Wednesday 6 April 2016

Tinta Online Volume 9/2016


Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara (MPN) Bersama Utusan Malaysia Dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


30 Mac 2016 (Rabu) - Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara anjuran bersama akhbar Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah diadakan pada hari rabu lalu bertempat di Kulliyah Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar dari RTM sebagai moderator dan menampilkan tiga orang panel iaitu Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha Kamarudin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Roslan Mohd Saludin dari QSR Brands Berhad dan KFC Holdings Malaysia Berhad dan Dr. Sirajuddin Suhaimee dari Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membincangkan tajuk "Hub Halal: Malaysia Berjaya?”. Pada majlis itu, Mohd. Roslan turut menyerahkan cek tajaan RM30,000 kepada Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha Kamarudin bagi program Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (Inhart) UIAM yang berfungsi untuk membangunkan negara sebagai hab halal global.


Prof Dato' Dr Zaleha Kamaruddin (dua dari kiri) mengutarakan pandangan mengenai topik yang dibincangkan. 

Pelajar dan warga kerja UIAM memenuhi dewan sebelum bermulanya majlis. 

Mohd Roslan Mohd Saludin (kanan) menyampaikan cek sumbangan dari QSR Brands kepada Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha Kamaruddin (tengah).

Barisan panel dan moderator bergambar bersama dengan pengurusan UIAM seusai majlis. 

Lawatan Tentera Udara DiRaja Malaysia Ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi

30 Mac 2016 (Rabu) – Seramai 40 orang pegawai dan anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia telah mengadakan lawatan ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi. Lawatan itu bertujuan memberikan pendedahan kepada para pegawai dan anggota TUDM mengenai proses percetakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! serta memberi pendedahan kepada para pegawai dan anggota TUDM tentang teknologi percetakan akhbar pada masa kini. Lawatan tersebut disambut oleh Eksekutif Kanan Pengeluaran, Wan Mohamed Redza dan Eksekutif Komunikasi Korporat, Noorhayati Darus. Diharapkan lawatan tersebut dapat memberi manfaat kepada mereka yang hadir.

Beberapa orang pegawai TUDM melihat contoh cetakan akhbar.

Salah seorang pegwai TUDM berbincang bersama rakan sejawatan tentang proses cetakan akhbar. 

AZRUL Muhamad Basri memberi taklimat dan penerangan tentang proses percetakan akhbar di Loji Percetakan Sri Utusan.

1
 Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my

www.utusangroup.com.my


No comments:

Post a Comment