Thursday 18 August 2016

Tinta Online Volume 14/2016 - 16 Ogos 2016


 


 Utusan Prihatin Ringan Beban Masyarakat

6 Ogos 2016 (Sabtu) – Atas keprihatinan dan rasa simpati di atas kesusahan dan keperitan hidup masyarakat setempat, Kumpulan Utusan melalui Yayasan Kumpulan Utusan meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya dengan mengadakan program Utusan Prihatin bagi meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat.
Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan yang menghidap penyakit kronik di Kuala Kedah merupakan penerima pertama bagi program Utusan Prihatin. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas kepada adik Ieman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim yang menghidap penyakit jantung berlubang, masalah paru-paru kronik, sawan dan lelah. Selain sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 dari Yayasan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin turut menyampaikan barangan keperluan seperti susu, lampin pakai buang, katil bayi dan lain-lain yang bernilai RM1,000.
Hadir sama ke program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kumpulan Utusan, Datuk Dr. A. Ganesh, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed Ali Ahmad dan Pengurus Komunikasi Korporat, Nik Anura Nik Abdul Rahman. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan dana bagi tujuan perubatan dan meringankan beban ahli keluarga yang dalam kesusahan. Pemilihan penerima bantuan program ini dipilih oleh jawatankuasa Yayasan Kumpulan Utusan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan untuk dipertimbangkan.


Datuk Mohd Noordin Abbas (tiga dari kiri) memegang Ieman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim (dua dari kiri) sambil diperhatikan ibunya, Nor Hidayu Halim (kiri) ketika menyampaikan sumbangan Utusan Prihatin di Alor Setar Kedah. 
Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) berbual mesra bersama ibu penerima sumbangan Nor Hidayu Hamid (dua dari kiri) sambil ditemani oleh Pengurus Besar Komunikasi Korporat (dua dari kanan). 
     


Kemeriahan Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri

Setiap kali tibanya musim perayaan terutama Aidilfitri, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang mengadakan rumah terbuka bagi meraikan kenalan, sanak-saudara serta jiran tetangga secara `eksklusif'. Ada yang menempah juadah makanan istimewa daripada pihak katering atau lebih selesa menyediakan sendiri bagi dihidangkan kepada tetamu jemputan. Kemeriahannya tersebut turut dirasai oleh seluruh warga Utusan Melayu dan diteruskan dengan undangan ‘rumah terbuka jabatan-jabatan dan anak Syarikat Utusan.
Pelbagai menu tradisi seperti lemang, rendang, satay, nasi impit, laksa, mee rebus menjadi sajian utama setiap kali rumah terbuka diadakan. Jom kongsi kemeriahan sambutan Aidilfitri 2016 Kumpulan Utusan.


Jabatan Undang-Undang dan Kesetiausahaan



Kehadiran Datuk Mohd Noordin Abbas (empat dari kiri) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (lima dari kanan) memeriahkan lagi rumah terbuka Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan. 
BERSELERA.. Kakitangan Jabatan Kewangan turut sama hadir menikmati juadah yang disediakan. 
Antara juadah yang disediakan.
Sempat lagi Datuk Noordin, Datuk Ganesh dan Encik Shirad bergambar yer?
Kakitangan Jabatan Undang-undang bergambar bersama 'orang kuat' kewangan, Wan Nor Asmah Wan Ismail. 

Tak menang tangan nampaknya Encik Shirad menyediakan juadah untuk tetamu.
Aksi Alex bila bergambar bersama juadah sentiasa mencuit hati.

Jabatan Kewangan


Warga kerja Jabatan Kewangan bergambar kenangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan, Wan Nor Asmah Wan Ismail. 
Apa yang happy sangat tu Datuk?
'Pengantin Baru' yang merupakan anak dan menantu Datuk Noordin turut hadir memeriahkan rumah terbuka Jabatan Kewangan.

Antara kakitangan yang hadir
TRIO.. antara jejaka paling romantis Jabatan Kewangan.. ada sesiapa yang berminat?
Manis-manis belaka kakitangan Jabatan Kewangan bila bergambar.
Gabungan kakitangan Jabatan Kewangan dan Undang-undang menambahkan lagi seri rumah terbuka.
Penuh bergaya bila kakitangan Jabatan Kewangan bergambar bersama.

Dibulan yang mulia ini digalakkan bermaaf-maafan antara satu sama lain.. bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih.. betul tak? hehe

Apa yang kelakar sangat tu Mira?

Boss Kewangan, Encik Wahid bersama kakitangan pentadbiran, Roslin.. sama cantik sama padan tapi dua-dua dah berpunya..
kenapa malu-malu tu Fadilah?
Pandang apa tu Fadilah, Zurina dan Mira?


Pusat Maklumat


Kakitanga Pusat Maklumat bergambar bersama Pengurus Kanan Pusat Maklumat, Noridzan Kamal.
Nasi Kerabu dan Laksa, antara juadah utama yang disediakan.
Wak Kamsari sibuk membuat persiapan majlis rumah terbuka pusat maklumat.
Pengurus Kanan Pusat Maklumat, Noridzan Kamal (kanan) melayan dan berbual mesra bersama Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri).
Unit Pendidikan Jabatan Pengarang turut hadir memeriahkan majlis. 
Jelitawan Jabatan Sumber Manusia sempat pandang kamera ketika menikmati juadah.
Suasana meriah rumah terbuka Pusat Maklumat
Begitu berselera Laupa Junus menikmati juadah.

Pengurusan Kanan Utusan Melayu turut meluangkan masa memeriahkan rumah terbuka Pusat Maklumat. 


Jabatan Sumber Manusia


Kakitangan Jabatan Sumber Manusia bergambar kenang bersama. 

Sebahagian kakitangan yang hadir menikmati juadah yang disediakan. 


Jabatan Teknologi Maklumat


WARNA-WARNI.. Kakitangan Jabatan Teknologi Maklumat segak bergaya dengan pakaian raya masing-masing.
Begitu santai dan sporting jejaka IT bila bergambar yer?

Bunga-bunga yang menyerikan Jabatan Teknologi Maklumat.

Jabatan Pengarang


Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Abdul Aziz Ishak menyempurnakan acara memotong kek bersempena sambutan Aidilfitri Jabatan Pengarang.
Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan) menyampaikan sepatah dua kata sebelum jamuan bermula. 
Penyanyi antarabangsa, Maher Zain, turut sama memeriahkan majlis rumah terbuka Jabatan Pengarang. 
JAMU SELERA.. Kakitangan Utusan berpusu-pusu mendapatkan makanan yang terdapat di beberapa gerai yang disediakan. 
Norihan Hamid (kanan) begitu sibuk melayan tetamunya iaitu Datuk Mohd Noordin Abbas. 

Airun Isam Arifin melayan tetamu yang hadir ke gerainya. 
Fatah Sulaiman bergambar bersama burung kakak tua sambil menikmati juadah.

Aiskrim Malaysia, antara pencuci mulut yang disediakan.

Spageti antara menu utama yang disediakan.

Kakitangan Unit Pendidikan bergambar bersama hadiah yang dimenangi apabila dinobatkan gerai tercantik.

Maher Zain memberi sepatah dua kata sempana lawatan beliau ke Jabatan Pengarang.

Program Transformasi Utusan Melayu (Malaysia) Berhad-BTN

5 Ogos 2016 (Jumaat) – Seramai 58 orang peserta telah menghadiri Program Transformasi Utusan Melayu (M) Berhad yang diadakan di KBN Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu bertujuan untuk memperkasakan kerja berpasukan dan memberi pendedahan tentang kenegaraan kepada semua kakitangan. 
Pengisian program ini antaranya ialah ceramah bertajuk ‘Isu Perlembagaan’ oleh Pengarah Eksekutif, Institut Kajian Perundangan, Tuan Haji Sahlan bin Saruddin, sesi Penjanaan Keilmuan Peningkatan kesedaran (PKPK) oleh beberapa fasilitator dari Biro Tatanegara (BTN) dan Tazkirah bertajuk ‘Jati Diri Bangsa’.
            Majlis perasmian Program Transformasi Utusan Melayu telah disempurnakan oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak. Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang 1, Datuk Hassan Mohd Noor dan Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail.

Diharap program ini diadakan lebih kerap pada masa akan datang dan melibatkan lebih ramai kakitangan bagi memantapkan pembangunan kendiri setiap peserta disamping merapatkan hubungan antara satu sama lain.


Datuk Abdul Aziz Ishak (depan kiri) dan Datuk Ibrahim Saad bergambar bersama peserta Program Transformasi Utusan Melayu - BTN di Kem Bina Negara Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan. 

Datuk Abdul Aziz Ishak (dua dari kiri) menyampaikan Panji Utusan kepada Penghulu Program Transformasi Utusan Melayu-BTN, Abdul Rahman Salleh. 

Antara aktiviti yang dilakukan oleh para peserta.

Survivor, antara salah satu aktiviti yang memantapkan jati diri para peserta ketika berada di dalam hutan. 

Para peserta khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh para peserta. 

Peserta bergambar kenangan bersama selepas aktiviti di luar kem. 

Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail bergambar bersama fasilitator dan peserta selepas tamat program Transformasi Utusan Melayu-BTN yang berlangsung selama tiga hari. 


Utusan Melayu Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

8 Ogos 2016 (Isnin) - Kumpulan Utusan menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) melalui penganjuran Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015. Pengiktirafan itu berdasarkan kepada pencapaian jumlah pemain dan regu terbanyak dalam kejohanan sepak takraw di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad menerima anugerah tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Datuk Michael Tio dalam Majlis Pengiktirafan Penerima Anugerah MBOR 2016 di Bandar Sunway. Majlis tersebut dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan dan pengasas MBOR, Tan Sri Danny Ooi.

Sebanyak 240 regu dan 1,200 pemain menyertai kejohanan kali keenam yang berlangsung di kompleks beli-belah Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan mulai 1 hingga 4 Oktober lalu.


Datuk Othman Mohamad (kanan) menerima sijil dan trofi Malaysia Book of Records daripada Datuk Michael Tio.

Datuk Othman Mohamad (kiri) bersama Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed dan Pengurus Komunikasi Korporat, Nik Anura Nik Abdul Rahman bergambar bersama trofi dan sijil yang diterima. 


Lawatan Johor Corporation ke Utusan Melayu


9 Ogos 2016 (Selasa) – Utusan Melayu sekali lagi menjalin kerjasama dengan Johor Corporation dengan menaja penerbitan akhbar Utusan Melayu Mingguan dalam versi cetak. Kerjasama kali ini bertujuan untuk memartabatkan dan menghidupkan semula tulisan jawi. Rombongan tersebut diketuai oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad serta Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail. Dalam lawatan itu, mereka telah diberi taklimat mengenai Portal Jawi dan e-Paper Jawi sebelum dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Jabatan Pengarang Kosmo!.


Rombongan dibawa melawat ke Jabatan Pengarang untuk melihat secara dekat proses penerbitan akhbar.
Datuk Abdul Aziz Ishak (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Dato' Kamaruzzaman Abu Kassim (dua dari kanan) sebagai tanda kenangan. 
Pengurusan Kanan Johor Corporation dan Utusan Melayu bergambar bersama di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. 

Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my



No comments:

Post a Comment