Sunday 29 November 2015

Tinta Online Vol 12/2015

Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara Bersama Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM)


25 November 2015 - Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara anjuran bersama akhbar Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali berdiskusi buat kali ketujuh pada hari rabu lalu. Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dikendalikan oleh Suhaimi Mohamed dari RTM sebagai moderator dan tiga orang panel iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak dari UUM, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharudin dari UUM bagi membincangkan tajuk "Keserantauan: Jiran atau sempadan".

PARA hadirin kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh barisan panel penceramah.

NAIB Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak (dua dari kiri) mengutarakan pandangan mengenai tajuk yang dibincangkan. 
PARA hadirin yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja UUM memenuhi dewan sebelum bermulanya majlis.
PENGURUS Jabatan Komunikasi Korporat, Nik Anura Nik Abdul Rahman (dua dari kiri) bergambar bersama moderator dan panel seusai majlis.

POSTER Program Advokasi Ilmuan Majlis Professor Negara anjuran bersama akhbar Utusan Malaysia dan RTM. 


Kunjungan Hormat FAMA ke Utusan Melayu


25 November 2015 – Seramai 10 orang Pengurusan Kanan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu baru-baru ini. Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusi FAMA, Tan Sri Dato’ Paduka Haji Badruddin Amiruldin dan Ketua Pengarah FAMA, Dato’ Ahmad Ishak. Antara tujuan lawatan adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama pintar Majlis Sambutan Ulang Tahun 50 Tahun FAMA yang akan diadakan di Dataran Merdeka selama tiga hari bermula 4 Disember ini. Rombongan tersebut disambut oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan beberapa Pengurusan Kanan Utusan Melayu. Semoga kunjungan ini dapat menjalinkan kerjasama dengan lebih erat dan merapatkan hubungan baik di antara kedua-dua belah pihak.


KUNJUNGAN MESRA.. Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin Amiruldin bersama rombongan pengurusan FAMA ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Melayu.
TAN Sri Dato' Paduka Haji Badruddin Amiruldin menyampaikan cenderamata kepada Datuk Othman Mohamed sambil disaksikan Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan FAMA.

TANDA KENANGAN.. Datuk Othman Mohamed turut menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin Amiruldin.
BARISAN Pengurusan FAMA dan Utusan Melayu bergambar bersama sebagai tanda kenangan. 

Tuesday 24 November 2015

Tinta Online Vol 9-11/2015

Majlis Sentuhan Kasih Yayasan Kumpulan Utusan

16 November 2015 – Yayasan Kumpulan Utusan (YKU) dengan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya telah mengadakan Majlis Sentuhan Kasih bersama anak-anak Autisme di Pusat Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) Cawangan Titiwangsa pada hari Isnin lalu. Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dimulakan dengan aktiviti sukaneka bersama kanak-kanak pusat jagaan tersebut sebelum dihidangkan dengan jamuan makan. Majlis tersebut dihadiri oleh Pengurus Kanan Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Azlan Naim Abdullah, Pengurus Besar Yayasan Kumpulan Utusan, Fauzan Mohd Noor, Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM), Kamsari Haji Noor, Exco-Exco BKUM serta beberapa kakitangan Kumpulan Utusan. Majlis ini merupakan program pertama YKU bersama Nasom dan berharap agar YKU akan tetap meneruskan dan memperbanyakkan lagi aktiviti dan program bersama warga Autisme. 
     

   
CERIA.. Kakitangan Nasom dan Kumpulan Utusan mengadakan aktiviti sukaneka bersama anak-anak Autisme

RAKAM KENANGAN.. sesi bergambar seusai majlis.

GEMBIRA.. Kanak-kanak Autisme begitu bersemangat melakukan aktiviti sukaneka.

SALAH seorang Exco BKUM membantu menghidangkan makanan untuk kanak-kanak Autisme.

KASIH SAYANG.. salah seorang kanak-kanak memeluk erat Yang Dipertua BKUM, Kamsari Haji Nor seusai majlis diadakan. 


Pejabat Daerah Pendang Lawat Utusan Melayu

17 November 2015 – Seramai 80 orang kakitangan pejabat Daerah Pendang yang diketuai oleh Pegawai Daerah Pendang, Encik Mukhtar Rashid dan Penghulu Daerah Pendang, Encik Jamani Jamaludin mengadakan kunjungan hormat ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada 17 November lalu. Rombongan tersebut disambut oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, dan beberapa editor kanan Utusan Malaysia dan Kosmo!. Dalam lawatan itu, mereka telah diberi taklimat mengenai operasi serta produk Kumpulan Utusan sebelum dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Jabatan Pengarang Kosmo!.

ROMBONGAN dibawa melawat Jabatan Pengarang Kosmo! dan bergambar bersama kakitangan dan Pengurusan Kosmo!

PENOLONG Pengarang 1 Kosmo!, Mohd Noor Ab Samad menerangkan tentang operasi akhbar Kosmo!.

RAKAM KENANGAN.. Rombongan Pejabat Daerah Pendang bergambar bersama Pengurusan Kanan dan kakitangan Kumpulan Utusan di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

PENGURUS Jabatan Pengarang, Tuan Syed Agil Syed Jaafar (tengah) memberikan kata-kata aluan kepada rombongan yang hadir. 



Utusan Malaysia terima Anugerah Penghargaan Khas Media

17 November 2015 –  Akhbar Utusan Malaysia dipilih sebagai penerima Anugerah Penghargaan Khas Media bagi kategori Organisasi pada Malam Anugerah Francais (MAF) 2015 anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA) yang diadakan baru-baru ini. Trofi dan sijil anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah kepada Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor. Peranan meja ekonomi dalam membuat laporan berkaitan industri francais menyumbang kepada penganugerahan ini. Kemenangan tersebut sekali gus memperkukuhkan lagi jenama akhbar Utusan Malaysia.

DATUK Hassan Mohd Noor menerima trofi dan sijil anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah. 

SESI bergambar bersama kesemua pemenang anugerah pada malam berprestij tersebut.

DATUK Hassan Mohd Noor bersama trofi anugerah yang dimenangi akhbar Utusan Malaysia. 


Kemeriahan Majlis Berkhatan BKUM

21 November 2015 – Seramai 18 kanak-kanak menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) yang diadakan di Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi pada hari Sabtu lalu. Majlis yang berlangsung pada pukul 8 pagi itu dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd Noor dan diikuti dengan acara siraman air oleh pihak bomba di perkarangan Sri Utusan sebelum upacara berkhatan bermula. Program yang mendapat kerjasama dari Pusat Perubatan Kajang itu merupakan aktiviti tahunan BKUM yang menjadi tradisi sejak tahun 1984. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua BKUM, Kamsari Haji Noor serta beberapa Exco BKUM dan kakitangan Kumpulan Utusan yang hadir bersama anak masing-masing.


MAJLIS 'mandi-manda' sebelum khatan bermula.

KANAK-KANAK diarak ke dewan untuk upacara berkhatan.

GEMBIRA.. Yang Dipertua BKUM, Kamsari Hj Nor bergambar bersama ibu bapa dan anak-anak sebelum acara berkhatan bermula,

DATUK Hassan Mohd Noor bersama Kamsari Haji Nor menyiram peserta khatan menggunakan pili bomba. 

SEORANG bapa menenangkan anaknya sewaktu proses berkhatan.

KAKITANGAN Pusat Perubatan Kajang sedang menjalankan tugas sambil ditemani ibu bapa peserta. 



Lawatan SMKA Lati Pasir Mas Kelantan ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi

9 November 2015 –  Seramai 45 orang pelajar berserta guru pengiring mengadakan lawatan ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi baru-baru ini. Lawatan itu bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tingkatan tiga yang baru tamat Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mengenai proses percetakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknologi percetakan akhbar pada masa kini. Lawatan tersebut disambut oleh Pengurus Pentadbiran Pengeluaran, Tuan Haji Azemi Azizan dan Eksekutif Kanan Pengeluaran, Azrol Muhamad Basri. Diharapkan lawatan tersebut dapat membuka minda pelajar-pelajar untuk merancang kerjaya mereka pada masa hadapan serta membantu pembelajaran mereka.

AZRUL Muhamad Basri memberi taklimat dan penerangan tentang proses percetakan akhbar di Loji Percetakan Sri Utusan

TEKUN.. para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya taklimat yang disampaikan oleh Azrul.

AZRUL menunjukkan sampel sisipan akhbar yang telah siap dicetak kepada guru dan para pelajar.

TUAN Haji Azemi Azizan menyerahkan cenderamata kepada guru pengiring. 


Kerjasama Utusan Media Sales Sdn. Bhd. - 
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar

12 November 2015 –  Satu Majlis Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Utusan Media Sales Sdn. Bhd (UMES) dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (KPPA) telah diadakan di Pusat Latihan Ibu Pejabat Utusan Melayu baru-baru ini. Perjanjian ini merupakan perjanjian pertama antara UMES dan KPPA dan akan bermula dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016. Memorandum Persefahaman ini juga merupakan satu kerjasama strategik ke arah memberikan satu motivasi kepada ahli-ahli kesatuan untuk berusaha dengan lebih gigih dalam pekerjaan bagi memastikan matlamat syarikat dapat dicapai. Dokumen perjanjian telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pegawai Eksekutif UMES, Jamal Ahmed Ali Ahmad dan KPPA diwakili oleh Presiden KPPA, Tuan Haji Rahim Omar, Setiausaha Agung KPPA, Soosai Raja Savarmuthu dan Pengerusi KPPA cawangan UMES, Noor Shahila Mohd Ali.

DATUK Mohd Noordin Abbas menanyakan sesuatu kepada Tuan Haji Rahim sebelum majlis bermula.

KETUA Pegawai Eksekutif UMES, Jamal Ahmed Ali Ahmad menyampaikan sepatah dua kata.

PENGERUSI KPPA Cawangan UMES, Noor Shahila Mohd Ali memberikan ucapan sebelum MoU bermula. 

ANTARA kakitangan yang hadir ke majlis tersebut. 

SESI menandatangani perjanjian bermula. 

TEMETRAI.. Datuk Mohd Noordin Abbas dan Tuan Haji Rahim bersalaman selepas selesai menandatangani dokumen perjanjian. 


Bengkel Asas Penulisan Novel Kumpulan Utusan

14 November 2015 –  Seramai 53 orang peserta hadir ke Bengkel Asas Penulisan Novel Kumpulan Utusan yang diadakan di Pusat Latihan Utusan baru-baru ini. Bengkel penulisan yang berlangsung setengah hari itu terbahagi kepada tiga sesi yang dikendalikan oleh tiga penceramah yang terdiri daripada tokoh penulis ternama dan pengarang akhbar antaranya ialah Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan, pemenang Kategori Novel Remaja HSKU sebanyak tujuh kali iaitu Sri Rahayu Mohd. Yusop dan Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain. Diharap dengan penganjuran aktiviti seumpama ini, Kumpulan Utusan akan meneruskan legasi memartabatkan sastera tanah air dan membuka ruang kepada para pengkarya untuk terus menghasilkan naskhah berkualiti untuk diketengahkan kepada khalayak pembaca. Penganjuran bengkel tersebut juga merupakan kesinambungan 30 tahun Hadiah Sastera Kumpulan Utusan yang berlangsung pada 20 Oktober lalu.

DATUK Dr. Anwar Ridhwan memberikan taklimat mengenai asas penulisan novel kepada para peserta.
KHUSYUK.. para peserta memberikan tumpuan sepenuhnya tentang input penulisan novel dari penceramah.
SRI Rahayu berkongsi pengalaman dan ilmu beliau tentang penulisan novel. 
PESERTA tidak melepaskan peluang merakam gambar penceramah semasa soal jawab berkaitan penulisan novel. 
PENGARANG Mingguan, Ku Seman Ku Hussein turut berkongsi ilmu dengan peserta. 
TANDA KENANGAN.. Ku Seman menyerahkan cenderamata kepada Sri Rahayu seusai majlis.


Kumpulan Utusan-UTeM gamatkan Malam Puisi Utusan

4 November 2015 –  Kumpulan Utusan dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Malam Puisi Utusan-UTeM yang diadakan di Dewan Besar UteM baru-baru ini. Majlis yang bermula pada pukul 9.00 malam itu diserikan dengan persembahan tarian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tangga Batu yang merupakan Johan Lantai Cilik 2014 sebelum diikuti nyanyian oleh Penasihat Undang-Undang UTeM, Azhar Mohamed yang menyampaikan lagu Ibnor Riza bertajuk Mimpi Yang Tak Sudah.
Malam Puisi yang bertemakan "Melestari Bumi Menjulang Manusiawi" menampilkan beberapa pendeklamasi terkemuka antaranya Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan, Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Rozita Che Wan,  Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad serta isteri, Datin Halimah Baba serta beberapa pendeklamasi dari Persatuan Penulis Melaka (PENAMA).
Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas turut mempamerkan bakat terpendam dalam seni puisi dengan mendeklamasikan puisi yang bertajuk ”Berita Kepada Kawan”. Tidak ketinggalan memeriahkan majlis ialah persembahan memukau barisan artis tanah air seperti Fynn Jamal, Kumpulan Kopratasa dan Caliph Buskers yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton. Malam Puisi Utusan-UTeM merupakan salah satu komitmen Kumpulan Utusan dalam melestarikan kesusasteraan Melayu dan merupakan sebahagian daripada pengisian Minggu Sastera Utusan serta kesinambungan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan yang berlangsung pada 20 Oktober lalu.
Majlis gilang gemilang itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Rawi Mahmud serta Timbalan Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Mohd. Jailani Mohd. Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pro Canselor UTeM, Datuk Ismail Saleh; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

SESAK.. para pelajar dan penonton memenuhi segenap ruang Dewan besar UTeM sebelum majlis bermula.

DATUK Mohd Noordin Abbas (empat dari kiri) menyambut kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

SASTERAWAN NEGARA, Datuk Dr. Zurinah Hassan mendeklamasikan puisi dan gurindam bertajuk 'Jampi Bangsaku'
MEMUKAU.. Datuk Mohd Noordin Abbas turut mendeklamasi sebuah puisi yang bertajuk ' Berita Kepada Kawan'
KUMPULAN Kopratasa turut hadir mendendangkan beberapa buat lagu buat penonton yang hadir.


PERSEMBAHAN memukau Fynn Jamal mendapat sorakan gemuruh para penonton.

BERCAHAYA.. sinaran cahaya lampu dari para penonton menggamatkan lagi Malam Puisi Utusan-UTeM.


KEHADIRAN Rozita Che Wan yang mendeklamasi puisi turut mendapat sorakan gemuruh dari penonton.
TANDA SIMBOLIK.. Tun Mohd Khalil Yaakob menyerahkan cenderamata kepada Datuk Mohd Noordin Abbas sebagai tanda kenang-kenangan.   


Pemeriksaan Kesihatan Yayasan Kumpulan Utusan-Columbia Asia Hospital

4 November 2015 –  Yayasan Kumpulan Utusan dengan kerjasama Columbia Asia Hospital telah mengadakan pemeriksaan kesihatan untuk warga kerja Kumpulan Utusan baru-baru ini di Dewan Besar Utusan Melayu. Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamed.  Sebelum pemeriksaan kesihatan dilakukan, kakitangan terlebih dahulu diberi penerangan mengenai kesihatan mata oleh Pakar Perunding Oftamologi, Dr. Dinesh Kumar. Selain itu, Datuk Othman turut menyampaikan cenderahati kepada 60 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah Selangor dan Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti daerah Gombak yang turut hadir ke majlis tersebut.


DATUK Othman Mohamed (kiri) menyerahkan sumbangan kepada kanak-kanak dari Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah Selangor dan Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti daerah Gombak.

SEORANG petugas Hospital Columbia Asia memeriksa mata seorang kakitangan Kumpulan Utusan.
ANTARA Kakitangan yang hadir untuk memeriksa kesihatan masing-masing.

Majlis turut diserikan dengan 'maskot' burung yang menceriakan majlis.

Pesta Konvo USIM 2015

6 – 9 November 2015 –  Kumpulan Utusan sekali lagi bekerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Pesta Konvokesyen USIM Ke-13 yang telah diadakan baru-baru ini di Tapak Pesta Konvo, USIM. Antara aktiviti menarik sepanjang pesta tersebut termasuklah jualan harga runtuh produk Kumpulan Utusan, Cabutan Bertuah, Penebusan Hadiah Eksklusif, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Memancing, Bengkel Wartawan Muda dan lain-lain. Sambutan dari orang ramai amat menggalakkan walaupun hujan lebat melanda. Tambah meriah, pesta konvokesyen kali ini diserikan dengan persembahan artis tanah air iaitu Nora, Ayai Ilusi, Yatt Hamzah, Diana Amir dan ramai lagi.

SAHIDAN Jaafar menerangkan sesuatu kepada pelajar semasa Bengkel Wartawan Muda diadakan.

PELBAGAI aktiviti diadakan, antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

PENGUNJUNG memenuhi ruang gerai jualan Utusan bagi menyemak nombor cabutan bertuah.

ORANG ramai menyerbu gerai jualan majalan Utusan yang menawarkan harga jualan runtuh.

SEORANG kakitangan menawarkan baju Pesta Konvo USIM 'limited edition' kepada pengunjung yang hadir. 

Moslema In Style International Fashion Forward 2015 (MISIFF 2015)

7 - 8 November 2015 – Program Moslema In Style International Fashion Forward 2015 (MISIFF 2015) telah diadakan baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Acara bertaraf antarabangsa tersebut merupakan peragaan fesyen berkonsepkan Muslimah dan akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan MEGA merupakan media rasmi sempena program ini. Acara ini turut menampilkan pemenang kedua Pertandingan Jarum Berlian Utusan-MARA 2014 yang memperagakan beberapa fesyen muslimah.



ORANG ramai mengunjungi gerai jualan Utusan bagi mendapatkan harga potongan bagi majalah.
CANTIK.. antara model yang terlibat dalam program MISIFF 2015.