Monday 28 December 2015


Majlis Ramah Mesra & Makan Tengahari Bersama Pengerusi Utusan Melayu


14 Disember 2015 - Satu Majlis Ramah Mesra dan Makan Tengah Hari Bersama Pengerusi Bukan Eksekutif Utusan Melayu telah diadakan pada hari Isnin lalu bertempat di Dewan Besar Ibu Pejabat Utusan Melayu. Sesi ramah mesra diadakan dalam suasana yang penuh meriah itu bertujuan bagi meraikan kehadiran Dato' Mohamad Fatmi Hj Che Salleh yang berkhidmat di Utusan Melayu berkuatkuasa pada 1 Disember lalu. Antara tetamu yang hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu dan sebilangan besar warga kerja Ibu Pejabat Utusan Melayu. Sebelum menjamu makan tengah hari, Dato' Mohamad Fatmi turut menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada semua kakitangan supaya terus memperkuat dan memperkasakan usaha bagi memajukan Utusan Melayu ke arah yang lebih cemerlang. Dato' Mohamad Fatmi turut bergambar bersama semua kakitangan sebelum majlis berakhir pada pukul 2.00 petang.

SESI BERGAMBAR bersama kakitangan Ibu Pejabat Utusan Melayu 

DATO' Mohamad Fatmi (empat dari kanan) bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu.

DATO' Mohamad Fatmi turut menyampaikan amanat dan kata-kata semangat buat semua warga kerja Utusan Melayu.

MESRA.. Dato' Mohamad Fatmi (kiri) berbual dengan beberapa kakitangan sebelum majlis bermula.

PENGURUS Kanan Audit Dalaman, Puan Faridah Hashim (dua dari kiri) sempat menyapa Daro' Mohamad Fatmi seusai majlis berlangsung. 


Program Advokasi Ilmuan Majlis Profesor Negara Bersama Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia

17 Disember 2105 - Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara anjuran bersama akhbar Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali berdiskusi buat kali kelapan dan terakhir bagi tahun ini pada hari khamis lalu. Forum kali ini berkongsi fikiran daripada tiga panelis terkemuka antaranya Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Shahrin Sahib, Ketua Polis Melaka, Datuk Ruslan Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity, Dr. Zahri Yunus bagi membincangkan tajuk "Media Sosial: Positif atau Negatif?" Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dikendalikan oleh Pengacara Televisyen RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar yang bertindak sebagai pemudahcara.


NAIB Canselor UTeM, Prof. Dr. Shahrin Sahib (dua dari kiri) menyuarakan pendapat dan mengupas tajuk yang dibentangkan.

BARISAN panelis bergambar bersama seusai majlis berlangsung. 

SAYED Munawar Sayed Mohd. Mustar (kiri) bersedia untuk mengajukan soalan kepada para panelis.

LAGU Nyanyian Negaraku dimainkan sebelum majlis bermula. 

No comments:

Post a Comment