Tuesday 5 January 2016

Tinta Online Volume 1/2016

Taklimat Khas Kakitangan UMMB

30 Disember 2015 – Satu Taklimat Khas Kakitangan UMMB telah diadakan pada hari Rabu lepas di Dewan Besar, Ibu Pejabat Utusan Melayu. Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas bertujuan memberi makluman kepada semua kakitangan berhubung prestasi Syarikat dan langkah-langkah yang akan diambil bagi menghadapi cabaran yang mendatang.
Dalam taklimat tersebut, Datuk Mohd Noordin Abbas menyeru kepada semua kakitangan supaya terus berusaha dengan lebih gigih dan bekerja keras bagi memastikan Syarikat dapat menambah pendapatan serta kekal optimis bagi menghadapi tahun 2016 yang dijangka penuh badai dan cabaran.
Pada masa yang sama, Datuk Mohd Noordin Abbas turut mengumumkan berita gembira tentang pemberian dua bulan bonus kepada semua kakitangan yang layak bagi menghargai komitmen dan membantu meringankan beban untuk membeli kelengkapan dan perbelanjaan akhir tahun, memandangkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat. Bonus akan diberikan secara berperingkat iaitu satu bulan bonus dibayar pada 31 Disember 2015, manakala satu bulan lagi akan dibayar dalam suku pertama tahun 2016.

Selain itu, Syarikat juga berbesar hati untuk memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada 57 orang anak-anak yatim Kumpulan Utusan yang berumur 17 tahun kebawah di seluruh Malaysia dan turut bercadang untuk bekerjasama dengan pihak Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi mewujudkan biasiswa kepada anak-anak warga kerja Kumpulan Utusan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah di IPTA.

BERSEMANGAT.. Datuk Mohd Noordin Abbas ketika menyampaikan taklimat kepada kakitangan di Dewan Besar Ibu Pejabat Utusan Melayu. 

SORAKAN GEMBIRAAN.. reaksi kakitangan ketika Datuk Mohd Noordin mengumumkan berita gembira. 

ANTARA Kakitangan yang hadir memenuhi segenap ruang dewan bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas. 

DATUK Mohd Noordin Abbas (tiga dari kanan) berbual mesra bersama Datuk Othman Mohamad (dua dari kanan) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (dua dari kiri).


Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my


No comments:

Post a Comment