Tuesday 12 April 2016

Tinta Online Volume 10/2016

Majlis Thank You Hi-Tea Utusan Business Awards 2015

4 April 2016 (Isnin) – Satu majlis minum petang telah diadakan di Dewan Utusan Melayu pada hari Isnin lalu. Majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Majlis Utusan Business Awards 2015 (UBA2015) yang diadakan pada 1 Mac lalu.

      Turut hadir ke majlis ialah Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad dan barisan ahli jawatankuasa Majlis Utusan Business Awards 2015. Selain dihidangkan dengan pelbagai juadah, tetamu turut dihibukan dengan persembahan karaoke dan selingan video Majlis Utusan Business Awards 2015. Majlis berakhir pada pukul 6.30 petang.

Menjamu selera.. Kuew teow goreng, roti canai, kambing bakar serta kuih muih antara juadah yang dihidangkan.

Vokal masih berbisa.. Datuk Mohd Noordin Abbas turut menghiburkan tetamu dengan mendendangkan sebuah lagu.

Pengarang Ekonomi, Johardy Ibrahim bersama "anak-anak buahnya" tidak lekang dengan senyuman.

Johardy Ibrahim dan Nabila Yasmin beradu vokal di atas pentas dengan menyanyikan lagu "dua insan sedang bercinta"

Antara Pengurusan Kanan yang hadir memeriahkan majlis. 

Kunjungan Almas Beauty and Health ke Utusan Melayu 

6 April 2016 (Rabu) – Seramai 9 orang rombongan Almas Beauty and Health telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu. Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah Almas Beauty and Health YBhg. Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abd Wahab dan YBhg. Datin Maziah Mohamed. Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi pandangan dan berbincang mengenai hal ehwal perniagaan serta diberi penerangan berhubung operasi akhbar Kumpulan Utusan sebelum dibawa melawat ke Jabatan Pengarang. Rombongan tersebut disambut oleh Penolong Ketua Pengarang, YBhg. Dato’ Mohd Hassan Mohd. Noor; Pengarang Utusan Malaysia, Encik Zulkifli Hamzah; Pengarang Mingguan Malaysia, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman, Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (UMES) serta beberapa orang editor. Semoga kunjungan ini dapat merapatkan hubungan baik di antara kedua-dua belah pihak.


Ketibaan rombongan Almas Beauty & Health disambut oleh Datuk Mohd Hassan Mohd Noor dan beberapa pengurusan kanan di Ibu Pejabat Utusan Melayu.


Penolong Pengarang 1 Kosmo!, Mohd Nor Ab Samad menerangkan sesuatu mengenai proses penerbitan akhbar kepada rombongan yang hadir. 

Rombongan turut dibawa melawat Jabatan Pengarang Kosmo!. 

Datin Maziah Mohamed (lima dari kiri) menyerahkan replika cek tajaan liga bola sepak media kepada Datuk Mohd Hassan Mohd Noor (enam dari kanan)

Pengarang Kanan Media Baharu, Gamal Nasir Mohd Ali menerangkan sesuatu kepada Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abd Wahab dan Datin Maziah Mohamed tentang proses penerbitan berita Utusan Malaysia. 

Datin Maziah Mohamed (dua dari kanan) ditemuramah oleh wartawan ketika mengadakan lawatan di Jabatan Pengarang. 

 Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my



No comments:

Post a Comment