majlis berprestij ini ialah Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pemantauan dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Zulkarnain Othman.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) melawat pameran Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2016.
Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) bergambar kenangan bersama Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan ahli jawatankuasa Induk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2016.

Berdiri bagi menghormati lagu Negaraku.

Persembahan pembukaan oleh para pelajar diploma seni persembahan Universiti Limkokwing.

Suasana meriah ketika majlis berlangsung.

Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) menerima cek tajaan dari Tan Sri Wahid Omar (kanan).

Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama kategori Novel Remaja, Salina Ibrahim (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh tetamu-tetamu kehormat. 

Tengku Permaisuri Norashikin bergambar bersama pemenang-pemenang ketegori Novel Remaja serta dif-dif kehormat. 

Tengku Permaisuri Norashikin menyempurnakan gimik pelancaran sambil diperhatikan oleh Tan Sri Wahid Omar (dua dari kiri) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (dua dari kanan). 

Datuk Mohd Noordin menyampaikan ucapajn alu-aluan. 

Tan Sri Wahid Omar menyampaikan sepatah dua kata ketika majlis berlangsung. 

Tengku Permaisuri Norashikin bersama tetamu kehormat bergambar kenangan bersama pemenang-pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2016.

BKUM Bantu Kakitangan Dilanda Banjir

6 Disember 2017 (Rabu) – Simpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir, Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) tampil menghulurkan bantuan kepada kakitangan Seberang Jaya yang terjejas akibat bencana banjir.


Sejumlah RM3,250 telah disumbangkan kepada 11 kakitangan Seberang Jaya yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKUM, Saifol Bakhtiar Hamik dan beberapa Exco di Bilik Latihan Loji Seberang Jaya. Semoga sumbangan dari BKUM ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mereka. 

YDP BKUM, Sifol Bakhtiar Hamik (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan yang ditimpa bencana banjir.

YDP BKUM, Sifol Bakhtiar Hamik (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan yang ditimpa bencana banjir.

Kakitangan Seberang Jaya bergambar kenangan bersama YDP dan Exco BKUM selepas majlis penyerahan sumbangan. 


Sesi penyampaian sumbangan kepada kakitangan.


Kakitangan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ucapan aluan yang disampaikan oleh YDP BKUM. 

Saifol Bakhtiar Hamik (tengah berdiri) menyampaikan kata-kata aluan. 








Lawatan Pelajar MSU ke Kompleks Sri Utusan

Seramai 10 orang pelajar jurusan sumber manusia, Management and Science University, Shah Alam telah mengadakan lawatan ke Kompleks Sri Utusan Bangi. Rombongan itu disambut oleh Ketua Kompleks Sri Utusan, En Farouq Affandi Mamat. Manakala sesi taklimat dan penerangan operasi percetakan akhbar telah disampaikan oleh Eksekutif Kanan Pengeluaran, Wan Mohamed Redza. Selain diberi penerangan tentang operasi percetakan, para pelajar juga turut di bawa melawat ke kawasan kilang bagi melihat secara jelas proses percetakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!. Semoga lawatan ini memberi manfaat sepenuhnya kepada para pelajar.


Pemangku Ketua Jabatan Pengeluaran, Farouq Affandi Mamat (kanan) menerangkan serba sedikit tentang akhbar Utusan Malaysia kepada para pelajar. 

Para pelajar dibawa ke bilik mesyuarat untuk diberikan pendedahan mengenai proses percetakan akhbar. 

Wan Mohamed Redza Rauf (kanan) mengedarkan akhbar Kosmo! ketika sesi lawatan di kilang Sri Utusan. 

Farouq Affandi Mamat (kiri) dan Wan Mohamed Redza (kanan) bergambar kenangan bersama pelajar MSU di hadapan pintu masuk Kompleks Sri Utusan sebelum lawatan berakhir. 

Pencarian Gadis Panca Peringkat Akhir

16 Januari 2018 (Selasa) – Pencarian Gadis Panca NR anjuran Mingguan Malaysia menerusi sisipan Pancaindera akhirnya terjawab apabila ia dimenangi oleh Siti Khadijah Abdul Halim pada pertandingan akhir yang telah berlangsung di Dewan Utusan Melayu. Khadijah merupakan penuntut tahun akhir Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka.

Kemenangan gadis berusia 21 tahun itu sekali gus menumpaskan 11 peserta lain dengan pakej lengkap selain membawa watak lakonan monolog yang meyakinkan para juri bertajuk Girlfriend Aku Dari Neraka iaitu sebuah karya yang diciptanya sendiri. Finalis yang berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor itu juga merancang untuk terbabit sebagai pelakon serta melanjutkan pengajian sehingga peringkat ijazah pertama pada masa sama.

Pentas akhir Gadis Panca NR diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada pelakon, Rita Rudaini, Jasmin Hamid dan Hefny Sahad serta penerbit terkemuka, Datuk A. Aida. Hasil kemenangan itu, Khadijah membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan pakej percutian lima hari empat malam ke London selain menerima kontrak lakonan selama dua tahun bersama rumah produksi A. Aida Production.
Tempat kedua pertandingan dimenangi oleh Nur Ainaa Azhari, 19, penuntut universiti awam yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta pakej pelancongan ke Australia, manakala model sambilan, Azlin Abdul Aziz, 20, berpuas hati di tempat ketiga dengan menerima wang tunai RM3,000 serta pakej pelancongan ke Thailand. Kedua-duanya turut menerima kontrak tawaran berlakon bersama A. Aida Production.

Sementara itu, dua lagi peserta turut memenangi kategori khas iaitu Nurfazaazira Yusri untuk Anugerah Pereka Fesyen Terbaik dan Sifeny Mohd. Osman pula untuk Anugerah Utusan Online. Seramai 12 peserta berjaya ke peringkat akhir Gadis Panca NR setelah hampir 3,000 peserta dari seluruh negara menghantar permohonan sejak awal Januari tahun lalu.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor; Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman serta Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail.


Pencarian Gadis Panca NR yang dianjurkan buat julung kalinya dengan tujuan menyemarakkan industri seni dan hiburan tanah air melalui komitmen mencungkil bakat baharu dalam bidang berkenaan. Gadis-gadis cantik, bijak dan berbakat menjadikan acara ini sebagai jambatan untuk mereka menjejaki dunia seni seterusnya mencipta nama pada masa hadapan. Pertandingan akhir Gadis Panca NR Mingguan Malaysia dihoskan oleh Fahrin Ahmad.












Kempen Kesedaran Kesihatan 2018

23 Januari 2018 (Selasa) – Yayasan Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kolej Sains Kesihatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah mengadakan Kempen Kesedaran Kesihatan 2018 kepada kakitangan Utusan secara percuma di Dewan Utusan.  Seramai 77 pelajar diploma lanjutan dari jurusan Perawatan Kecemasan, Kejururawatan dan Perioperatif terlibat dalam mengadakan bengkel ringkas mengenai rawatan awal kecemasan, khidmat nasihat kesihatan dan ujian saringan kesihatan.
Program yang berlangsung dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang itu turut menerima kunjungan sebanyak 75 warga emas dan anak-anak yatim pelbagai kaum dari tiga buah rumah perlindungan sekitar Lembah Klang. Antara pendedahan atau aktiviti yang dijalankan adalah se­perti saringan kesihatan, demonstrasi pertolongan cemas dan breast self examination.
Kempen Kesedaran kesihatan 2018 merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat Utusan Melayu yang bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan kesihatan kepada masyarakat selain mengeratkan interaksi antara kaum terutamanya mengenai aspek kesihatan secara menyeluruh.

Semoga program sebegini terus diperluaskan dan diadakan secara berterusan bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat setempat tanpa mengira kaum seterusnya menjadi platform mendidik masyarakat mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.







UIA juara MULVEC 2017 siri 3

30 Januari 2018 (Selasa) – Kumpulan EZ dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) muncul juara Pertandingan Video Multimedia (Mulvec 2017) siri 3 sekaligus menggondol hadiah berjumlah RM10,000. Tempat kedua jatuh kepada Kelab Media PSA dari Politeknik Shah Alam, diikuti kumpulan Connected dari Universiti Malaya (UM). Bagi siri 2, tiada pemenang utama diumumkan. Majlis penyampaian hadiah di Dewan Besar Utusan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.


Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Noordin Abbas, dan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Ishak. Mulvec merupakan pertandingan video pendek khusus buat pelajar institusi pengajian awam dan swasta, dalam menyerlahkan kreativiti dan sudut artistik mereka. Pertandingan ini dianjurkan oleh KPT dengan kerjasama Unit Media Baharu, Utusan Malaysia.