Monday 28 December 2015



Kunjungan Hormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

23 Disember 2015 – Kumpulan Utusan buat julung-julung kalinya menganjurkan perlawanan ping pong persahabatan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di ruang legar Ibu Pejabat Utusan Melayu pada hari Rabu lalu. Acara itu diadakan sempena kunjungan hormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ke Ibu Pejabat Utusan Melayu. Kunjungan tersebut disambut Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin.

                Sebanyak lima perlawanan melibatkan beregu lelaki dan perseorangan berlangsung termasuk perlawanan antara Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Saingan sengit tersebut berakhir apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menewaskan Kumpulan Utusan  dengan pungutan mata sebanyak 3-2 sekali gus membawa pulang piala, pingat dan hamper.

                Tambah meriah, acara turut diserikan dengan kehadiran pemain skuasy negara, Azlan Iskandar dan wakil daripada Kelab UMNO Luar Negara. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Abdul Rahman Ismail dan warga kerja Kumpulan Utusan.

DATUK Ahmad Shabery Cheek (dua dari kiri) disambut oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan), Datuk Abdul Aziz Ishak (tiga dari kiri) dan Datuk Othman Mohamad (kanan).

RAKAM KENANGAN.. Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Ahmad Shabery Cheek bergambar bersama pemain sebelum acara bermula. 

SAINGAN SENGIT.. Datuk Ahmad Shabery Cheek menanti pukulan balas dari Datuk Mohd Noordin Abbas.

SEMANGAT.. Perlawanan beregu di antara kakitangan Kumpulan Utusan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

JUARA.. Datuk Mohd Noordin menyampaikan cenderamata dan piala kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek selepas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjuarai Perlawanan Ping Pong Persabahatan di Dewan Besar Utusan Melayu. 

KAKITANGAN Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjulang piala yang dimenangi.


Majlis Ramah Mesra & Makan Tengahari Bersama Pengerusi Utusan Melayu


14 Disember 2015 - Satu Majlis Ramah Mesra dan Makan Tengah Hari Bersama Pengerusi Bukan Eksekutif Utusan Melayu telah diadakan pada hari Isnin lalu bertempat di Dewan Besar Ibu Pejabat Utusan Melayu. Sesi ramah mesra diadakan dalam suasana yang penuh meriah itu bertujuan bagi meraikan kehadiran Dato' Mohamad Fatmi Hj Che Salleh yang berkhidmat di Utusan Melayu berkuatkuasa pada 1 Disember lalu. Antara tetamu yang hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu dan sebilangan besar warga kerja Ibu Pejabat Utusan Melayu. Sebelum menjamu makan tengah hari, Dato' Mohamad Fatmi turut menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada semua kakitangan supaya terus memperkuat dan memperkasakan usaha bagi memajukan Utusan Melayu ke arah yang lebih cemerlang. Dato' Mohamad Fatmi turut bergambar bersama semua kakitangan sebelum majlis berakhir pada pukul 2.00 petang.

SESI BERGAMBAR bersama kakitangan Ibu Pejabat Utusan Melayu 

DATO' Mohamad Fatmi (empat dari kanan) bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu.

DATO' Mohamad Fatmi turut menyampaikan amanat dan kata-kata semangat buat semua warga kerja Utusan Melayu.

MESRA.. Dato' Mohamad Fatmi (kiri) berbual dengan beberapa kakitangan sebelum majlis bermula.

PENGURUS Kanan Audit Dalaman, Puan Faridah Hashim (dua dari kiri) sempat menyapa Daro' Mohamad Fatmi seusai majlis berlangsung. 


Program Advokasi Ilmuan Majlis Profesor Negara Bersama Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia

17 Disember 2105 - Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara anjuran bersama akhbar Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali berdiskusi buat kali kelapan dan terakhir bagi tahun ini pada hari khamis lalu. Forum kali ini berkongsi fikiran daripada tiga panelis terkemuka antaranya Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Shahrin Sahib, Ketua Polis Melaka, Datuk Ruslan Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity, Dr. Zahri Yunus bagi membincangkan tajuk "Media Sosial: Positif atau Negatif?" Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dikendalikan oleh Pengacara Televisyen RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar yang bertindak sebagai pemudahcara.


NAIB Canselor UTeM, Prof. Dr. Shahrin Sahib (dua dari kiri) menyuarakan pendapat dan mengupas tajuk yang dibentangkan.

BARISAN panelis bergambar bersama seusai majlis berlangsung. 

SAYED Munawar Sayed Mohd. Mustar (kiri) bersedia untuk mengajukan soalan kepada para panelis.

LAGU Nyanyian Negaraku dimainkan sebelum majlis bermula. 

Tuesday 15 December 2015

Tinta Online Volume 14/2015


KUB Taja Edaran Utusan Malaysia


8 Disember 2015 – KUB Malaysia Berhad (KUB) meneruskan tradisinya buat tahun kelima dengan menaja 8,350 naskah akhbar Utusan Malaysia yang bernilai RM10,000 untuk diedarkan kepada para pengunjung bersempena Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Naskah akhbar tersebut diedar secara percuma setiap hari sepanjang perhimpunan itu. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengurus Besar Pemasaran dan Pengedaran Utusan, Rosman Zulkifli yang mewakili Utusan. Manakala, KUB diwakili oleh Pengerusi KUB, Datuk Ahmad Ibnihajar, Presiden dan Pengarah Urusan KUB, Datuk Abdul Rahim Mohd. Zin, dan Ahli Lembaga Pengarah KUB, Datuk Jamelah A. Bakar. 



DATUK Ahmad Ibnihajar (dua dari kiri) bersama Datuk Abdul Rahim Mohd. Zin (kiri) dan Datuk Jamelah A. Bakar menyampaikan replika tajaan akhbar Utusan Malaysia kepada Datuk Hassan Mohd Noor. 

SEBANYAK 8,350 naskah akhbar Utusan Malaysia yang bernilai RM10,000 diedarkan secara percuma sempena Persidangan Agung UMNO yang diadakan di PWTC. 


Lawatan Kerja Pengerusi Utusan Melayu


7 Disember 2015 – Pengerusi Bukan Eksekutif Utusan Melayu, Dato' Mohamad Fatmi Che Salleh telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Utusan Melayu pada hari Isnin lepas. Dalam lawatan kerja tersebut, beliau turut beramah mesra dengan kakitangan dan melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo! bagi melihat secara dekat tentang operasi penerbitan berita. Dato' Mohamad Fatmi dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berkuatkuasa pada 1 Disember lalu menggantikan Tan Sri Hashim Makaruddin yang meletak jawatan pada 1 Januari 2015. Semoga kehadiran Dato' Mohamad Fatmi ke Utusan Melayu dapat menyemarakkan lagi iltizam, memperkuatkan tekad dan memperkasakan ikhtiar bagi memajukan dan mengangkat taraf Utusan Melayu ke tahap yang lebih cemerlang.



Lawatan Ketua Penerangan UMNO bersama Finalis Pidato Piala Presiden


7 Disember 2015 – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan 15 Finalis Pidato Piala Presiden telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu baru-baru ini.  Antara tujuan lawatan adalah bagi menjalin hubungan mesra bersama seluruh warga kerja akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! serta memperkenalkan 15 Finalis yang akan berentap dalam Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO di pentas akhir pada Persidangan UMNO yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 Disember 2015. Rombongan disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang 1, Datuk Zaini Hassan, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd Noor dan beberapa Pengurusan Kanan Utusan Melayu.

RAMAH MESRA.. Datuk Ahmad Maslan mengadakan pertemuan bersama Pengurusan Kanan Utusan Melayu di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang. 

DATUK Ahmad Maslan menyampaikan sepatah dua kata ketika meninjau meja Media Baharu Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. 

Datuk Abdul Aziz Ishak menyampaikan cenderamata kepada Datuk Ahmad Maslan sambil disaksikan oleh beberapa Finalis Pidato Piala Presiden. 

Datuk Ahmad Maslan (tengah) bersama Pengurusan Kanan Utusan Melayu ketika lawatan bersama Finalis Pidato Piala Presiden di Ibu Pejabat Utusan Melayu.


Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my




Friday 4 December 2015

Tinta Online Volume 13/2015


Kunjungan Hormat ANTARA ke Utusan Melayu


03 Disember 2015 – Delegasi dari Lembaga Kantor Berita Nasional ANTARA Indonesia telah mengadakan kunjungan hormat ke Utusan Melayu. Kunjungan tersebut diketuai oleh Direktur Utama LKBN ANTARA, Saiful Hadi. Turut hadir Ahli Majlis Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia - Indonesia (ISWAMI), Sabaruddin Sabri. Antara tujuan lawatan adalah bagi membincangkan kerjasama perkongsian maklumat berkaitan dengan promosi pelancongan. Rombongan disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd Noor, Pengarang Kosmo! Datuk Baharom Mahusin dan beberapa Pengurusan Kanan Utusan Melayu. Semoga kunjungan ini dapat menjalinkan kerjasama dengan lebih erat dan merapatkan hubungan baik di antara kedua-dua belah pihak.


KUNJUNGAN MESRA.. Saiful Hadi bersama delegasi LKBN ANTARA ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Melayu.

DATUK Abdul Aziz Ishak menyampaikan cenderamata kepada Mantan Dirjen Komunikasi, Freddy Tulung 

DELEGASI turut dibawa ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia bagi melihat secara dekat operasi akhbar Utusan Malaysia. 

DATUK Baharom Mahusin (empat dari kiri) menyampaikan replika cek penajaan khabar dari Indonesia kepada Direktur Utama LKBN ANTARA, Saiful Hadi.