Monday 28 December 2015



Kunjungan Hormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

23 Disember 2015 – Kumpulan Utusan buat julung-julung kalinya menganjurkan perlawanan ping pong persahabatan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di ruang legar Ibu Pejabat Utusan Melayu pada hari Rabu lalu. Acara itu diadakan sempena kunjungan hormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ke Ibu Pejabat Utusan Melayu. Kunjungan tersebut disambut Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin.

                Sebanyak lima perlawanan melibatkan beregu lelaki dan perseorangan berlangsung termasuk perlawanan antara Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Saingan sengit tersebut berakhir apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menewaskan Kumpulan Utusan  dengan pungutan mata sebanyak 3-2 sekali gus membawa pulang piala, pingat dan hamper.

                Tambah meriah, acara turut diserikan dengan kehadiran pemain skuasy negara, Azlan Iskandar dan wakil daripada Kelab UMNO Luar Negara. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Abdul Rahman Ismail dan warga kerja Kumpulan Utusan.

DATUK Ahmad Shabery Cheek (dua dari kiri) disambut oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan), Datuk Abdul Aziz Ishak (tiga dari kiri) dan Datuk Othman Mohamad (kanan).

RAKAM KENANGAN.. Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Ahmad Shabery Cheek bergambar bersama pemain sebelum acara bermula. 

SAINGAN SENGIT.. Datuk Ahmad Shabery Cheek menanti pukulan balas dari Datuk Mohd Noordin Abbas.

SEMANGAT.. Perlawanan beregu di antara kakitangan Kumpulan Utusan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

JUARA.. Datuk Mohd Noordin menyampaikan cenderamata dan piala kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek selepas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjuarai Perlawanan Ping Pong Persabahatan di Dewan Besar Utusan Melayu. 

KAKITANGAN Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjulang piala yang dimenangi.

No comments:

Post a Comment