Sunday 29 November 2015

Tinta Online Vol 12/2015

Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara Bersama Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM)


25 November 2015 - Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara anjuran bersama akhbar Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali berdiskusi buat kali ketujuh pada hari rabu lalu. Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dikendalikan oleh Suhaimi Mohamed dari RTM sebagai moderator dan tiga orang panel iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak dari UUM, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharudin dari UUM bagi membincangkan tajuk "Keserantauan: Jiran atau sempadan".

PARA hadirin kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh barisan panel penceramah.

NAIB Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak (dua dari kiri) mengutarakan pandangan mengenai tajuk yang dibincangkan. 
PARA hadirin yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja UUM memenuhi dewan sebelum bermulanya majlis.
PENGURUS Jabatan Komunikasi Korporat, Nik Anura Nik Abdul Rahman (dua dari kiri) bergambar bersama moderator dan panel seusai majlis.

POSTER Program Advokasi Ilmuan Majlis Professor Negara anjuran bersama akhbar Utusan Malaysia dan RTM. 


Kunjungan Hormat FAMA ke Utusan Melayu


25 November 2015 – Seramai 10 orang Pengurusan Kanan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu baru-baru ini. Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusi FAMA, Tan Sri Dato’ Paduka Haji Badruddin Amiruldin dan Ketua Pengarah FAMA, Dato’ Ahmad Ishak. Antara tujuan lawatan adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama pintar Majlis Sambutan Ulang Tahun 50 Tahun FAMA yang akan diadakan di Dataran Merdeka selama tiga hari bermula 4 Disember ini. Rombongan tersebut disambut oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan beberapa Pengurusan Kanan Utusan Melayu. Semoga kunjungan ini dapat menjalinkan kerjasama dengan lebih erat dan merapatkan hubungan baik di antara kedua-dua belah pihak.


KUNJUNGAN MESRA.. Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin Amiruldin bersama rombongan pengurusan FAMA ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Melayu.
TAN Sri Dato' Paduka Haji Badruddin Amiruldin menyampaikan cenderamata kepada Datuk Othman Mohamed sambil disaksikan Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan FAMA.

TANDA KENANGAN.. Datuk Othman Mohamed turut menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin Amiruldin.
BARISAN Pengurusan FAMA dan Utusan Melayu bergambar bersama sebagai tanda kenangan. 

No comments:

Post a Comment