Monday 13 February 2017

Tinta Online Volume 1/2017 - 13 Februari 2016

Wacana Bahasa Melayu Wasiat ke-6 Raja-Raja Melayu

19 Januari 2017 (Khamis) – Kumpulan Utusan dengan kerjasama Majlis Perundingan Melayu dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) telah mengadakan satu sidang Wacana Bahasa Melayu Wasiat ke-6 Raja-Raja Melayu bertempat di Dewan Utusan, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sidang Wacana yang bermula pada pukul 10 pagi itu dikendalikan oleh Dato’ Dr. Firdaus Abdullah sebagai Pemudah Cara majlis dan turut menampilkan 3 orang panel iaitu Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Penganalisis Politik, Datuk Dr. Zainal Kling dan peguam, Fatihah Iliani Jamhari.
        Sidang Wacana ini tampil dengan resolusi yang menggariskan 18 perkara bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini dibuat sebagai menyokong titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada 5 Oktober tahun lalu yang ingin menyeru  kerajaan lebih bijaksana melakukan pertimbangan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak tergadai dalam hasrat mahu membangunkan sumber manusia yang bersifat global.

        Majlis turut diserikan dengan acara penyampaian hadiah kepada para panelis serta Pemudah Cara oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak. Turut hadir ke majlis ialah Prof. Dato’ Dr. Hassan Mad, Setiusaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Datuk Zainal Abidn Borhan, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Datuk Othman Mohamad, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan serta sasterawan Negara, Dato’ Mohd Anwar Rethwan dan Dato’ Zurinah Hassan.

Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (dua dari kiri) mengulas isu yang dibincangkan.

Tetamu dan panelis bergambar bersama seusai majlis berlangsung.

Pengurusan Kanan Utusan Melayu bergambar kenangan bersama para panelis dan pemudah cara.

Datuk Mohd Noordin Abbas (tiga dari kir) menyampaikan cenderamata kepada Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (kiri).

Antara tetamu yang hadir ke majlis wacana yang berlangsung di Dewan Utusan.

Dato' Dr. Firdaus Abdullah sebagai pemudah cara majlis memberikan pendapat ketika majlis sedang berlangsung.

Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak memberikan sepatah dua kata ketika majlis berlangsung.

Fatihah Iliani Jamhari membahas isu yang dibincangkan.

Salah satu daripada para tetamu memberikan pendapat ketika sesi soal tanya kepada para panelis.

Majlis Doa Untukmu Rohingya

1 Januari 2017 (Ahad) – Krisis kemanusian yang melanda Rohingya di Rakhine terus mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila lebih seribu pejuang seni malaysia berhimpun menyatakan rasa prihatin dengan nasib malang yang menimpa mereka menerusi program Doa untukmu Rohingya yang telah diadakan di Laman Santai, Istana Budaya.
Acara yang berlangsung selama 10 jam tanpa henti bermula pukul 2.00 petang hingga 12.00 tengah malam itu Berjaya menghimpunkan selebriti, seniman, pelukis, pemuzik dan pemuisi. Antara selebriti  yang tampil mendeklamasi puisi serta menghiburkan penonton ialah Amy Search, ErraFazira, Rozita Che Wan, Zarul Umbrella, Sahara Yaacob, IzreenAzminda, Johan As'ari, Azharina, Rabbani, Siti Sarah dan ramai lagi.
Pelbagai aktiviti dipersembahkan antaranya bacaan puisi serta nyanyian lagu kemanusiaan dan kerohanian. Acara turut disulam dengan ucapan, pertunjukan visual dan muzik penerangan tentang keadaan di Rakhine serta nyanyian lagu keagamaan dan kemanusiaan.
Turut hadir memeriahkan majlis,Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas serta Sasterawan Negara, Prof Dr. Lee Swee Ting.

Acara amal tersebut diadakan bertujuan untuk mengumpul dana daripada penajaan pelbagai pihak untuk disalurkan kepada tabung yang telah diwujudkan oleh Kumpulan Utusan iaitu Tabung Rohingya Utusan-TH serta menyuntik rasa prihatin terhadap nasib yang dihadapi oleh masyarakat Rohingya.

MEMUKAU.. Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) turut mendeklamasi sebuah puisi.

Artis tanah air, Erra Fazira turut turun padang bersama-sama rakan artis dan pemuisi dalam menjayakan Majlis Doa Untukmu Rohingya.

Tengku Khalidah Tengku Bidin bersemangat ketika mendeklamasi puisi dihadapan ribuan penonton di Istana Budaya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (kanan) bersama Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Tetamu dan pendeklamasi berdoa demi kesejahteraan warga Rohingya di Myanmar.

Lawatan Technology Park Malaysia ke Utusan Melayu
11 Januari 2017 (Rabu) – Seramai 12 kakitangan Technology Park Malaysia (TPM) telah mengadakan lawatan di Ibu Pejabat Utusan Melayu. Lawatan diketuai oleh Pengerusi Technology Park Malaysia, Datuk Ahmad Fauzi Zahari disambut oleh wakil Kumpulan Utusan iaitu Timbalan Ketua Pengarang, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed.
        Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua organisasi berkenaan selain meninjau operasi penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.Dalam lawatan tersebut, pihak Technology Park Malaysia turut menyampaikan cektajaan akhbarTutor bernilai RM49,266 iaitu sebanyak 2,000 naskhah untuk disalurkan kepada 18 buah sekolah di Parlimen Setiawangsa. Acara penyerahan tajaan tersebut disampaikan oleh Datuk Ahmad Fauzi Zahari kepada Datuk Othman Mohamad.
        Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Ir. Mohd. Azman Shahidin, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Kewangan Korporat dan Perkhidmatan Pengurusannya, Sharbani Harun dan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan Korporat, Zulkifli Fitri Ismail.
Jamal Ahmed (empat dari kiri) menyambut delegasi Technology Park Malaysia setibanya di Ibu Pejabat Utusan Melayu.

Perbincangan tertutup diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang sebelum dibawa melawat ke meja pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo!

Datuk Ir. Mohd Azman Shahidin menyampaikan replika cek tajaan kepada Datuk Othman Mohamad sambil diperhatikan oleh pengurusan kanan Utusan Melayu dan TPM.

Lawatan Pelajar Politeknik Port Dickson ke Kompleks Sri Utusan


17 Januari 2017 (Selasa) – Seramai 40 orang pelajar jurusan Pemasaran, Politeknik Port Dickson berserta pensyarah mengadakan lawatan ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi. Lawatan itu bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai proses percetakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknologi percetakan akhbar pada masa kini. Lawatan tersebut disambut oleh Pengurus Pentadbiran, Tuan Haji Azemi Azizan dan Eksekutif Kanan Pengeluaran, Wan Mohamed Redza. Selain dibawa melawat ke kawasan kilang, para pelajar turut diberi penerangan mengenai proses jualan akhbar dan pemasaran produk-produk Utusan Melayu oleh Pengurus Pengedaran Jabatan Pemasaran, Mohd. Fahmi Asraf Khan. Diharapkan lawatan tersebut dapat membuka minda pelajar-pelajar untuk merancang kerjaya mereka pada masa hadapan serta membantu pembelajaran mereka.

Wan Mohamed Redza memberi taklimat dan penerangan tentang proses percetakan akhbar di Loji Percetakan Sri Utusan.

Tuan Haji Azemi Azizan, Pengurus Pentadbiran memberikan kata-kata aluan sebelum lawatan bermula.

TEKUN.. para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya taklimat yang disampaikan oleh Wan Mohamed Redza.

Mohd. Fahmi Asraf Khan turut memberikan taklimat kepada pelajar mengenai proses jualan akhbar dan majalah serta pemasaran produk-produk Kumpulan Utusan.

Wan Mohamed Redza, Eksekutif Kanan Pengeluaran menyampaikan cenderamata kepada pensyarah pelajar lawatan.

Pelajar, pensyarah serta kakitangan  Utusan bergambar kenangan di pintu masuk Kompleks Sri Utusan.


Promosi Santan AirAsia Bersama Kakitangan Kumpulan Utusan


12 Januari 2017 (Khamis) - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia telah mengadakan promosi Santan iaitu menu baru hidangan kombo dalam penerbangan AirAsia kepada kakitangan Kumpulan Utusan. AirAsia memperkenalkan lima hidangan kombo Santan termasuk menu baharu iaitu Kari Udang Nyonya bersempena sambutan Tahun Baharu Cina. Sebanyak 350 pek makanan kombo tersebut mula diedarkan kepada kakitangan bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Kakitangan Utusan, Noorhayati Darus mengambil peluang bergambar bersama pramugari AirAsia.


Antara menu kombo yang disediakan khas buat kakitangan Kumpulan Utusan.

Warga kerja Kumpulan Utusan beratur panjang bagi mendapatkan menu kombo percuma dari AirAsia.

Sekitar pemberian menu kombo percuma kepada kakitangan Kumpulan Utusan di pintu masuk Ibu Pejabat Utusan.

'Foodtruck' yang disediakan oleh AirAsia ketika promosi diadakan di sekitar Ibu Pejabat Utusan.

Kakitangan Kumpulan Utusan turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pramugari AirAsia.

Pengurus Kanan Kewangan, Wahid Idris, sempat posing selepas mengambil makanan yang disediakan di atas trak AirAsia.


Retreat Jabatan Pemasaran 2016

Jabatan Pemasaran telah mengadakan Mesyuarat Tahunan Jabatan Pemasaran dan Retreat 2016 selama 3 hari 2 malam di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat pada 21 dan 22 Disember 2016. Seramai 42 peserta yang terdiri daripada eksekutif-eksekutif Jabatan Pemasaran telah menghadirkan diri bagi mengikuti program ini. Pelbagai  aktiviti telah dilakukan antaranya ‘Sales Hunt’ bagi melihat prestasi semasa Eksekutif Jualan dan bagaimana cara untuk mendapatkan jualan.
Pada sebelah malam, Majlis Makan Malam telah diadakan yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak. Majlis yang bertemakan ‘Mr. & Mrs. Clone’ telah dimeriahkan lagi dengan acara pemperkenalkan watak masing-masing bagi 8 orang yang terpilih bagi merebut gelaran Mr. Clone dan Mrs. Clone terbaik. Bagi kategori Mrs. Clone telah dimenangi oleh Salwa Masri yang memilih watak Permaisuri manakala Mr. Clone pula dimenangi oleh Rashid Omar yang membawakan watak Pirate of the Caribbean. Selain itu juga, majlis turut diserikan dengan acara pertandingan karaoke yang dibahagikan kepada 5 kumpulan bagi setiap kategori duet dan berkumpulan.
Acara diteruskan lagi dengan penganugerahan Jualan Pukal Tertinggi bagi Tahun 2016 yang dimenangi oleh Mohd Firdaus Sabli tempat ketiga, Celestina Ubing bagi tempat kedua, manakala Khairul Nizam Mohd Noor tempat pertama. Majlis Makan Malam tamat pada pukul 12:00 malam.


CANTIK.. ratu Pemasaran mengambil peluang untuk berswafoto dengan gaya Qu Puteh.. kalau tidak berswafoto rugi katanya.

Antara kakitangan yang bergaya dengan penampilan masing-masing.

Kakitangan Pemasaran segak dengan persalinan kostum adiwira masing-masing.

Riadah pagi, antara aktiviti yang dijalankan.

Kakitangan Pemasaran bergambar kenangan di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat.

Datuk Abdul Azizi Ishak (tengah) bersama kakitangan Pemasaran bergambar kenangan bersama.

Juara Street Sales Hunt.

Naib Juara Street Sales Hunt.

Juara Mr & Mrs Clone, Salwa Masri (kiri) dan Rashid Omar (kiri).

Swafoto dengan gaya watak clone masing-masing.

Datuk Abdul Aziz Ishak (kanan) dan Rosman Zulkifli (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pakaian terbaik.


Malam Rock & Roll Jabatan Pemasaran 2016

Majlis Makan Malam Jabatan Pemasaran telah diadakan pada 7 Januari lalu bertempat di Kafeteria Sri Utusan Bangi. Majlis yang bertemakan Rock & Roll itu bermula seawal pukul 5.00 petang dan telah dihadiri oleh semua kakitangan Jabatan Pemasaran Bangi.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis berlangsung antaranya acara karaoke oleh setiap unit, pakaian terbaik, cabutan bertuah dan permainan. Acara dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Jabatan Pemasaran & Pengedaran iaitu Rosman Zulkifli. Selain dijamu dengan pelbagai hidangan, majlis diserikan dengan acara pakaian terbaik yang dimenangi oleh Nurul Nadhirah Zainudin bagi kategori wanita manakala Mohd Asra Adlan Mohd Asri bagi kategori lelaki.
Majlis turut memberi penganugerahan Kakitangan Terbaik kepada Mohd Nawar Mohd Mokhtar bagi kategori lelaki manakala kategori wanita dimenangi oleh Adibah Ali. Bagi acara karaoke pula, juara dimenangi oleh unit Operasi Siang dan naib juara dimenangi oleh unit E-Paper. Majlis Makan Malam Jabatan Pemasaran Bangi berakhir pada pukul 10:30 malam.


Tahniah.. tuah ayam nampak di kaki, tuan Nadhirah Zainuddin menang pakaian terbaik Rock & Roll.

JANUARY BABIES.. Acara memotong kek oleh sebahagian kakitangan Jabatan Pemasaran yang menyambut ulang tahun kelahiran.

AMBOI.. abang-abang Pemasaran pantang nampak kamera.. terus posing bergaya.

MEMUKAU.. Rosman Zulkifli (kanan) berada vokal bersama isteri tercinta Siti Aishah Othman (kiri) semasa acara karaoke berlangsung.

ROCK BEB! antara gaya rock digayakan beberapa kakitangan ketika malam Rock & Roll 2016.

Kakitangan Terbaik Jabatan Pemasaran, Adibah Ali (kanan) menerima hadiah daripada Rosman Zulkifli (kiri).

Susun Cawan paling cepat, antara aktiviti yang dijalankan.

Rosman Zulkifli (kiri) menyampaikan hadiah kepada Kakitangan Terbaik Jabatan Pemasaran, Mohd Nawar Mohd Mokhtar.

Juara Pertandingan Karaoke, Kumpulan Operasi Siang bergambar kenangan bersama Rosman Zulkifli (tengah).

________________________________________________________________________________





Datuk Abdul Aziz Ishak (kanan) menyampaikan sepatah dua kata sebelum jamuan makan.


Datuk Abdul Aziz Ishak (kiri) menyampaikan pingat kepada Aizul A. Majid (kanan) setelah pasukan Solomon FC dinobatkan sebagai juara Piala Ketua Pengarang 2016.

Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat, Rahmah Sulaiman (dua dari kanan) turut tersenarai 10 orang terbaik dalam pertandingan Biggest Loser Utusan. 

Datuk Othman Mohamad (kiri) menyampaikan hadiah kepada Juara Utusan Biggest Loser, Mohd Shakawi Said (tiga dari kanan).

Datuk Abdul Aziz Ishak (tenagh) bersama kakitangan Jabatan Pengarang bergambar kenangan bersama.

Acara memotong kek.

Aizul A. Majid menghiburkan tetamu dengan beberapa buah lagu.

Kakitangan Jabatan Pengarang bergambar di salah satu booth yang disediakan semasa majlis makan malam berlangsung.

Juara Lawak Solo, Mohamad Danial Mohd Zaini turut hadir memeriahkan suasana majlis. 


Taklimat Khas Kakitangan UMMB

30 Disember 2016 (Jumaat) – Satu Taklimat Khas Kakitangan UMMB telah diadakan di Dewan Utusan, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Taklimat yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas itu bertujuan untuk memberi makluman kepada semua kakitangan berhubung prestasi Syarikat dan langkah-langkah yang akan diambil bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

Dalam taklmat tersebut, Datuk Mohd Noordin Abbas menyeru kepada semua kakitangan supaya terus berusaha dengan lebih gigih dan bekerja keras bagi memastikan Syarikat dapat menambah pendapatan serta kekal optimis bangi menghadapi tahun 2017. Pada masa yang sama Datuk Mohd Noordin Abbas turut mengumumkan berita gembira tentang pemberian satu bulan bonus kepada semua kakitangan yang layak bagi menghargai komitmen dan membantu meringankan beban untuk membeli kelengkapan dan perbelanjaan akhir tahun memandangkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat. Bonus akan diberikan secara peringkat iaitu RM500 akan dibayar pada 6 Januari  2017, manakala selebihnya akan dibayar bersama gaji bulan Januari.  


Kakitangan mendaftar kehadiran sebelum masuk ke dalam dewan untuk sesi taklimat.

Nyanyian lagu Negaraku dan Suara Keramat.

Datuk Mohd Noordin Abbas menyampaikan taklimat kepada kakitangan di Dewan Utusan. 

Antara kakitangan yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas. 


Majlis Pelancaran Wajah Baru Harmoni & Infiniti

16 Disember 2016 (Jumaat) – Dua majalah terbitan Utusan Karya Sdn Bhd iaitu Harmoni dan Infiniti melancarkan wajah baru muka hadapan sempena keluaran Januari 2017. Bukan sekadar menampilkan perbezaan di muka hadapan, malah setiap ruangan dan konsep majalah turut diperbaharui agar lebih bergaya, informatif, trendy serta dekat di hati pembaca.
Majlis Pelacaran Wajah Baharu tersebut telah berlangsung di Dewan Besar Utusan Melayu, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak. Turut hadir ialah pelakon popular tanah air, Rita Rudaini yang menjadi penghias muka depan majalah Harmoni isu Januari 2017. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Haiza, Haziq, Syamel dan Zarul Umbrella.
Majalah Harmoni mula diterbitkan sejak tahun 2004. Ia merupakan majalah berkonsepkan kekeluargaan dan kewanitaan meliputi kehidupan serta rutin harian dalam masyarakat. Sementara itu Infiniti pula menjurus ke arah sains fiksyen menggabungkan x-fail, ilusi serta realiti dunia sains. Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hassan Mohd. Noor, Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn Bhd, Arffin Nordin.

Majlis itu juga menyaksikan Pengasas DMS 360, Datuk Seri Mohamad Ruslan Shah menyerahkan cek replika bernilai RM5,000 untuk tabung Rohingya Utusan-Tabung Haji kepada Datuk Abdul Aziz Ishak.

Pelakon, Rita Rudaini yang menjadi penghias muka depan majalah Harmoni bergambar bersama maskot Transformer, Bumblebee.

Majlis pelancaran berjalan dengan lancar diserikan dengan maskot TransformerBumblebee.

Datuk Seri Mohamad Ruslan Shah (dua dari kanan) menyerahkan replika cek kepada Datuk Abdul Aziz Ishak (dua dari kiri).

Tetamu membelek majalah Harmoni ketika hadir ke majlis pelancaran. 

Kakitangan UKSB posing bersama majalah Infiniti dan Harmoni yang kini berwajah baharu. 

Datuk Abdul Aziz Ishak bersama Pengurusan Kanan Utusan Melayu, UKSB dan Pelakon Rita Rudaini menunjukkan Wajah Baharu majalah Infiniti dan Harmoni selepas majlis pelancaran.

Pertunjukan fesyen turut diadakan semasa majlis berlangsung. 

Maskot Transformers, Bumblebee menghiburkan tetamu.

Penyanyi Haiza turut hadir menghiburkan tetamu dengan celotehnya.

Tabung Kemanusiaan Aceh dilancar

Putrajaya - 21 Disember 2016 (Rabu) - Prihatin terhadap nasib penduduk Aceh, Indonesia yang dilanda gempa bumi baru-baru ini, Kumpulan Utusan bersama beberapa badan berkaitan Islam tampil menghulurkan bantuan. Tabung yang ditubuhkan bersama oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP), Kumpulan Utusan dan TV AlHijrah, khusus bagi membantu mereka yang terlibat dalam tragedi 7 Dis lepas itu dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Inisiatif yang dilakukan adalah menerusi penubuhan Tabung Kemanusiaan Acheh bagi mengumpul dana untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk-penduduk wilayah terbabit yang memerlukan. Sebanyak RM289,360 setakat ini telah dikutip menerusi sumbangan dari Tabung Haji, Yapeim Gold, Koperasi Yapeim Berhad, Yayasan Taqwa MAIWP , Hospital Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan warga kerja Yapeim. Bantuan boleh disalurkan melalui 208 cawangan Ar-Rahnu Yapeim, 123 cawangan Tabung Haji, pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) Bank Islam dan kutipan di masjid-masjid.


Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas serta Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak. 

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yapiem melalui akaun Bank Islam 14023010000082. Aceh pada 7 Disember lalu telah digegarkan dengan gempa bumi kuat pberukuran 6.4 skala Richter yang mengorbankan 102 nyawa. Dilaporkan, daerah Pidie Jaya paling teruk terkesan akibat gempa bumi itu.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tengah) melancarkan Tabung Kemanusiaan Aceh di Bangunan Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyampai ucapan aluan ketika majlis berlangsung. 

Salah seorang wakil penyumbang menyampaikan replika cek sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Mohd Noordin Abbas (empat dari kanan) bersama-sama wakil syarikat yang menyumbang di dalam Tabung Kemanusian Acheh bergambar kenangan seusai majlis berlangsung.

Mengisi Tabung Rohingya Utusan-TH

28 Disember 2016 (Rabu) – Prihatin dengan kesengsaraan etnik Rohingya ditindas di Myanmar, TH Travel &Services tampil menghulurkan sumbangan menerusi Tabung Rohingya Utusan-Tabung Haji (TH). Sumbangan sebanyak RM5,000 itu disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar TH Travel & Services, Mohd Yusof Wadi kepada Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dalam satu majlis ringkas yang telah diadakan di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.


 
Mohd Yusof Wadi (kanan) menyampaikan cek kepada Datuk Zulkefli Hamzah (tengah) sambil diperhatikan oleh Jamal Ahmed (kiri).

Pendaki Solo 'Tawan' Menara KL

23 Disember 2016 (Jumaat) – Jurufoto Utusan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin berjaya memperbaharui pencapaiannya dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya mendaki tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali tanpa henti selama 24 jam menerusi misi Kopi Pak Belalang KL Tower Staircase Climbing 2016.
Mohd Noor yang memulakan misi Kopi Pak Belalang KL Tower Staircase Climbing 2016 pada pukul 9.05 pagi semalam, telah naik dan turun 2,058 anak tangga Menara KL sebanyak 21 kali sebelum 9.29 pagi ini, dengan mengambil rehat 25 minit untuk menunaikan solat Jumaat.
Mohd Noor turut memasang impian mencipta rekod dunia di gunung tertinggi negara iaitu Gunung Kinabalu dan rekod Malaysia di Banjaran Himalaya dalam tempoh April hingga Okt 2017, namun ia masih di peringkat perancangan.
Sebagai rekod, anak kelahiran Terengganu itu pernah diiktiraf sebagai Pendaki Solo 50 kali bersempena Kemerdekaan Negara ke-50 (2007), Pendakian Tangga Tanpa Henti selama 24 Jam Menara KL sebanyak 20 kali (2008), Pendakian Solo 111 kali Gunung Kinabalu 1Malaysia (2010) dan mendaki Gunung Kinabalu selama 57 jam tanpa henti bersempena Hari Kemerdekaan ke-57 (2014).

Turut hadir pada majlis berkenaan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Zubir Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Meor Shahril Anuar dan pengasas Kopi Pak Belalang, Datuk Seri Dr Rozaini Hasan.

Pendaki Solo Mohd Noor Mat Amin menunjukkan sijil yang diterima setelah berjaya mendaki tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali tanpa henti untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Recorda di Menara Kuala Lumpur pada 24 Disember 2016.

Mohd Noor Mat Amin (kanan) menunjukkan isyarat bagus ketika menerima sijil daripada Malaysia Book of Records.




Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my

No comments:

Post a Comment