Majlis Sentuhan Kasih Yayasan
Kumpulan Utusan
16 November 2015 – Yayasan Kumpulan
Utusan (YKU) dengan inisiatif tanggungjawab sosial
korporatnya telah mengadakan Majlis Sentuhan Kasih bersama anak-anak
Autisme di Pusat Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) Cawangan
Titiwangsa pada hari Isnin lalu. Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu
dimulakan dengan aktiviti sukaneka bersama kanak-kanak pusat jagaan tersebut
sebelum dihidangkan dengan jamuan makan. Majlis tersebut dihadiri oleh Pengurus
Kanan Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Azlan Naim Abdullah, Pengurus
Besar Yayasan Kumpulan Utusan, Fauzan Mohd Noor, Yang Dipertua Badan Keluarga
Utusan Melayu (BKUM), Kamsari Haji Noor, Exco-Exco BKUM serta beberapa
kakitangan Kumpulan Utusan. Majlis ini merupakan program pertama YKU bersama
Nasom dan berharap agar YKU akan tetap meneruskan dan memperbanyakkan lagi
aktiviti dan program bersama warga Autisme.
|
CERIA.. Kakitangan Nasom dan Kumpulan Utusan mengadakan aktiviti sukaneka bersama anak-anak Autisme |
|
RAKAM KENANGAN.. sesi bergambar seusai majlis. |
|
GEMBIRA.. Kanak-kanak Autisme begitu bersemangat melakukan aktiviti sukaneka. |
|
SALAH seorang Exco BKUM membantu menghidangkan makanan untuk kanak-kanak Autisme. |
|
KASIH SAYANG.. salah seorang kanak-kanak memeluk erat Yang Dipertua BKUM, Kamsari Haji Nor seusai majlis diadakan. |
Pejabat Daerah Pendang Lawat Utusan Melayu
17
November 2015 – Seramai 80 orang kakitangan pejabat Daerah Pendang yang
diketuai oleh Pegawai Daerah Pendang, Encik
Mukhtar Rashid dan Penghulu Daerah Pendang, Encik Jamani Jamaludin mengadakan
kunjungan hormat ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada 17 November lalu. Rombongan
tersebut disambut oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan,
Datuk Othman Mohamad, dan beberapa editor kanan Utusan Malaysia dan Kosmo!.
Dalam lawatan itu, mereka telah diberi taklimat mengenai operasi serta produk
Kumpulan Utusan sebelum dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan
Jabatan Pengarang Kosmo!.
|
ROMBONGAN dibawa melawat Jabatan Pengarang Kosmo! dan bergambar bersama kakitangan dan Pengurusan Kosmo! |
|
PENOLONG Pengarang 1 Kosmo!, Mohd Noor Ab Samad menerangkan tentang operasi akhbar Kosmo!. |
|
RAKAM KENANGAN.. Rombongan Pejabat Daerah Pendang bergambar bersama Pengurusan Kanan dan kakitangan Kumpulan Utusan di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. |
|
PENGURUS Jabatan Pengarang, Tuan Syed Agil Syed Jaafar (tengah) memberikan kata-kata aluan kepada rombongan yang hadir. |
Utusan Malaysia terima
Anugerah Penghargaan Khas Media
17 November 2015 – Akhbar
Utusan Malaysia dipilih sebagai penerima Anugerah Penghargaan Khas Media bagi
kategori Organisasi pada Malam Anugerah Francais (MAF) 2015 anjuran Persatuan
Francais Malaysia (MFA) yang diadakan baru-baru ini. Trofi dan sijil anugerah
itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah kepada Pengarang Utusan
Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor. Peranan meja ekonomi dalam membuat laporan
berkaitan industri francais menyumbang kepada penganugerahan ini. Kemenangan
tersebut sekali gus memperkukuhkan lagi jenama akhbar Utusan Malaysia.
|
DATUK Hassan Mohd Noor menerima trofi dan sijil anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah. |
|
SESI bergambar bersama kesemua pemenang anugerah pada malam berprestij tersebut. |
|
DATUK Hassan Mohd Noor bersama trofi anugerah yang dimenangi akhbar Utusan Malaysia. |
Kemeriahan Majlis Berkhatan
BKUM
21 November 2015 – Seramai 18
kanak-kanak menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Badan Keluarga
Utusan Melayu (BKUM) yang diadakan di Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi pada
hari Sabtu lalu. Majlis yang berlangsung pada pukul 8 pagi itu dimulakan dengan
ucapan perasmian oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd Noor dan
diikuti dengan acara siraman air oleh pihak bomba di perkarangan Sri Utusan
sebelum upacara berkhatan bermula. Program yang mendapat kerjasama dari Pusat
Perubatan Kajang itu merupakan aktiviti tahunan BKUM yang menjadi tradisi sejak
tahun 1984. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua BKUM, Kamsari
Haji Noor serta beberapa Exco BKUM dan kakitangan Kumpulan Utusan yang hadir
bersama anak masing-masing.
|
MAJLIS 'mandi-manda' sebelum khatan bermula. |
|
KANAK-KANAK diarak ke dewan untuk upacara berkhatan. |
|
GEMBIRA.. Yang Dipertua BKUM, Kamsari Hj Nor bergambar bersama ibu bapa dan anak-anak sebelum acara berkhatan bermula, |
|
DATUK Hassan Mohd Noor bersama Kamsari Haji Nor menyiram peserta khatan menggunakan pili bomba. |
|
SEORANG bapa menenangkan anaknya sewaktu proses berkhatan. |
|
KAKITANGAN Pusat Perubatan Kajang sedang menjalankan tugas sambil ditemani ibu bapa peserta. |
Lawatan SMKA Lati Pasir Mas Kelantan ke Loji
Percetakan Sri Utusan Bangi
9
November 2015 – Seramai 45 orang pelajar berserta guru pengiring
mengadakan lawatan ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi baru-baru ini. Lawatan
itu bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tingkatan tiga yang baru
tamat Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mengenai proses percetakan akhbar
Utusan Malaysia dan Kosmo! serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang
teknologi percetakan akhbar pada masa kini. Lawatan tersebut disambut oleh
Pengurus Pentadbiran Pengeluaran, Tuan Haji Azemi Azizan dan Eksekutif Kanan
Pengeluaran, Azrol Muhamad Basri. Diharapkan lawatan tersebut dapat membuka
minda pelajar-pelajar untuk merancang kerjaya mereka pada masa hadapan serta
membantu pembelajaran mereka.
|
AZRUL Muhamad Basri memberi taklimat dan penerangan tentang proses percetakan akhbar di Loji Percetakan Sri Utusan |
|
TEKUN.. para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya taklimat yang disampaikan oleh Azrul. |
|
AZRUL menunjukkan sampel sisipan akhbar yang telah siap dicetak kepada guru dan para pelajar. |
|
TUAN Haji Azemi Azizan menyerahkan cenderamata kepada guru pengiring. |
Kerjasama Utusan Media Sales Sdn. Bhd. -
Kesatuan
Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar
12
November 2015 – Satu Majlis Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU)
antara Utusan Media Sales Sdn. Bhd (UMES) dengan Kesatuan Kebangsaan
Pekerja-Pekerja Akhbar (KPPA) telah diadakan di Pusat Latihan Ibu Pejabat
Utusan Melayu baru-baru ini. Perjanjian ini merupakan perjanjian pertama antara UMES
dan KPPA dan akan bermula dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016.
Memorandum Persefahaman ini juga merupakan satu kerjasama strategik ke arah
memberikan satu motivasi kepada ahli-ahli kesatuan untuk berusaha dengan lebih
gigih dalam pekerjaan bagi memastikan matlamat syarikat dapat dicapai. Dokumen
perjanjian telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan,
Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pegawai Eksekutif UMES, Jamal Ahmed Ali
Ahmad dan KPPA diwakili oleh Presiden KPPA, Tuan Haji Rahim Omar, Setiausaha
Agung KPPA, Soosai Raja Savarmuthu dan Pengerusi KPPA cawangan UMES, Noor
Shahila Mohd Ali.
|
DATUK Mohd Noordin Abbas menanyakan sesuatu kepada Tuan Haji Rahim sebelum majlis bermula. |
|
KETUA Pegawai Eksekutif UMES, Jamal Ahmed Ali Ahmad menyampaikan sepatah dua kata. |
|
PENGERUSI KPPA Cawangan UMES, Noor Shahila Mohd Ali memberikan ucapan sebelum MoU bermula. |
|
ANTARA kakitangan yang hadir ke majlis tersebut. |
|
SESI menandatangani perjanjian bermula. |
|
TEMETRAI.. Datuk Mohd Noordin Abbas dan Tuan Haji Rahim bersalaman selepas selesai menandatangani dokumen perjanjian. |
Bengkel Asas Penulisan Novel
Kumpulan Utusan
14 November 2015 – Seramai 53
orang peserta hadir ke Bengkel Asas Penulisan Novel Kumpulan Utusan yang
diadakan di Pusat Latihan Utusan baru-baru ini. Bengkel penulisan yang
berlangsung setengah hari itu terbahagi kepada tiga sesi yang dikendalikan oleh
tiga penceramah yang terdiri daripada tokoh penulis ternama dan pengarang
akhbar antaranya ialah Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan, pemenang
Kategori Novel Remaja HSKU sebanyak tujuh kali iaitu Sri Rahayu Mohd. Yusop dan
Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain. Diharap dengan penganjuran
aktiviti seumpama ini, Kumpulan Utusan akan meneruskan legasi memartabatkan
sastera tanah air dan membuka ruang kepada para pengkarya untuk terus
menghasilkan naskhah berkualiti untuk diketengahkan kepada khalayak pembaca. Penganjuran
bengkel tersebut juga merupakan kesinambungan 30 tahun Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan yang berlangsung pada 20 Oktober lalu.
|
DATUK Dr. Anwar Ridhwan memberikan taklimat mengenai asas penulisan novel kepada para peserta. |
|
KHUSYUK.. para peserta memberikan tumpuan sepenuhnya tentang input penulisan novel dari penceramah. |
|
SRI Rahayu berkongsi pengalaman dan ilmu beliau tentang penulisan novel. |
|
PESERTA tidak melepaskan peluang merakam gambar penceramah semasa soal jawab berkaitan penulisan novel. |
|
PENGARANG Mingguan, Ku Seman Ku Hussein turut berkongsi ilmu dengan peserta. |
|
TANDA KENANGAN.. Ku Seman menyerahkan cenderamata kepada Sri Rahayu seusai majlis.
Kumpulan Utusan-UTeM gamatkan
Malam Puisi Utusan
4 November 2015 –
Kumpulan Utusan dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
telah menganjurkan Malam Puisi Utusan-UTeM yang diadakan di Dewan Besar UteM
baru-baru ini. Majlis yang bermula pada pukul 9.00 malam itu diserikan dengan
persembahan tarian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tangga Batu yang
merupakan Johan Lantai Cilik 2014 sebelum diikuti nyanyian oleh Penasihat
Undang-Undang UTeM, Azhar Mohamed yang menyampaikan lagu Ibnor Riza bertajuk
Mimpi Yang Tak Sudah.
Malam Puisi yang bertemakan
"Melestari Bumi Menjulang Manusiawi" menampilkan beberapa
pendeklamasi terkemuka antaranya Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan,
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Rozita Che Wan,
Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad serta isteri, Datin Halimah
Baba serta beberapa pendeklamasi dari Persatuan Penulis Melaka (PENAMA).
Pengarah Urusan Kumpulan,
Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas turut mempamerkan bakat terpendam
dalam seni puisi dengan mendeklamasikan puisi yang bertajuk ”Berita Kepada
Kawan”. Tidak ketinggalan memeriahkan majlis ialah persembahan memukau
barisan artis tanah air seperti Fynn Jamal, Kumpulan Kopratasa dan Caliph
Buskers yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton. Malam Puisi Utusan-UTeM
merupakan salah satu komitmen Kumpulan Utusan dalam melestarikan kesusasteraan
Melayu dan merupakan sebahagian daripada pengisian Minggu Sastera Utusan serta
kesinambungan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan yang berlangsung pada 20 Oktober
lalu.
Majlis gilang gemilang itu
turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Timbalan
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi,
Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Rawi Mahmud serta Timbalan Naib
Canselor UTeM, Prof. Dr. Mohd. Jailani Mohd. Nor, Pengerusi Jawatankuasa
Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi
negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pro Canselor UTeM, Datuk Ismail Saleh; Ketua
Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Timbalan Ketua Pengarang
Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.
|
SESAK.. para pelajar dan penonton memenuhi segenap ruang Dewan besar UTeM sebelum majlis bermula. |
|
DATUK Mohd Noordin Abbas (empat dari kiri) menyambut kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob. |
|
SASTERAWAN NEGARA, Datuk Dr. Zurinah Hassan mendeklamasikan puisi dan gurindam bertajuk 'Jampi Bangsaku' |
|
MEMUKAU.. Datuk Mohd Noordin Abbas turut mendeklamasi sebuah puisi yang bertajuk ' Berita Kepada Kawan' |
|
KUMPULAN Kopratasa turut hadir mendendangkan beberapa buat lagu buat penonton yang hadir.
|
PERSEMBAHAN memukau Fynn Jamal mendapat sorakan gemuruh para penonton. |
|
|
BERCAHAYA.. sinaran cahaya lampu dari para penonton menggamatkan lagi Malam Puisi Utusan-UTeM.
|
KEHADIRAN Rozita Che Wan yang mendeklamasi puisi turut mendapat sorakan gemuruh dari penonton. |
|
|
TANDA SIMBOLIK.. Tun Mohd Khalil Yaakob menyerahkan cenderamata kepada Datuk Mohd Noordin Abbas sebagai tanda kenang-kenangan. |
Pemeriksaan Kesihatan Yayasan
Kumpulan Utusan-Columbia Asia Hospital
4 November 2015 – Yayasan Kumpulan Utusan dengan kerjasama
Columbia Asia Hospital telah mengadakan pemeriksaan kesihatan untuk warga kerja
Kumpulan Utusan baru-baru ini di Dewan Besar Utusan Melayu. Majlis yang bermula
pada pukul 2.30 petang itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarang
Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamed. Sebelum pemeriksaan kesihatan dilakukan,
kakitangan terlebih dahulu diberi penerangan mengenai kesihatan mata oleh Pakar
Perunding Oftamologi, Dr. Dinesh Kumar. Selain itu, Datuk Othman turut
menyampaikan cenderahati kepada 60 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Rumah Amal
Cahaya Tunku Ampuan Rahimah Selangor dan Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan
Pembangunan Komuniti daerah Gombak yang turut hadir ke majlis tersebut.
|
DATUK Othman Mohamed (kiri) menyerahkan sumbangan kepada kanak-kanak dari Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah Selangor dan Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti daerah Gombak. |
|
SEORANG petugas Hospital Columbia Asia memeriksa mata seorang kakitangan Kumpulan Utusan. |
|
ANTARA Kakitangan yang hadir untuk memeriksa kesihatan masing-masing.
|
Majlis turut diserikan dengan 'maskot' burung yang menceriakan majlis. |
|
Pesta Konvo USIM 2015
6 – 9 November 2015 – Kumpulan Utusan sekali lagi bekerjasama
dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Pesta Konvokesyen
USIM Ke-13 yang telah diadakan baru-baru ini di Tapak Pesta Konvo, USIM. Antara
aktiviti menarik sepanjang pesta tersebut termasuklah jualan harga runtuh
produk Kumpulan Utusan, Cabutan Bertuah, Penebusan Hadiah Eksklusif,
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Memancing, Bengkel Wartawan Muda
dan lain-lain. Sambutan dari orang ramai amat menggalakkan walaupun hujan lebat
melanda. Tambah meriah, pesta konvokesyen kali ini diserikan dengan persembahan
artis tanah air iaitu Nora, Ayai Ilusi, Yatt Hamzah, Diana Amir dan ramai lagi.
|
SAHIDAN Jaafar menerangkan sesuatu kepada pelajar semasa Bengkel Wartawan Muda diadakan. |
|
PELBAGAI aktiviti diadakan, antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. |
|
PENGUNJUNG memenuhi ruang gerai jualan Utusan bagi menyemak nombor cabutan bertuah. |
|
ORANG ramai menyerbu gerai jualan majalan Utusan yang menawarkan harga jualan runtuh. |
|
SEORANG kakitangan menawarkan baju Pesta Konvo USIM 'limited edition' kepada pengunjung yang hadir. |
Moslema In Style International
Fashion Forward 2015 (MISIFF 2015)
7 -
8 November 2015 – Program Moslema In Style International Fashion Forward 2015
(MISIFF 2015) telah diadakan baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur. Acara bertaraf antarabangsa tersebut merupakan peragaan
fesyen berkonsepkan Muslimah dan akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan MEGA
merupakan media rasmi sempena program ini. Acara ini turut menampilkan pemenang
kedua Pertandingan Jarum Berlian Utusan-MARA 2014 yang memperagakan beberapa
fesyen muslimah.
|
ORANG ramai mengunjungi gerai jualan Utusan bagi mendapatkan harga potongan bagi majalah. |
|
CANTIK.. antara model yang terlibat dalam program MISIFF 2015. |
|
No comments:
Post a Comment