Sunday 23 October 2016

Tinta Online Volume 17/2016 - 24 Oktober 2016


Utusan Hargai Perjuangan & Pengorbanan Bekas Tentera

12 Oktober 2016 (Rabu) – Hampir 200 ahli-ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang Demi Perwiraku yang telah berlangsung di Dewan Utusan. Majlis dimulakan dengan persembahan War Dance yang terdiri daripada pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai persembahan pembukaan.
Selain ahli-ahli veteran, tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis ialah Presiden Persatuan Veteran ATM, Senator Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Hj Mohd Noor, Timbalan Presiden Persatuan Veteran ATM, Datuk Kapten (B) Shahruddin Omar, Pengarah Urusan Kumpulan, Utusan Melayu, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Ketua Eksekutif Affin Bank Islamic Berhad, Nazlee Khalifah.
Penganjuran kali ini merupakan satu penghormatan buat Utusan kerana diberi peluang untuk sama-sama bekerjasama meraikan jasa-jasa pahlawan dan perajurit negara yang telah banyak berkorban demi keamanan tanah air yang dicintai. Pihak Utusan juga telah menyediakan satu persembahan video istimewa sempena majlis tersebut sebagai tanda penghargaan kepada bekas perajurit yang banyak berkorban menegakkan kedaulatan negara.
Selain itu, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Abdul Aziz Ishak turut menyempurnakan majlis pelancaran "Warriors Challenge 2016" yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan "Tabung Hari Pahlawan". Program itu akan diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyasarkan generasi muda sebagai peserta manakala keseluruhan bayaran masuk acara tersebut akan disumbangkan kepada dana Kempen Tabung Hari Pahlawan 2016.

 Pengarang Kanan Mega, Gamal Nasir Mohd Ali menerangkan sesuatu kepada Exco persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika hadir melawat Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.
Pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersemangat ketika mengadakan persembahan War Dance
Datuk Mohd Noordin Abbas (tiga dari kiri) dan Datuk Abdul Aziz Ishak bersama tetamu kehormat berdiri bagi menghormati nayanyian lagu Negaraku.
Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (dua dari kiri) bersama tetamu kehormat menyempurnakan pelancaran Warriors Challenge.
Datuk Mohd. Noordin Abbas (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis Jasamu Dikenang Demi Perwiraku.
Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) dan Tan Sri Mohd Anwar Hj Mohd Noor (tiga dari kanan) berbual mesra bersama sebahagian ahli persatuan Veteran ATM.  
Tetamu yang hadir menyanyikan lagu Negaraku sebelum majlis bermula. 
Tetamu khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Datuk Mohd Noordin Abbas.



Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2016

2 Oktober 2016 (Ahad) – Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2016 terus mengukuhkan popularitinya apabila terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan muda dan peminat sukan ini buat tahun ketujuh penganjurannya.
Kejohanan akhir telah berlangsung pada 2 Oktober lalu di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Manakala di peringkat awal telah diadakan pada 29 September hingga 1 Oktober lalu di Kompleks Sukan Negeri, Paroi, Negeri Sembilan dengan menyaksikan 58 regu bersaing dalam kategori Cilik Utusan Malaysia (bawah 12 tahun), 54 regu menerusi Remaja Utusan Malaysia (bawah 14 tahun) manakala Belia Utusan Malaysia 60 regu yang mengambil bahagian. Baki 108 regu akan bersaing dalam kategori Terbuka Utusan Malaysia.
Dengan menawarkan hadiah tertinggi dalam sejarah pertandingan sepak takraw tempatan iaitu melebihi RM60,000, kejohanan anjuran akhbar Utusan Malaysia dengan kerjasama pintar QSR Stores Sdn. Bhd menerusi produk KFC sebagai penaja utama turut mendapatkan sokongan daripada Kerajaan Negeri Sembilan melalui Majlis Sukan Negeri dan turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Sepak takraw Malaysia (PSM).
Turut hadir ke kejohanan akhir, Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail; Ketua Pegawai Kewangan QSR Store Sdn. Bhd., Abdul Majeed K. Kunhee; Pengarah Quill Group of Companies, Datuk Michael Ong; Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek dan Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar Benelli Keeway, Wan Najib Wan Daud.

Selain sepak takraw, pelbagai aktiviti sampingan diadakan seperti Cabutan Bertuah, Cuba Libas, Timang Bola, Makan Tercepat, Tiup Belon Sampai Pecah dan Fancy Takraw. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan cenderamata eksklusif Kumpulan Utusan menerusi peraduan santai Selfie-Benelli dengan peserta hanya perlu merakam gambar menarik bersama motosikal Benelli yang dibawa ke lokasi pertandingan. Tambah meriah, barisan artis terkenal seperti Aril AF, Zahid AF dan Achey Raja Lawak turut hadir menghiburkan pengunjung pada hari tersebut.

Pasangan suami isteri yang merupakan pengunjung membeli dua bundle akhbar Mingguan Malaysia bagi menyertai peraduan cabutan bertuah.
Juara semua empat kategori bergambar bersama Datuk Mohd Noordin Abbas (berdiri sembilan dari kanan), Datuk Ahmad Shapawi Ismail (berdiri 11 dari kanan), Datuk Seri Hassan Malek (berdiri 10 dari kanan), Datuk Michael Ong (berdiri lapan dari kanan) dan Datuk Othman Mohamad (berdiri 12 dari kanan) selepas tamat perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Sebahagian kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna semasa acara berlangsung. 
BERTUAH.. dua orang kanak-kanak menjadi juara pertandingan mewarna.

Kakitangan Unit Pengurusan Jenama melayan pengunjung yang hadir ke gerai Utusan untuk menyertai peraduan cabutan bertuah.

Datuk Seri Hassan Malek bergambar bersama pasukan Parlimen Kuala Pilah Bawah 16 tahun di mini studio yang dibuka
di Ruang Legar Utama Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Pengurus Kompleks Pusat Beli Belah Quill City Mall, Melissa Wong (tengah) bergambar bersama barisan artis selepas perlawanan persahabatan Artis dan Krew Teknikal sempena Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2016.
LIBASAN KENCANG.. AKSI pemain MBSA, Amirul Syafiq Shamsuddin (kanan) membuat libasan sambil dihalang pemain MPSJ dalam final kategori Terbuka Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan.
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.. Raimy Ismail (kiri) bersama motosikal Benelli TNT25, manakala Chow Chee Kheong (kanan) memenangi motosikal Banelli KEEWAY TX200G dalam Peraduan Cabutan Bonanza Benelli Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan.
Orang ramai berebut untuk mendapatkan baucar yang diletak dalam belon ketika majlis penyampaian hadiah Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2016.

Datuk Mohd Noordin Abbas (berdiri tengah) bergambar bersama Juara Kategori Terbuka.

Kumpulan Utusan Terima Anugerah DBP


6 Oktober 2016 (Khamis) - Kumpulan Utusan menerima Anugerah Citra Sahabat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi kategori media cetak bersempena Hari Inovasi DBP 2016. Kumpulan Utusan merupakan antara 29 syarikat awam dan swasta yang menerima anugerah atas sumbangan dalam perkembangan budaya dan bahasa Melayu di negara ini.  Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan kepada Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Azman Anuar.


Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Citra Sahabat Dewan Bahasa dan Pustaka bagi kategori media cetak kepada Penolong Pengarang Mingguan Malaysia Azman Anuar (kanan) sambil di perhatikan oleh Ketua Pengarah DBP Abdul Adzis Abas (kiri).


Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara Bersama Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM)


27 September 2016 (Selasa) - Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara anjuran bersama akhbar Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali berdiskusi buat kali kesembilan di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM). Program yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dikendalikan oleh Pengacara RTM, Shuhaimi Mohamed  sebagai moderator dan tiga orang panel iaitu Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, Prof. Fauziah Md. Taib; Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia USM, Prof. Datuk Dr. Omar Shakataly dan Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan (UPM).bagi membincangkan tajuk Ranking Universiti di Malaysia: Adakah Relevan?.

Shuhaimi Mohamed (kiri) mengajukan beberapa soalan kepada barisan panelis mengenai tajuk yang dibincangkan. 

SESI soal jawab.. hadirin menanyakan soalan kepada panelis berkenaan dengan isu yang dibincangkan. 

Para hadirin khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh barisan panel.

Barisan panel dan moderator bergambar bersama dengan pengurusan Utusan Melayu dan USM seusai majlis. 

Lawatan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) ke Utusan Melayu


27 September 2016 (Selasa) – Seramai 15 wakil pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melakukan lawatan kerja ke ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan memberikan beberapa cadangan bersama pengurusan Kumpulan Utusan untuk manfaat bersama. Rombongan diketuai oleh Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib dan disambut oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail serta Pengarang Kosmo! Datuk Baharom Mahusin. Sebelum bersurai, rombongan turut dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Jabatan Pengarang Kosmo!.


Datuk Othman Mohamad (kanan) menerangkan sesuatu kepada rombongan ketika mengadakan lawatan ke Jabatan Pengarang. 
Datuk Othman Mohamad (empat dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib (tengah).
Rombongan bergambar kenangan di Jabatan Pengarang Kosmo!.  
Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan UTeM bergambar bersama seusai mengadakan lawatan.  


Lawatan Nestle ke Utusan Melayu


26 September 2016 (Isnin) - Syarikat pembuat makanan terkenal, Nestle (Malaysia) Berhad mengadakan lawatan mesra ke Ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Lawatan selama dua jam tersebut bertujuan memperkenalkan Pengarah Komunikasi Pemasaran dan Pengiklanan Nestle yang baharu dilantik, Eugene Chan. Selain itu, kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat turut dibincangkan dalam pertemuan itu. Turut hadir dalam pertemuan itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan Utusan, Jamal Ahmed Ali Ahmad; Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail; Pengarang Ekonomi Utusan Malaysia, Johardy Ibrahim; Pengarah Hal Ehwal Korporat Nestle, Eliza Mohamed serta bekas Pengarah Komunikasi Pemasaran dan Pengiklanan Nestle, Khoo Kar Koon.


KUNJUNGAN MESRA.. Jamal Ahmed dan Ainol Amriz Ismail bersama rombongan pengurusan Nestle ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Melayu.
Pengarang Ekonomi, Johardy Ibrahim menerangkan kepada rombongan tentang proses penerbitan akhbar ketika mengadakan lawatan di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.   
Rombongan melihat sisipan akhbar Tutor ketika melawat di meja Pendidikan Utusan Malaysia. 
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Eugene Chan (empat dari kiri).  

Pengarang Kosmo! Datuk Baharom Mahusin (dua dari kiri) menyambut rombongan Nestle ketika mengadakan lawatan di Pejabat Kosmo!.

Rombongan bergambar di Pejabat Kosmo!. 

Lawatan Sambil Belajar Pelajar SMK Nasiruddin Shah Besut ke Utusan Melayu

23 September 2016 (Jumaat) – Seramai 76 pelajar diiringi 12 guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Besut, Terengganu mengadakan lawatan sambil belajar ke ibu Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Rombongan yang tiba pada pukul 10 pagi itu disambut oleh Penolong Ketua Pengarang Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail.
Rombongan diketuai oleh Cikgu Tarmizi Jusoh dan bertujuan untuk  memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai perjuangan Utusan Melayu memperjuangkan bahasa, bangsa dan agama sejak sebelum kemerdekaan lagi. Selain itu, Para pelajar juga diberi penerangan lanjut mengenai proses, tugas serta cara sebuah organisasi media cetak beroperasi bagi menghasilkan berita. Disamping itu, lawatan tersebut juga untuk menghargai para pelajar atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah apabila menjadi johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Daerah Besut bagi dua tahun berturut-turut.


Kakitangan Utusan Malaysia, Nor Kamaro Mohd. Nor (kanan) menerangkan sesuatu kepada rombongan yang hadir. 
Rombongan pelajar bergambar kenangan di Pejabat Kosmo!. 
Pelajar-pelajar SMK Nasiruddin Shah khusyuk mendengar taklimat dan ucapan yang disampaikan oleh Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail di Dewan Utusan. 
Bergambar kenangan di Dewan Utusan. 
Rombongan bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Utusan Melayu. 


Lawatan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ke Utusan Melayu

20 September 2016 (Selasa) – Seramai 13 pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Utusan Melayu. Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah YaPEIM, Dato’ Abibullah Haji Samsudin.
          Lawatan itu bertujuan mengeratkan silaturahim dengan kakitangan Utusan Melayu selain memahami lebih lanjut mengenai tugas dan cara kerja media terutamanya organisasi media cetak. Rombongan disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Pengurus Jabatan pengarang, Ainol Amriz Ismail dan beberapa pengurusan kanan Utusan Melayu.


Datuk Abdul Aziz Ishak (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Abibullah Haji Samsudin. 
Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail (kanan) menerangkan sesuatu kepada rombongan ketika mengadakan lawatan ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. 
KUNJUNGAN MESRA.. Datuk Abdul Aziz Ishak bersama pengurusan YaPEIM ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Melayu.

Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan YaPEIM bergambar kenangan bersama seusai mengadakan lawatan.  


Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my

No comments:

Post a Comment