Wednesday 21 November 2018

Tinta Online Volume 5/2018 - 1 November 2018

Lawatan Malaysia Healthcare Travel ke Utusan Melayu

22 November 2018 (Khamis) – Pengurusan Malaysian Healthcare Travel Council (MHTC) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Lawatan diketuai oleh Pengurusnya, Tutie Masliani dan beberapa orang pegawai dari MHTC. Rombongan disambut oleh Pengurus Komunikasi Korporat, Nik Anura Nik Abdul Rahman. Tujuan lawatan ini diadakan untuk mempromosikan anugerah penulisan kesihatan yang bakal diadakan oleh MHTC. Selain bertukar pandangan dan mengeratkan hubungan antara dua pihak, rombongan turut di bawa melawat ke sekitar Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo!. Turut hadir semasa lawatan tersebut, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.






Lawatan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau Negeri Sembilan ke Utusan Melayu

14 November 2018 (Rabu) - Seramai 28 orang pelajar  berserta 9 orang pensyarah dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media  Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke pejabat Utusan Melayu baru-baru ini.

Lawatan yang diketuai oleh Pensyarahnya, Mohamed Shafiq Ayub disambut oleh Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat, Zurina Yahya. Selain mengeratkan hubungan antara satu sama lain, lawatan tersebut juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penerbitan berita dalam industri media dan teknologi yang digunakan pada masa kini. Rombongan pelajar tersebut turut diberi taklimat tentang latihan dan bengkel yang disediakan oleh Sibermedia Sdn Bhd dan turut dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. Diharapkan lawatan tersebut dapat membuka minda pelajar-pelajar untuk merancang kerjaya mereka pada masa hadapan serta membantu pembelajaran mereka khususnya dalam bidang media dan komunikasi.



Lawatan Pelajar Fakulti Bahasa Utusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

12 November 2018 (Isnin) - Seramai 17 orang pelajar   Fakulti Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke pejabat Utusan Melayu baru-baru ini.
          Lawatan yang diketua oleh pensyarahnya, Dr Suriani Othman dan disambut mesra oleh Pengarah Eksekutif Sibermedia Sdn Bhd, Ainol Amriz Ismail dan dibawa ke Studio Pintar untuk sesi taklimat tentang bengkel dan latihan yang dijalankan oleh Sibermedia. Selain taklimat, para pelajar juga turut dibawa ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia bagi melihat secara jelas proses penerbitan akhbar dan grafik. Semoga lawatan ini memberi manfaat sepenuhnya kepada pelajar yang hadir.




Program Tamankan Hati Keluarga Utusan

7 November 2018 (Rabu) – Program Tamankan Hati Keluarga Utusan telah diadakan di Dewan Utusan dan disertai oleh hampir 300 orang kakitangan Kumpulan Utusan. Program yang dianjurkan setiap minggu itu diadakan bertujuan bagi menyerap nilai kerohanian dalam setiap warga kerja. Program kali ini menampilkan pendakwah bebas iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang menyampaikan tazkirah kepada kakitangan pada pukul 12.30 tengah hari. Selepas tazkirah, turut diadakan solat zohor dan solat hajat berjemaah. Semoga program kerohanian ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan warga kerja Kumpulan Utusan.









Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia lebih segar dan dinamik

16 September 2018 (Ahad) – Akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia kini berwajah baharu dan tampil lebih segar, kemas, dinamik daripada aspek kandungan dan perubahan saiz kompak yang lebih memuaskan pembacaan dan senang untuk dibawa berbanding saiz ‘broadsheet’ yang kelihatan lebih nipis.

          Perubahan wajah Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia ini adalah komitmen penambahbaikan dan usaha berterusan Utusan Melayu dalam menyajikan bahan berita yang bernilai tinggi buat para pembacanya.

Majlis Pelancaran wajah baharu Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia di beberapa lokasi di di ibu negara mendapat sambutan hangat dari pembaca. Di pusat membeli belah Sogo, hampir 3,000 pembaca membanjiri sekitar ruang hadapan kompeks beli belah tersebut bagi mendapatkan akhbar Mingguan Malaysia yang berwajah baharu.

Turut memeriahkan majlis pelancaran adalah penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam dan anaknya yang juga pengarah dan pelakon berbakat Shamsul Yusof dan barisan pelakon Munafik seperti Fizz Fairuz, Mawi dan Nasir Bilal Khan.

Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah, Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman dan Penolong Pengarang Minggguan Malaysia Azman Anuar juga hadir pada majlis pelancaran.

Wajah baharu ini bukanlah semata-mata pembaharuan dari segi saiz dan reka bentuk tetapi juga dari segi pengisian yang lebih terbuka dan bebas kepada semua pihak. Transformasi tersebut juga bukan semata-mata untuk menaikkan hasil jualan, tetapi sebagai langkah strategik menarik lebih ramai syarikat swasta, sektor korporat dan komersial menyiarkan iklan operasi serta perniagaan masing-masing di akhbar Utusan Malaysia mahupun di Mingguan Malaysia.










No comments:

Post a Comment