Hampir
5000 Banjiri Restoran Hakim Seksyen 7 sempena Rentap Rusia 2018
15
Julai 2018 (Ahad) - Hampir 5000 pengunjung berkumpul di Restoran Hakim Seksyen
7 Shah Alam malam tadi untuk menonton Rentap Rusia 2018 perlawan akhir Piala
Dunia 2018 yang dibawakan oleh akhbar Kosmo! bersama SURIA FM. Kemeriahan
berlangsung seawal jam 5 petang lagi apabila penyampai-penyampai SURIA FM
seperti Halim Othman, Tyzo dan Naim Hashim bersiaran langsung dari Restoran
Hakim.
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang
dianjurkan untuk pengunjung antaranya permainan video Playstation, Teka Balang
dan Sepak Bola. Malah penonton yang bertuah juga berjaya membawa pulang
Televisyen, Bola Rasmi Piala Dunia, Jersi Origina, hamper serta barangan
eksklusif daripada Kosmo! dan SURIA. Sebelum perlawanan akhir bermula,
penympai-penyampai SURIA yang terdiri daripada DJ Lin, Rara, Fizi Ali, Feeya
Iskandar, Tyzo, Suraya, Bob Ringgo, Halim Othman dan Naim Hashim menggamatkan
suasana di perkarangan Restoran Hakim.
Bekas penyampai SURIA iaitu Zulin Aziz turut
tidak ketinggalan turun padang bersama-sama untuk memeriahkan Rentap Rusia
2018.Turut hadir pada malam itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik
Mohd Najwan Halimi, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak,
Pengarang Kosmo! Datuk Baharom Mahusin dan Penolong Pengarang 2 Kosmo! Lokman
Othman. Tidak ketinggalan penaja dari DMFL, Datuk Muhammad Farhan Lokman.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Perancis
yang berjaya menewaskan lawan Croatia dengan kemenangan 4-2 pada malam tadi
sekaligus mengulang kembali kejayaan mereka pada Piala Dunia 1998 20 tahun yang
lalu. Terima kasih kepada hampir 5000 warga
Shah Alam yang telah hadir memberikan sokongan padu bagi memeriahkan lagi
Rentap Rusia 2018 malam tadi. Kita jumpa lagi pada tahun 2022.
Majlis
Sambutan Aidilfitri Jabatan Pengarang Utusan Malaysia meriah
12
Julai 2018 (Khamis) - Walaupun sudah menghampiri penghujung Syawal,Majlis
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pengarang Utusan Malaysia yang diadakan
di Bangunan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad tetap berlangsung meriah.
Turut menampilkan barisan selebriti seperti
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Jamal Abdillah, Sufian Suhaimi, Khai
Bahar, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita, Raihan, Syafiq Kyle, Zoey Rahman serta
Harris Annuar.
Majlis yang berlangsung selama hampir tiga
jam itu bermula dari pukul 12.00 tengahari hingga pukul 3.00 petang menerima
kunjung tetamu hampir 800 orang termasuk ahli keluarga dan juga orang ramai.
Pelbagai juadah menarik disediakan dalam
majlis sambutan hari raya tersebut seperti ketupat, lemang, kambing bakar,
laksa, nasi dagang dan bermacam-macam jenis lagi makanan yang ada.
Selain itu, majlis ini turut menyaksikan dua
wartawan Utusan Malaysia, Hawa Mohd. Ali dan Ifqdar Rahman menerima anugerah
busana terbaik kerana tampil menarik dengan pakaian masing-masing.
Utusan
Malaysia menang tiga kategori Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2017
13
Julai 2018 (Jumaat) - Wartawan, Jurugambar dan Kartunis Utusan Malaysia berjaya
memenangani tiga kategori berbeza Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas
2017 dalam majlis Malam Wartawan Malaysia 2018 yang telah diadakan di Hotel
Shangri-La Kuala Lumpur.
Antara mereka yang menang ialah
Kartunis, Norkamaro Mohd. Noor yang memenangi Kategori Kartun Editorial Terbaik
untuk membawa pulang hadiah wang RM10,000 beserta sijil dan trofi. Jurugambar,
Irwan Majid memenangi Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang untuk membawa pulang
hadiah wang RM10,000 beserta sijil dan trofi.
Sementara itu, Ketua Meja Sains dan Teknologi
Utusan Malaysia, Laupa Junus menjadi pemenang bersama Kategori Penulisan
Rencana Cemerlang dengan hadiah wang bernilai RM5,000 beserta sijil dan trofi.
TVKosmo!
menang anugerah Dokumentari Video Terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia
13
Julai 2018 (Jumaat) - Wartawan TVKosmo! buat julung kalinya mengungguli
kategori Dokumentari Video Terbaik menerusi dua pencalonan pada Malam Wartawan
Malaysia 2018 bersempena Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Malaysian Press
Institut (MPI)-Petronas 2017.
Kemenangan tempat pertama dimenangi oleh
TVKosmo! menerusi video laporan khas bertajuk Merindu Merapoh, sekali gus
membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan sijil penghargaan. Merindu
Merapoh dihasilkan oleh tiga wartawan Kosmo! dan dua jurugambar iaitu Mohd.
Hafizi Ahmad, Ameen Azizul Aziz, Muhammad Haikal Abdul Rahman, Djohan Shahrin
Shah Sabli dan Mohd. Riduan Rizal Ahmad.
Sementara itu, video kedua bertajuk
Mengembalikan Sinar Silam pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000,
trofi dan sijil penghargaan. Video tersebut dihasilkan oleh tiga wartawan
Kosmo! dan dua jurugambar, iaitu Sahlizah Mohamed, Nurul Faiqah Abd. Rahman,
Amirul Amsyar Wan Ahmad Jailani, Djohan Shahrin Shah Sabli dan Mohd. Riduan
Rizal Ahmad.
Acara yang diadakan di Hotel Shangri La
itu turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin,
Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Malam Wartawan Malaysia 2018, Datuk
Chamil Wariya dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin.
Akhbar Digital Terlaris 2017 Kekal Milik Utusan
Di sebalik kejatuhan versi bercetak akibat tohmahan pihak tertentu,
tanpa disedari akhbar maya Kumpulan Utusan ini pula mulai popular dalam
kalangan netizen di seluruh dunia pada tahun lalu. Terkini, firma pengauditan
antarabangsa, Audit Bureau of Circulations (ABC) mengesahkan Utusan Malaysia
kekal akhbar elektronik atau e-paper terlaris di Malaysia dan berbahasa Melayu
No.1 di dunia dengan rekod luar biasa.
Data dikeluarkan itu serentak dengan
laporan edaran bersih akhbar fizikal tempatan, menunjukkan Utusan Malaysia
versi digital mencatatkan 207,745 langganan untuk tempoh dari Julai sehingga
Disember tahun lalu. Mula diterbitkan pada 30 November 2012, angka kali ini
mencipta rekod hampir sekali ganda mengatasi 138,473 langganan dari Januari
hingga Jun tahun lepas dan 73,643 langganan untuk tempoh separuh masa kedua
2016.
Bermula hanya 995 langganan pada separuh
masa pertama 2013, e-paper Utusan Malaysia memintas Berita Harian pada separuh
kedua 2014, sekali gus mengatasi saingan terdekatnya itu yang sudah diterbitkan
sejak 2012. Akhbar elektronik terbitan Media Prima Berhad itu sekadar 127,129
langganan manakala edisi BH Ahad pula (129,351) selain dua lagi keluaran oleh
gergasi akhbar tersebut, Harian Metro (74,323) dan Metro Ahad (76,609). Turut
mencipta rekod ialah akhbar maya Mingguan Malaysia yang mencatatkan 205,498
langganan untuk separuh kedua tahun lalu, melonjak berbanding hanya sebanyak
139,196 langganan dari Januari sehingga Jun tahun lepas.
Utusan Malaysia dan
Mingguan Malaysia versi digital amat digemari pembaca seluruh dunia kerana
boleh diakses seawal jam 5 pagi waktu Malaysia serta mengandungi semua edisi
wilayah dengan kos harga langganan berpatutan. Peningkatan luar biasa itu
menyaksikan kedua-dua akhbar maya terbitan Kumpulan Utusan ini turut mengatasi
e-paper popular New Straits Times dan akhbar digital The Star, Daily Star
masing-masing cuma 125,204 dan 116,179.
Dalam pada itu,
e-paper berbahasa Cina terlaris, Sin Chew Daily pula merekodkan kemerosotan
ketara apabila sekadar 64,016 langganan bagi tempoh yang sama berbanding 73,613
langganan pada enam bulan kedua pada 2016. Secara keseluruhan, ABC melaporkan
edaran bersih semua 18 judul akhbar elektronik tempatan dari Julai sehingga
Disember lalu sebanyak 1,440,982 langganan daripada 878,366 langganan pada
separuh pertama tahun lepas.Trend populariti akhbar maya ini membuktikan
peralihan signifikan minat pembaca tempatan mulai lebih gemar mengikuti akhbar
arus perdana dalam versi digital yang amat luas akses capaian liputannya.
Kosmo!,
Mingguan Kekal Akhbar Melayu Terlaris 2017
Trend kemerosotan jualan
akhbar di seluruh negara tidak jadi penghalang untuk Kosmo! terus kekal sebagai
akhbar harian berbahasa Melayu paling laris di Malaysia sepanjang 2017 lalu. Menurut
laporan terkini dikeluarkan oleh firma pengauditan antarabangsa, Audit Bureau
of Circulations (ABC) hari ini, akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu mencatatkan
purata edaran harian bersih sebanyak 155,996 naskhah.
Rekod
dicatatkan antara tempoh Julai hingga Disember tahun lepas, sekali gus mengekalkan
pencapaian memintas saingannya, Harian Metro sejak 2015, yang jatuh dengan
sekadar 112,705 naskhah untuk jangka waktu yang sama. ABC turut melaporkan
bahawa Utusan Malaysia, juga terbitan Kumpulan Utusan merekodkan edaran harian
bersih kira-kira 112,050 naskhah, manakala akhbar saingannya, Berita Harian
pula hanya setakat 69,985 naskhah.
Dalam
pada itu, Mingguan Malaysia yang diterbitkan sejak 30 Ogos 1964, masih kekal
sebagai akhbar berbahasa Melayu yang paling tinggi edarannya iaitu 245,911
naskhah diikuti adiknya, Kosmo! Ahad cuma 166,774 naskhah. Dua akhbar mingguan popular terbitan
Kumpulan Utusan itu terus mengatasi saingan mereka, Metro Ahad yang sekadar
120,979 naskhah dan BH Ahad (62,927 naskhah) untuk sepanjang tempoh separuh
kedua 2017 lalu. Malah Mingguan Malaysia
muncul paling popular di seluruh Semenanjung Malaysia, manakala Sabah, Sarawak
dan Labuan kekal dikuasai oleh Metro Ahad, lapor ABC dalam statistik terkini
yang dikeluarkan di ibu negara.
Lebih unik,
rekod edaran dicatakan itu mampu dicapai waima berlaku aliran kejatuhan jualan
ketara kesemua akhbar bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia ekoran
persaingan sengit media berita atas talian. Setakat ini harian berbahasa Cina,
Sin Chew Jit Poh masih kekal sebagai akhbar terlaris di Malaysia iaitu
kira-kira 294,476 naskhah sementara The Star dengan 201,943 naskhah muncul
akhbar berbahasa Inggeris yang popular. Trend kejatuhan edaran akhbar tempatan
juga seiring senario peralihan minat pembaca beralih kepada platform digital
yang dikatakan lebih pantas dan boleh diakses di mana-mana pada bila-bila masa.
Program World #QuranHour Surau Al-Huda
7 Jun 2018 (Khamis) – Hampir 100 kakitangan Kumpulan Utusan tidak
melepaskan peluang menyertai program World #QuranHour (WQH) yang telah diadakan
di Surau Al-Huda. Program yang berlangsung selama satu jam itu diadakan
serentak di seluruh dunia bermula pada pukul 12 tengah hari bertujuan bagi
menyemarakkan minat membaca al-Quran selain memahami makna-makna yang terkandung
di dalam al-quran dan berusaha untuk mengamalkannya
Kejayaan
Pendaki Solo diiktiraf Asia Book of Records
3 Jun 2018 (Ahad) – Pendaki Solo negara, Mohd. Noor Mat Amin, 51, mendapat
pengiktirafan daripada Asia Book of Records terhadap dua kejayaan pendakiannya
sebelum ini.
Pengiktirafan itu diberikan terhadap Pendakian Tangga Selama 24 jam Menara
Kuala Lumpur pada tahun 2016 apabila Mohd. Noor mendaki tangga bangunan
tersebut sebanyak 21 kali.
Satu lagi pengiktirafan adalah Pendakian Solo Dalam Himalaya 2017 yang
menyaksikan Mohd. Noor menawan semua tujuh puncak Banjaran Himalaya yang
berketinggian antara 5,000 meter (m) ke 6,000 m.
Dua sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Ketua Editor Asia Book of
Records, Dr. Biswaroop Roy Chowdhury dalam satu majlis bersama Program
Kesedaran Diabetes di sebuah hotel.
PLUS, Kumpulan Utusan edar
bubur lambuk
25 Mei 2018 (Jumaat) – Sempena kedatangan bulan Ramadan,
Kumpulan Utusan sekali lagi menganjurkan Program Bubur Lambuk Ramadan dengan
kerjasama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di Masjid Jamek Kampung Baru. Kira-kira
9,000 bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai di sekitar masjid dan beberapa
kawasan rehat dan rawat (R&R) milik PLUS seawal pukul 5.00 petang.
PLUS telah mengagihkan bubur lambuk sejak tahun 2015
namun kerjasama dengan Kumpulan Utusan baharu dijalankan tahun lalu. Hadir
sama, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor serta
Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan Utusan, Jamal Ahmed Ali Ahmad.
Majlis Berbuka Puasa bersama CIMB - 23 Mei 2018 (Rabu)
28 Mei 2018 (Isnin) - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank
Islam) meraikan warga Kumpulan Utusan dengan menyumbangkan juadah berbuka puasa
di Ibu pejabat Utusan Melayu.
Sumbangan tersebut bertujuan bagi mengeratkan ukhwah
antara Bank Islam dan warga Kumpulan Utusan selain memahami tugas mereka yang
sering kesuntukan masa dalam mengejar berita sepanjang Ramadan.
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat
Kumpulan Bank Islam, Wan Nor Khairi Wan Samad sebagai tanda penghargaan kepada
warga media yang banyak memberi kerjasama dalam membuat liputan dan penyebaran
maklumat mengenai Bank Islam. Kira-kira 400 bungkusan makanan mengandungi nasi
beriani, epal, bubur kacang, aneka kuih dan air kotak diagihkan kepada warga
Kumpulan Utusan.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan
Utusan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk
Hassan Mohd. Noor; Ketua Wilayah Tengah Bank Islam, Bostamam Hassan dan
Timbalan Ketua Pegawai Syariah Bank Islam, Saiful Anuar Hambali.
Majlis Berbuka Puasa bersama CIMB - 23 Mei 2018 (Rabu)
|
Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan CIMB,
Suriawati Zainal (kiri) bersama kakitangan Utusan Malaysia pada majlis Berbuka
Puasa Kumpulan Utusan Bersama CIMB di di Utusan Melayu. |
Forum Rusia 2018
4 Jun 2018 (Isnin) – Bersempena dengan Piala Dunia 2018,
Kumpulan Utusan melalui akhbarnya Utusan Malaysia telah mengadakan Forum Rusia
2018: Di Mana Malaysia? Bertempat di Dewan Utusan.
Forum yang bermula pada pukul 4.00 petang itu disertai oleh
beberapa panel terkemuka yang mempunyai pengalaman cukup luas mengenai bola
sepak negara iaitu ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim
Swee; bekas pemain kebangsaan pada era 1970-an, Datuk Santokh Singh; pengkritik
sukan dan bekas wartawan, Rizal Hashim, dan pengulas sukan, Hafizal Hamad
selaku moderator.
Pelbagai isu dibincangkan dalam forum tersebut antaranya perancangan
jangka pendek dan panjang serta program pembangunan untuk kumpulan pemain akar
umbi yang konsisten selain mencontohi Jepun yang lima kali berturut-turut layak
menyertai pusingan akhir Piala Dunia sejak 1998. Selain itu, tetamu jemputan
juga turut diberi peluang untuk turut sama melontarkan pandangan.
Turut hadir memeriahkan forum berkenaan ialah pelajar
Sekolah Sukan Bukit Jalil, barisan pegawai Persatuan Pemain Bola Sepak
Profesional Malaysia (PFAM) yang diketuai Presidennya, Rezal Zambery Yahya dan
Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Datuk Richard
Scully.
Usahawan muda rai
kakitangan Utusan berbuka puasa
30 Mei 2018 (Rabu) - Usaha berterusan warga Kumpulan
Utusan menyampaikan berita terbaik buat rakyat Malaysia terus diraikan dalam
satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Dewan Besar Utusan.
Majlis yang ditaja oleh usahawan muda, Datuk Muhammad
Farhan Lokman itu dihadiri oleh kira-kira 250 kakitangan Kumpulan Utusan yang
dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah berbuka puasa seperti nasi kerabu,
daging masak lemak cili api, martabak serta kuih-muih aneka jenis.
Farhan ketika menyampaikan ucapan berkata, beliau
berbesar hati menaja majlis tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap petugas
akhbar Utusan Malaysia.
Yang turut hadir, ibu kepada Muhammad Farhan yang juga
bekas wartawan The Star, Fauziah Mohd. Johar atau lebih dikenali sebagai
Zieman; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad,
Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengurus Jabatan Pengarang
Kumpulan Utusan, Ainol Amriz Ismail.
Mesyuarat
Agung Tahunan ke-50
1 Jun 2018 (Jumaat) - Mesyuarat Agung Tahunan Utusan
Melayu (Malaysia) Berhad kali ke-50 telah diadakan pada hari jumaat lalu di
Dewan Besar yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd
Noordin Abbas dan dihadiri hampir 100 pemegang saham.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu dimulai
dengan mengesahkan prestasi kewangan syarikat bagi tahun 2017. Utusan Melayu
dan anak-anak syarikatnya (kumpulan) mencatatkan pengurangan kerugian sebelum
cukai sebanyak RM16.9 juta daripada RM23 juta bagi suku pertama 2017 kepada
RM6.1 juta bagi tempoh sama 2018.
Penurunan kerugian itu disebabkan oleh pendapatan
daripada projek pembekalan tablet kepada guru-guru yang masih lagi diteruskan
untuk tahun 2018. Pendapatan daripada segmen penerbitan, pengedaran dan
pengiklanan meningkat sebanyak 32.6 peratus.
Pelbagai langkah dan
inisiatif akan diambil bagi mempelbagaikan portfolio syarikat, ini termasuk memberi
penekanan kepada segmen digital dan memperkasakan edisi cetak serta melaksanakan
langkah-langkah pengurangan kos secara menyeluruh bagi mengelakkan kerugian
antara RM7.5 hingga RM8 juta setiap bulan.
Syarikat juga dijangka melaksanakan Skim Pemberhentian
Sukarela (VSS) pada tahun ini melibatkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada
1,400 kakitangan meliputi semua peringkat termasuk anak-anak syarikat tetapi bergantung
kepada kelulusan ahli lembaga pengarah.
Diharap Utusan Melayu kembali mencatat keuntungan dalam
tempoh terdekat berdasarkan beberapa langkah yang diambil dan akan terus
komited untuk melakukan penambahbaikan dalam inovasi media dalam perniagaannya.
Majlis Meraikan Anak-Anak Yatim Kumpulan Utusan-Angkasa 2018
1 Jun 2018 (Jumaat) - Majlis Meraikan Anak-Anak Yatim Kumpulan Utusan bersama
Angkasa yang telah diadakan di Dewan Utusan. Sambutan yang bersempena
memperingati hari Nuzul al-Quran itu meraikan lebih 50 anak-anak yatim.
Kerjasama yang telah memasuki tahun ketujuh itu turut
disemarakkan dengan bacaan ayat suci al-Quran serta dimeriahkan persembahan
selebriti, Sufian Suhaimi sebagai penghibur acara.
Sumbangan dan duit raya telah disempurnakan oleh Pengarah
Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah
Abdullah dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Kesemua anak-anak yatim berkenaan menerima sumbangan duit
raya daripada Yayasan Kumpulan Utusan dan BKUM selain cenderahati daripada
syarikat pengeluar roti Gardenia, Mamee dan Minuman Jenama Supersquad..