Friday 1 April 2016

Tinta Online Volume 8/2016 - 1 April 2016

Kunjungan Hormat SME Corp. Malaysia ke  Utusan Melayu


21 Mac 2016 (Isnin) – Seramai 13 orang Pengurusan Kanan SME Corporation telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu. Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Ir. Dr. Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Dato’ Dr. Hafsah Hashim. Lawatan pihak SME Corp. Malaysia ke Ibu Pejabat Utusan Melayu adalah untuk berkongsi pandangan dan berbincang mengenai hal ehwal perniagaan serta diberi penerangan berhubung operasi akhbar Kumpulan Utusan sebelum dibawa melawat ke Jabatan Pengarang. Rombongan tersebut disambut oleh Pengerusi Kumpulan Utusan, Datuk Mohamed Fatmi Che Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin. Semoga kunjungan ini dapat merapatkan hubungan baik di antara kedua-dua belah pihak.

Penolong Editor Foto, Mohd Azahar Mogo menerangkan proses penerbitan berita dan foto kepada delegasi SME Corp di Jabatan Pengarang.

Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin menerangkan sesuatu kepada delegasi mengenai akhbar Kosmo!.

Pengerusi Utusan Melayu, Datuk Fatmi Che Salleh menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Ir. Dr. Mohamed Al Amin Hj Abdul Majid sebagai tanda kenangan. 
Pengurusan SME Corp dan Utusan Melayu bergambar bersama ketika mengadakan lawatan di Jabatan Pengarang Kosmo!.

Delegasi turut merakam gambar kenang-kenangan bersama pengurusan Utusan Melayu di Dewan Besar. 


Santai Chatime Bersama Kakitangan Kumpulan Utusan


23 Mac 2016 (Rabu) - Syarikat francaisor tunggal minuman teh kesihatan, Chatime Malaysia berbesar hati mengedarkan minuman percuma kepada kakitangan Kumpulan Utusan di perkarangan lobi Blok B Ibu Pejabat Utusan Melayu pada hari rabu lalu. Pemberian minuman tersebut itu sempena sambutan pembukaan cawangan Chatime yang ke-150 dan aplikasi mudah alih yang baharu dilancarkan.

Promosi Chatime mendapat sambutan yang menggalakkan dari kakitangan Kumpulan Utusan.

Antara jenis minuman yang diberikan secara percuma sempena pembukaan cawangan baharu Chatime. 

Terpancar wajah kegembiraan kakitangan Kumpulan Utusan apabila menerima minuman Chatime secara percuma. 

Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed menunjukkan isyarat bagus ketika promosi berlangsung. 

Kakitangan beratur panjang bagi mendapatkan minuman yang diberikan percuma oleh Chatime.


Utusan terima Anugerah Kecemerlangan Industri Bagi Kategori Akhbar Tempatan

26 Mac 2016 (Sabtu) - Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah dipilih sebagai penerima anugerah Kecemerlangan Industri bagi Kategori Akhbar Tempatan yang telah diadakan di Hotel Vivatel pada hari sabtu lalu. Trofi dan sijil anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas.

Penganjuran Utusan Business Awards 2015 pada 1 Mac lalu sedikit sebanyak menyumbang kepada penganugerahan ini sekaligus mengangkat dan memperkukuhkan lagi nama Utusan Melayu.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas bersama trofi dan sijil anugerah yang diterima Utusan Melayu.

Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan) menerima trofi dan sijil anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
Datuk Ahmad Maslan (empat duduk dari kiri) bergambar bersama penerima-penerima anugerah.

Karnival Pendidikan Mara 2016  

26 & 27 Mac 2016 (Sabtu & Ahad) – Karnival Pendidikan Mara 2016 telah berlangsung dengan jayanya di kompleks beli-belah Berjaya Megamall Kuantan Pahang dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak selama dua hari. Karnival anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan kerjasama Utusan Malaysia sebagai akhbar rasmi itu diadakan bagi memberikan pendedahan kepada orang ramai terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta ibu bapa mengenali institusi-institusi pendidikan milik agensi tersebut dengan lebih dekat.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya khususnya di ruang pameran Utusan Malaysia seperti cabutan bertuah, Mini Studio, Bengkel Wartawan Kadet dan jualan harga runtuh bagi produk keluaran Kumpulan Utusan. Karnival tersebut akan meneruskan jelajah ke lokasi seterusnya iaitu di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor dan 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu yang dijadualkan pada 2-3 April 2016.

Kakitangan Unit Pengurusan Jenama sedang membuat persiapan di gerai jualan Utusan. 

Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail menerangkan sesuatu kepada kakitangan Mara semasa mengadakan lawatan di gerai jualan Utusan. 

Pengarang Kanan Media Baharu, Gamal Nasir Mohd Ali menerangkan sesuatu kepada pengunjung yang hadir ke Karnival Pendidikan Mara 2016

Orang ramai hadir ke Karnival seawal pukul 10.00 pagi. 


 Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my

www.utusangroup.com.my












No comments:

Post a Comment