Tuesday 15 December 2015

Tinta Online Volume 14/2015


KUB Taja Edaran Utusan Malaysia


8 Disember 2015 – KUB Malaysia Berhad (KUB) meneruskan tradisinya buat tahun kelima dengan menaja 8,350 naskah akhbar Utusan Malaysia yang bernilai RM10,000 untuk diedarkan kepada para pengunjung bersempena Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Naskah akhbar tersebut diedar secara percuma setiap hari sepanjang perhimpunan itu. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengurus Besar Pemasaran dan Pengedaran Utusan, Rosman Zulkifli yang mewakili Utusan. Manakala, KUB diwakili oleh Pengerusi KUB, Datuk Ahmad Ibnihajar, Presiden dan Pengarah Urusan KUB, Datuk Abdul Rahim Mohd. Zin, dan Ahli Lembaga Pengarah KUB, Datuk Jamelah A. Bakar. 



DATUK Ahmad Ibnihajar (dua dari kiri) bersama Datuk Abdul Rahim Mohd. Zin (kiri) dan Datuk Jamelah A. Bakar menyampaikan replika tajaan akhbar Utusan Malaysia kepada Datuk Hassan Mohd Noor. 

SEBANYAK 8,350 naskah akhbar Utusan Malaysia yang bernilai RM10,000 diedarkan secara percuma sempena Persidangan Agung UMNO yang diadakan di PWTC. 


Lawatan Kerja Pengerusi Utusan Melayu


7 Disember 2015 – Pengerusi Bukan Eksekutif Utusan Melayu, Dato' Mohamad Fatmi Che Salleh telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Utusan Melayu pada hari Isnin lepas. Dalam lawatan kerja tersebut, beliau turut beramah mesra dengan kakitangan dan melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo! bagi melihat secara dekat tentang operasi penerbitan berita. Dato' Mohamad Fatmi dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berkuatkuasa pada 1 Disember lalu menggantikan Tan Sri Hashim Makaruddin yang meletak jawatan pada 1 Januari 2015. Semoga kehadiran Dato' Mohamad Fatmi ke Utusan Melayu dapat menyemarakkan lagi iltizam, memperkuatkan tekad dan memperkasakan ikhtiar bagi memajukan dan mengangkat taraf Utusan Melayu ke tahap yang lebih cemerlang.



Lawatan Ketua Penerangan UMNO bersama Finalis Pidato Piala Presiden


7 Disember 2015 – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan 15 Finalis Pidato Piala Presiden telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu baru-baru ini.  Antara tujuan lawatan adalah bagi menjalin hubungan mesra bersama seluruh warga kerja akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! serta memperkenalkan 15 Finalis yang akan berentap dalam Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO di pentas akhir pada Persidangan UMNO yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 Disember 2015. Rombongan disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang 1, Datuk Zaini Hassan, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd Noor dan beberapa Pengurusan Kanan Utusan Melayu.

RAMAH MESRA.. Datuk Ahmad Maslan mengadakan pertemuan bersama Pengurusan Kanan Utusan Melayu di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang. 

DATUK Ahmad Maslan menyampaikan sepatah dua kata ketika meninjau meja Media Baharu Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. 

Datuk Abdul Aziz Ishak menyampaikan cenderamata kepada Datuk Ahmad Maslan sambil disaksikan oleh beberapa Finalis Pidato Piala Presiden. 

Datuk Ahmad Maslan (tengah) bersama Pengurusan Kanan Utusan Melayu ketika lawatan bersama Finalis Pidato Piala Presiden di Ibu Pejabat Utusan Melayu.


Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my




No comments:

Post a Comment