Sunday 17 April 2016

Sambungan: Tinta Online Volume 10/2016 - 18 April 2016

Mesyuarat Agung Kelab Sukan Rekreasi Utusan Media Sales Sdn. Bhd Kali ke-11

7 April 2016 (Khamis) - Kelab Sukan dan Rekreasi Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (KSRUMES) telah mengadakan mesyuarat Agung yang ke 11 bertempat di Tingkat 7, Bangunan Utusan Melayu Berhad pada hari Khamis lalu. Mesyuarat agung ini diadakan bagi melantik Ahli Jawatankuasa yang baru bagi penggal 2016/2018 untuk menggantikan ahli jawatankuasa yang sedia ada.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Cik Faridah Md Ali yang menggantikan En Yazid Ahmad selaku penaung bagi Kelab Sukan dan Rekreasi UMES. Mesyuarat yang diadakan tepat pada jam 11 tengahari dihadiri lebih 100 orang ahli yang layak mengundi untuk memilih calon calon baru yang akan mengisi jawatan sedia ada. Manakala, proses pengiraan undi berakhir pada jam 2 petang dan mesyuarat berakhir sekitar jam 3 petang setelah pengumuman rasmi diadakan bagi pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2016/2018.


Ketua Bahagian Operasi Jualan dan Pemasaran, Marlan Daud mengumumkan ajk 2016/2018.
Rakam kenangan.. Ahli-ahli jawatankuasa KSRUMES yang lama dan baharu bergambar bersama seusai mesyuarat berlangsung. 
BARISAN kepimpinan baru KSRUMES bagi penggal 2016/2018.
Ahli Jawatankuasa 2014/2016
BIL.
NAMA
JAWATAN
1
SOPHIAN BIN JAMALUDIN
PRESIDEN
2
ABU HANAFIAH BIN ZAINAL ADNAN
TIMBALAN PRESIDEN
3
DILLAH HANUM BINTI BASRI
SETIAUSAHA
4
MAZYATI BT ZAKARIA
TIMBALAN SETIAUSAHA
5
ABDUL GHANI BIN AYUB
BENDAHARI
6
ROSDEE BIN RAZALI
PENOLONG BENDAHARI
7
AHMAD LUDFI BIN MOHAMED
AJK
8
V KUMAR A/L VEERAN
AJK
9
JAUHARAH BT JAUHAR
AJK
10
HENDRA MALDI BIN MOHD NORDIN
AJK
11
ABD SALIMI BIN ABD HALIM
AJK
12
MOHD KHAIRI BIN MAZLAN
AJK
13
MOHAMMAD ZULMAJDI BASYEER
AJK
14
MOHD NAZLI BIN HJ NUJUMUDDIN
AJK
15
ROZITA BT ZAINAL ABIDIN
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1
16
AZIZAN BIN ZAKARIA
PENGAMANAH 1
17
MAZURA BT MAT WAHIT
PENGAMANAH 2

Ahli Jawatankuasa 2016/2018
BIL.
PEGAWAI KELAB
JAWATAN
1
MOHD SUHAIMI BIN  SAIFUL
PRESIDEN
2
NOR MOHD AZMAN BIN MD ZAIN
NAIB PRESIDEN
3
AISHATUN BINTI MOHD  FATHULLAH
SETIAUSAHA
4
AMALINA BINTI  ABDUL  AZIZ
NAIB SETIAUSAHA
5
NUR SHADANA BINTI  RADZUWAN
BENDAHARI
6
AHMAD HAZIQ BIN  MAD  SHAH
PENOLONG BENDAHARI
7
MUHAMMAD FAREAD BIN  MOHD  FADZIL
AJK
8
NUR ANIS BINTI MOHD RIDZUAN
AJK
9
NORFAISH BIN  KAMAL
AJK
10
IZHAM BIN  A.RAHIM
AJK
11
ABD MUTALIB  BIN  MAHEYA
AJK
12
IRYANI BINTI  SHARIFUDDIN
AJK
13
NOOR AZLIN BINTI  BADRIM
AJK
14
FATIN HAMAMAH  BINTI  MOHD  ALIAS
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1
15
NURUL FATIHAH BINTI  JAMIL
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
16
RASYIQAH BINTI  ROSLE
PENGAMANAH 1
17
FUSYARINA BINTI  ABU  SEMAN
PENGAMANAH 2
 

UKSB, Kuis Jalin Kerjasama Strategik


5 April 2016 (selasa) – Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) telah menjalinkan memorandum perjanjian (MoA) sebagai rakan media utama kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) pada hari Rabu yang lalu. Dalam majlis tersebut, UKSB diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas manakala Kuis diwakili oleh Rektor Kolej Universiti Islam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri. Perjanjian UKSB sebagai rakan media utama ini adalah untuk penerbitan dan publisiti seperti aktiviti, program dan pendedahan kemudahan kolej universiti tersebut kepada masyarakat umum. Melalui memorandum itu, faedah kerjasama tersebut meliputi keuntungan bersama yang dinikmati oleh UKSB dan Kuis selama lima tahun bermula pada 5 April 2016 hingga 5 April 2021. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Pengurus Besar di Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan, Azlan Naim Abdullah; Pengarah Eksekutif UKSB/Ketua Pengarang Majalah, Arifin Nordin; Pengurus Kanan Operasi UKSB, Azlan Abdul Aziz; Pengarah Kreatif UKSB, Abdul Rashid Aziz; Pengarah Kreatif Kumpulan Utusan, Azhar Abu Bakar; dan Timbalan Rektor Kolej Universiti Islam Malaysia, Dr. Sukri Abdul Rahman. Semoga perjanjian tersebut dapat memberikan faedah dan pada masa yang sama, dapat merapatkan hubungan baik di antara kedua-dua belah pihak.

Dokumen perjanjian telah ditandatangani oleh Datuk Mohd Noordin Abbas di pihak Utusan serta Datuk Dr. Ab. Halim di pihak Kuis sambil diperhatikan oleh sebahagian pengurusan syarikat. 
Meterai.. Datuk Mohd Noordin Abbas bertukar dokumen perjanjian dengan Datuk Dr. Ab. Halim selepas upacara menandatangani perjanjian. 
Barisan Pengurusan Kanan UKSB dan KUIS bergambar seusai majlis. 
 Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my