Tuesday 2 August 2016

Tinta Online Volume 13/2016 - 3 Ogos 2016




Majlis Anyaman Kasih JAKOA - Kumpulan Utusan

26 Julai 2016 (Selasa) – Kumpulan Utusan sekali lagi meneruskan tanggungjawab sosial korporatnya mengadakan majlis Anyaman Kasih JAKOA - Kumpulan Utusan bersemperna Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 di Dewan Serbaguna Desa Kemandol, Kuala Langat.

           Majlis yang mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu dihadiri lebih 1,800 masyarakat Orang Asli Taman Desa Kemandol. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis berlangsung antaranya persembahan pembukaan masyarakat Orang Asli, penyampaian sumbangan duit raya dan barangan berbentuk hampers kepada kanak-kanak dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi tanah air iaitu Dafi yang mendendangkan beberapa buah lagu.

           Majlis yang berlangsung meriah ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Turut sama memeriahkan majlis ialah Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd.Arif Abdul Rahman, Ahli Dewan Negara, Senator Isa Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Tuan Mohd Jamalludin Kasbi. Beberapa buah syarikat swasta turut bersama-sama menyertai program ini seperti Nestle, CNI dan Permanis.

          Tujuan majlis ini diadakan untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat Orang Asli disamping mengadakan aktiviti-aktiviti berbentuk pendidikan dan kesihatan. Diharap Kumpulan Utusan meneruskan program seperti ini di masa akan datang.


Masyarakat Orang Asli menikmati jamuah yang disediakan sempena Majlis Anyaman Kasih Aidilfitri JAKOA-Kumpulan Utusan.

SIMBOLIK.. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (tengah) merasmikan majlis Anyaman Kasih Aidilfitri JAKOA-Kumpulan Utusan sambil diperhatikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas (lima dari kiri).

THE USHERETTES.. Kakitangan Utusan menyerikan lagi majlis Anyaman Kasih JAKOA - Kumpulan Utusan.

Penyanyi tanah air Dafi turut sama memeriahkan majlis dengan mendendangkan beberapa buah lagu buat tetamu yang hadir. 

TANDA Keceriaan.. Kanak-kanak Orang Asli gembira selepas menerima sumbangan duit raya.

Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) berbual mesra bersama Datuk Abdul Aziz Ishak (dua dari kiri) dan Datuk Mohd Noordin Abbas 

Gerai Temiar yang menyediakan juadah dari Kelantan dan Terengganu dinobatkan sebagai gerai tercantik. 

Aksi bersahaja kakitangan Utusan, Noorhayati Darus a.k.a Ayang bersama 'body guard' nya.

Salah seorang peminat tidak melepaskan peluang untuk berselfie bersama Dafi.

Kostum adi-wira tarik perhatian tetamu yang hadir. 



Sidang Khas Ancaman Daesh Bertapak di Malaysia

21 Julai 2016 (Khamis) – Seramai 500 peserta hadir dalam Sidang Khas mengenai Ancaman Daesh Bertapak di Malaysia yang telah diadakan di Dewan Besar Utusan Melayu. Sidang Khas yang mendapat kerjasama dari Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu bertujuan untuk memberi kesedaran yang menyeluruh tentang penyebaran dakyah Kumpulan Pengganas Daesh di Malaysia serta membantu kerajaan mengekang penularan fahaman Daesh dalam kalangan generasi anak muda.

Selain itu, para peserta yang terdiri daripada pelajar dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pelbagai sektor turut didedahkan dengan persembahan multimedia mengenai ancaman dan kisah perjuangan Daesh yang melibatkan golongan remaja dan kanak-kanak yang dari tiga negara iaitu Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Sidang bermula pada pukul 2.00 petang itu membariskan enam ahli panel antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Dr. Nasharudin Mat Isa, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Modal Insan, Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Brig. Jen. Nawawi Daud dan Bekas Mufti Wilayaj Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Sidang Khas itu dikendalikan oleh Pengerusi Biro Keselamatan MPM, Tan Sri Shamsuri Arshad dan turut menampilkan Setiausaha Bahagian Penyelidikan dan Pengurusan Krisis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Hamzah Ishak dan Pegawai Turus Bahagian Counter Terrorism cawangan Khas Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia, Superitendan Ahmad Norisham Ma’arus.

Turut hadir ke majlis, Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor; Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman dan Pengarang Utusan Malaysia, Zulkefli Hamzah.


Salah seorang pelajar melihat pameran mengenai Daesh yang dipamerkan diluar dewan.

Orang ramai memenuhi dewan sebelum sidang bermula. 

Salah seorang peserta mengajukan soalan kepada barisan panel mengenai isu membanteras penularan fahaman Daesh.



Barisan panel dan Pengurusan Kanan Utusan Melayu bergambar kenangan bersama tetamu dan pelajar seusai majlis berlangsung.

Lawatan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) ke Kompleks Sri Utusan, Bangi


28 Julai 2016 (Khamis) – Seramai 7 orang kakitangan dari Percetakan Nasional Malaysia Berhad telah mengadakan lawatan ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai proses percetakan akhbar. Rombongan disambut oleh Eksekutif Kanan Pengeluaran, Wan Mohamed Redza dibawa masuk ke bilik mesyuarat untuk diberi penerangan mengenai teknologi yang diguna pakai. Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke kilang untuk melihat secara langsung proses percetakan akhbar. Sebelum bersurai, kakitangan PNMB dan Utusan bergambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan. Diharap lawatan tersebut memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.


Wan Mohamed Redza berkongsi maklumat mengenai proses percetakan akhbar bersama kakitangan PNMB.


Kakitangan PNMB bertanyakan soalan mengenai warna dan jenis percetakan yang digunakan. 

Pengurus Kosting, Cik SIti Fathiyah Hanim menyampaikan cenderahati kepada Wan Mohamed Redza.
Kakitangan PNMB dan Utusan bergambar kenangan bersama dihadapan pintu masuk Kompleks Sri Utusan. 


Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara Bersama Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM)


26 Julai 2016 (Selasa) - Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara anjuran bersama akhbar Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali berdiskusi buat kali ketujuh pada hari selasa lalu. Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dikendalikan oleh Datuk  Zaini Hassan dari Kumpulan Utusan  sebagai moderator dan tiga orang panel iaitu Prof. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib dari UiTM, Prof. Dr. Razmi Chik  dari UiTM dan Ashran Ghazi dari MaGIC bagi membincangkan tajuk Keusahawanan di Malaysia: Adakah sudah mencukupi?



Para hadirin khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh barisan panel.

PEMUDAH CARA.. Datuk Zaini Hassan (kiri) mengajukan beberapa soalan kepada panelis mengenai tajuk yang dibincangkan. 

SESI soal jawab.. hadirin bertanyakan soalan kepada panelis mengenai isu yang dibincangkan.


Barisan panel bergambar bersama seusai majlis. 

Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my
























No comments:

Post a Comment