Wednesday 30 November 2016

Tinta Online Volume 18/2016 - 21 November 2016

Piala Ketua Pengarang 2016 Meriah

20 November 2016 (Ahad) - SELEPAS dua kali berturut-turut kecewa dalam perlawanan akhir, Solomon FC yang dibarisi Unit Foto Utusan Malaysia menjulang kejuaraan sulungnya apabila me­nundukkan Deportivo Moron 1-0 pada perlawanan akhir Piala Ketua Pengarang (KP) pada 20 November lalu.
         Pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam, sebanyak 10 pasukan bertarung merebut piala pusingan dan wang tunai RM1,000. Naib juara, Deportivo Moron yang diwa­kili ‘kaki golf’ membawa pulang habuan berjumlah RM750, manakala ketiga Bali FC (Unit Pengurusan) RM500. Pasukan Cereko Osaka yang tewas di Separuh Akhir dan dibarisi gabungan wartawan, pemasaran dan pemandu mencatat rekod jaringan terbesar kejohanan iaitu 5-0 semasa menewaskan Cerro Porfleno atau lebih dikenali sebagai Bengkak United. Pasukan lain yang turut serta ialah Madagascar FC (Kosmo 1), Hatyai FC (Kosmo! 2), UK Lele SB (UKSB), Orlando Pirates (wartawan) dan Kickers FC (wartawan).
      Sementara itu, Gebu Gebas dari Utusan membolot hadiah utama RM500 setelah berjaya mempertahankan gelaran dalam acara futsal wanita, dengan naib johan disandang oleh Kosmo!, manakala Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) ketiga. Edisi keempat Piala KP yang dianjurkan Kelab Editorial Utusan itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat selain mengeratkan hubungan sesama kakitangan.
         Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Aziz Ishak telah menyampaikan piala kepada para pemenang. Yang turut hadir Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkifli Hamzah; Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar dan Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail.
         Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, Mustafa Kamal Basri berkata, mewakili seluruh AJK Penganjuran termasuk Editor Ekonomi, Johardy Ibrahim (Penajaan) dan wartawan, Mohd. Asron Mustapha (Teknikal), pihaknya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sahabat dan rakan sepejabat yang telah turut serta dalam acara tersebut. Beliau berkata, barisan AJK juga bersyukur atas bantuan banyak pihak dalam serba serbi penganjuran, terutama Tuhan Yang Maha Esa kerana cuaca pada Ahad amat baik (pertama kali dalam seminggu itu Shah Alam tidak hujan petang!!!). “Kami juga memohon maaf atas segala kekurangan, termasuk semasa para pemain terpaksa mengangkut secara manual khemah dan tiang gol. Maklumlah duit penajaan belum masuk, terpaksa guna dana sendiri’’ kata beliau.
         Serentak dengan itu kata beliau, AJK Penganjuran Piala KP 2016 dibubar secara rasmi dan Insyallah tahun hadapan penganjuran acara akan dipimpin oleh generasi muda.

Berikut adalah gambar yang dirakam oleh jurufoto Utusan Malaysia Roy Azis.

Datuk Abdul Aziz Ishak (empat dari kiri) bergambar bersama Juara Piala Ketua Pengarang, Solomon FC. 

Menang Bergaya.. pasukan Solomon FC bersama piala yang dimenangi. 

Pemain Solomon FC, Aizul Majid (kanan) diasak oleh pihak lawan dalam perlawalan akhir Piala Ketua Pengarang.
Aksi pemain Solomon FC, Aizul Majid (tengah) ketika menentang pihak lawan. 

Pasukan Solomon FC meraikan kemenangan apabila menewaskan pasukan Deportivo Moron 1-0 pada perlawanan akhir Piala Ketua Pengarang. 
BERGAYA.. Aksi pemain wanita UKSB ketika mengelak sepakan bola dari pihak lawan.

Datuk Abdul Aziz Ishak (tengah) bergambar bersama pemain Piala Ketua Pengarang.

Ketua Pasukan Solomon FC, Mohd Farizwan Hasbullah (tengah) menerima Piala Ketua Pengarang daripada Datuk Abudl Aziz Ishak (dua dari kiri). 
Team paling meriah dengan jersi Bukan Qu Puteh turut mencatatkan jaringan terbesar kejohanan iaitu 5-0 menewaskan pasukan pilihan, Bengkak United. 

Antara pasukan yang berjaya mara ke separuh akhir.

Dua pemain bertembung ketika perebutan bola.
Cerro Porfleno atau dikenali sebagai Bengkak United bergambar kenangan bersama.
Pasukan UKSB bergaya dengan jersi berwarna oren hitam.

Pasukan Gebu Gebas dari Utusan menjuarai acara futsal wanita.

Pasukan wanita Kosmo! tidak kurang hebatnya apabila berjaya meraih naib johan dalam acara futsal wanita.

Salah seorang pemain cedera ketika beraksi dalam perlawanan. 

Pengarang Ekonomi, Johardy Ibrahim menerima cenderamata daripada Datuk Abdul Aziz Ishak.

Johardy Ibrahim bersama Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkifli Hamzah

Pengarang Kosmo! Datuk Baharom Mahusin menyampaikan cenderamata kepada Johardy Ibrahim.
Kejohanan Boling 2016
Kelab Sukan & Rekreasi
Utusan Media Sales Sdn. Bhd.


19 November 2016 (Sabtu) - Kelab Sukan & Rekreasi UMES telah menganjurkan Kejohanan Boling 2016 yang bertempat di Bowling Alley, Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur.  Seramai 32 orang pemain menyertai kejohonan ini yang bermula pada pukul 10:00 pagi.
          Dalam pertandingan ini, format permainan dijalankan secara berpasukan. Sebanyak 6 pasukan yang bertanding dan acara yang diadakan adalah acara Perseorangan dan Berpasukan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Unit Billing, Sulaiman Mohd Noor dan Ketua Unit Grafik, Azman Arus. 
         Kepada kesemua peserta, pihak KSRUMES ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan semangat berpasukan yang ditunjukkan semasa kejohanan ini berlangsung. Tidak lupa juga, kepada ahli-ahli kelab yang memberikan sokongan dalam menjayakan Kejohanan Boling 2016 ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Pemenang tempat pertama - kategori berpasukan
Izham, Sulaiman, Faread, Afiqah dan Naza.

Pemenang tempat kedua - kategori berpasukan
Faish, Haziq, Rosli, Dzulkifli dan Aishah
Pemenang tempat ketiga - kategori berpasukan
Alin, Khairul Anwar, Khairil Anuar, Ludfi dan Zulhanan
Juara Perseorangan - Lelaki
Nama: Izham Bin A. Rahim
Unit: Billing
Juara Perseorangan - Wanita
Nama: Zairizah Binti Zohri
Unit: Kawalan Kredit
Beberapa aksi yang ditonjolkan pemain wanita

Salah satu aksi pemain ketika Kejohanan Boling 2016 KRUMES.
agak-agak strike tak?

Antara pasukan yang menyertai Kejohanan Boling 2016

Walaupun kumbang hanya satu tidak mematahkan semangat pasukan ini untuk beraksi di Kejohanan Boling 2016.

Pasukan bertemakan Ungu ini tidak kurang hebatnya.



Kumpulan Utusan-Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Tingkatkan Kerjasama
18 November 2016 (Jumaat) - Kumpulan Utusan dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah memeterai perjanjian persefahaman bagi mempertingkatkan kerjasama antara dua pihak. Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Pro-Canselor USIM, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz di Tapak Pesta Konvokesyen USIM Ke-14 di Nilai.
Kerjasama di antara Utusan dan USIM ini merangkumi kerjasama dari segi pelaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta program sangkutan dan pemindahan ilmu melibatkan kakitangan kedua-dua pihak. Selain itu, MoU ini turut melibatkan penyediaan kemudahan untuk menganjurkan promosi dan pemasaran produk semasa program besar berlangsung di USIM.

Kumpulan Utusan diwakili Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak manakala USIM diwakili oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dan Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali.


TERMETRAI.. Datukj Mohd Noordin Abbas (tiga dari kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Prof. Dr. Musa Ahmad (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Tuanku Reahauddin Tuanku Mukhriz.

Datuk Mohd Noordin Abbas (enam dari kiri) menyampaikan cenderamata kenangan kepada Prof. Dato' Dr. Musa Ahmad sambil disaksikan oleh Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan USIM.

Setiap fakulti turut membuka gerai pameran buat pengunjung yang hadir ke Pesta Konvo USIM.

Sesi melepaskan ikan untuk acara pertandingan memancing.

Bergambar kenangan bersama selepas Majlis Pelepasan Ikan. 


Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Ke-40 UPM


20-26 Oktober 2016 (Khamis) – Kumpulan Utusan sekali lagi menjalin kerjasama pintar dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan menganjurkan Pesta Konvo UPM bersempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ke-40 UPM 2016 yang telah diadakan pada 20-26 Oktober 2016 bertempat di Bukit Ekspo, UPM.
    Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Pertandingan Memancing, Pertandingan Mewarna, Larian Fun Run 5km dan Cabaran Mini Xplorace yang menjadi tumpuan pengunjung yang hadir. Selain itu Wilayah Utusan yang terdiri daripada enam buah gerai juga mendapat sambutan hangat dengan pelbagai jualan buku dan majalah yang menawarkan harga runtuh termasuk studio penghias wajah, karikatur dan cabutan bertuah.
          Selain menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan, pengunjung yang melanggan akhbar digital e-Paper turut berpeluang untuk menyertai aktiviti Roda Bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah yang menarik antaranya langganan secara percuma e-paper selama enam bulan bernilai RM100.

Dr. Japar Sidik Bujang (lima dari kanan) bersama Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd Noor (enam dari kanan)  melepaskan ikan patin untuk pertandingan memancing sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Ke-40 Universiti Putra Malaysia (UPM) di Bukit Ekspo UPM Sedang. 

Kakitangan Pemasaran melayan beberapa pengunjung yang hadir ke gerai Utusan.
Studio Penghias Wajah turut disediakan semasa acara berlangsung.
Pengurus Besar Jabatan Pemasaran / Pengedaran, Rosman Zulkifli bergambar bersama pemenang Pertandingan Mini Xplorace. 
Kakitangan Unit Pengurusan Jenama menunjukkan sebahagian hadiah cabutan bertuah di gerai Utusan.
PENUH KESABARAN.. Peserta pertandingan memancing menanti umpan joran di sambar ikan. 
Peserta Pertandingan Larian Fun Run berkumpul digarisan permulaan sebelum wisel ditiupkan.

Salah seorang pengunjung hadir ke Gerai Utusan untuk membuat tempahan karikatur.

Datuk Hassan Mohd Noor (dua dari kanan) bersama pemenang-pemenang pertandingan memancing.

Pengurus Besar Pemasaran / Pengedaran, Rosman Zulkifli memberi taklimat kepada pengunjung yang hadir seusai pertandingan larian berlangsung. 

Lawatan Kolej Universiti Widad Ke Utusan Melayu

2 November 2016 (Rabu) – Seramai 55 orang yang terdiri daripada pengurusan kanan, pensyarah dan pelajar Kolej Universiti Widad mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu baru-baru ini. Delegasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Widad Business Group, Datuk Mohd Rizal Mohd Jaafar disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas. 
   Lawatan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang perjuangan Utusan Melayu memperjuangkan bahasa, bangsa dan agama sejak sebelum kemerdekaan serta memahami lebih lanjut mengenai tugas dan cara kerja media terutamanya organisasi media cetak. Selain itu, kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat turut dibincangkan dalam pertemuan itu. 
     Turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad dan beberapa pengurusan kanan Utusan Melayu serta editor. Semoga lawatan tersebut dapat mengeratkan hubungan yang lebih erat serta mewujudkan kerjasama yang baik antara kedua-dua belah pihak.


Pengurusan Kanan dan pelajar Kolej Universiti Widad bergambar kenangan bersama pengurusan kanan Utusan Melayu di Dewan Utusan.

Wartawan Unit Media Baharu, Nurulanuar Mansor menemuramah beberapa pelajar Kolej Universiti Widad semasa mengadakan lawatan di Meja Pengarang Media Baharu. 

Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Lokman Othman memberi taklimat kepada para pelajar di Pejabat Kosmo!.

Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkifli Hamzah menjawab pertanyaan daripada pelajar mengenai proses penerbitan akhbar Utusan Malaysia.

Sesi bergambar di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. 

Lawatan Persatuan Ketua Kampung Parlimen Jerantut

27 Oktober 2016 (Khamis) – Seramai 45 ahli Persatuan Ketua Kampung Parlimen Jerantut mengadakan lawatan ke Utusan Melayu. Rombongan diketuai oleh Ahli Parlimen Jerantut, Pahang, Datuk Ahmad Nazlan Idris disambut oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo! untuk melihat secara dekat operasi penerbitan berita.

Dalam lawatan itu, mereka telah diberi taklimat mengenai operasi serta produk Kumpulan Utusan sebelum dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Jabatan Pengarang Kosmo!.

Rombongan diberi penerangan mengenai proses penerbitan akhbar oleh kakitangan Utusan Melayu. 

Delegasi Persatuan Ketua Kampung Parlimen Jerantut bergambar kenangan di Ibu Pejabat Utusan Melayu. 

Hari Keluarga Pentadbiran Jabatan Pengarang 2016

HARI Keluarga Jabatan Pengarang telah diadakan dengan jayanya di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka pada 15-16 Oktober 2016 yang lalu. Program yang dianjurkan kali ini disertai oleh kakitangan Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengarang, Kosmo! dan Foto. Seramai 12 kakitangan termasuk Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail dan keluarga masing-masing telah hadir bagi menjayakan dan memeriahkan hari tersebut.
          Pelbagai acara sukan tradisional diadakan antaranya terompah panjang, kasut tempurung, bola baling pantai dan bola baling kelapa. Acara-acara sukan yang diadakan melibatkan kakitangan, pasangan dan keluarga dapat mengeratkan perhubungan dan silaturrahim di kalangan mereka.

          Pada sebelah malamnya telah diadakan majlis makan malam dan penyampaian hadiah bagi cabutan nombor bertuah. Selain itu, setiap kakitangan bersama keluarga juga ditugaskan untuk melakukan persembahan pada malam tersebut. Terima kasih diucapakan kepada mereka yang telah memberi sumbangan sehingga Hari Keluarga Jabatan Pengarang 2016 telah berlangsung dengan jayanya. 

Dua keluarga bersemangat ketika menyertai acara terompah panjang.

Apa yang seronok sangat tu Mislina?

Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail bergambar bersama kakitangannya.

Kakitangan dan ahli-ahli keluarga bergambar beramai-ramai sebelum acara sukan dimulakan.

Acara bola baling pantai.

Setiap keluarga bersedia untuk menyertai acara baling bola kelapa. Agak-agak strike tak?

Kanak-kanak turut menyertai acara ini.

Ainol Amriz Ismail menunjukkan aksi membaling buah kelapa.

Acara terompah panjang.. boleh berjalan ke tu Roselyza?

Giliran bapa dan anak pula menyertai acara terompah panjang.

Acara kasut tempurung.

sempat lagi Wan Mazlan mengusik ya?

Wan Mazlan dan Isteri membuat persembahan melakonkan adegan drama 'Madu Tiga'.

Antara aksi yang mencuit hati kakitangan dan keluarga ketika melakukan persembahan. 

Berkobar-kobar semangat tatkala Ainol Amriz membaca sajar bersama anakanda. 

Kakitangan dan keluarga bergambar kenangan bersama sebelum pulang ke ke destinasi masing-masing. 


Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my






No comments:

Post a Comment