Friday 11 August 2017

Tinta Online Volume 5/2017 - 8 Ogos 2017


Majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri 2017

24 Julai 2017 (Isnin) – Kumpulan Utusan sekali lagi meneruskan tanggungjawab sosial korporatnya dengan mengadakan Majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri 2017 yang telah diadakan di Dewan Utusan. Seramai kira-kira 210 tetamu yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal diraikan dalam suasana yang cukup meriah dan sederhana.
Pada majlis itu, Kumpulan Utusan turut menyumbangkan sebanyak tiga buah kerusi roda kepada golongan istimewa sementara seramai lima orang penerima diberikan kad OKU baharu yang telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas. Selain dijamu dengan pelbagai juadah raya, tetamu istimewa pada majlis itu turut diberikan cederahati, dihiburkan dengan persembahan nyanyian, sesi bergambar studio, cabutan nombor bertuah dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang disajikan khas buat mereka.

Majlis ini turut menerima tajaan daripada pelbagai syarikat dan agensi termasuk Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Segi Seri Group, Great Creation, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Q Bistro. Yang turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalannya, Datuk Othman Mohamad; Pengarah Eksekutif Yayasan Kumpulan Utusan, Datuk Dr. A. Ganesh; Timbalan Pengarah JKM Selangor, Siti Fatimah Ismail dan Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Jamal Ahmed Ali Ahmad.


Kehadiran maskot Transformers Bumbleebee menceriakan lagi suasana majlis.

Datuk Mohd Noordin Abbas (empat dari kiri) menyampaikan kad OKU baharu kepada beberapa golongan istimewa. 

Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) membantu menuangkan makanan kepada tetamu yang hadir. 

Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) menyuapkan makanan kepada salah seorang warga emas yang turut menerima sumbangan bantuan kerusi roda. 

Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri di Dewan Utusan.

Suasana meriah ketika berlangsungnya majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri 2017.

CERIA.. Datuk Mohd Nooridn Abbas (tengah) bersama warga emas, kanak-kanak dan golongan istimewa bergambar kenangan seusai majlis berlangsung. 
Kakitangan Kumpulan Utusan turut turun padang untuk sama-sama membantu menyediakan makanan buat para tetamu. 

Studio mini turut disediakan secara percuma buat tetamu yang hadir. 

Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian warga emas. 

Majlis Santunan Kasih bersama Pusat Pengajian Tahfiz Lil Banin

20 Julai 2017 (Khamis) – Seramai 120 pelajar dan warga Pusat Pengajian Tahfiz Lil Banin Pendang, Kedah diraikan dalam satu Majlis Santunan Kasih anjuran Kumpulan Utusan dan Yayasan Kumpulan Utusan. Majlis yang bermula pada pukul 8.00 malam itu turut disertai oleh 30 kakitangan Kumpulan Utusan.
Dalam majlis tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas turut menyempurnakan penyampaian sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Pengetua Maahad Tahfiz Darul Mustafa, Shuzaimee Aidi Samsudin bagi membaik pulih bumbung dan siling asrama pelajar Lelaki pusat pengajian berkenaan yang semakin uzur. 
Selain menikmati pelbagai juadah hari raya seperti ketupat, lemang, rendang, dodol dan nasi tomato, jemputan turut disajikan dengan persembahan istimewa daripada pelajar tahfiz. Yang hadir sama, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad dan Pengarah Yayasan Kumpulan Utusan, Datuk Dr. A. Ganesan.

Terdahulu, warga Maahad Tahfiz Lil Banin serta jemputan berpeluang melakukan pelbagai aktiviti termasuk mengacau dodol dan rendang serta membakar lemang untuk juadah jamuan hari raya itu, sekali gus membangkitkan suasana majlis berkenaan. Semoga acara seperti ini dapat diteruskan lagi bagi mengeratkan hubungan persaudaraan antara kakitangan Kumpulan Utusan dan warga Pusat Pengajian Tahfiz Lil Banin.

Kakitangan Kumpulan Utusan bergambar kenangan bersama sebaik tiba di Pusat Pengajian Tahfiz Lil Banin Pendang Kedah.

Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) bersama-sama warga kerja Pusat Tahfiz mengacau dodol untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir. 

Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kanan) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Pengetua Pusat Tahfiz, Shuzaimee Aidi (tiga dari kiri).

Pelajar Tahfiz beratur untuk menerima sumbangan duit raya daripada Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri).

Kakitangan Utusan membantu menyediakan makanan untuk pelajar tahfiz. 

Pengetua Pusat Pengajian Tahfiz, Shuzaimee Aidi menyambut ketibaan kakitangan Kumpulan Utusan di pintu masuk Pusat Pengajian Tahfiz.

Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) dan Datuk A Ganesh Arumugam (kiri) meninjau sekitar pusat tahfiz yang dalam proses pengubahsuaian bumbung dan siling. 

Datuk A Ganesh Arumugam bersama pelajar tahfiz menunjukkan skill mengacau dodol. 

Pengurus Utusan Land, Azan Hasan turut sama-sama membantu mengacau dodol untuk dinikmati bersama pelajar tahfiz.

Warna-warni.. kakitangan Kumpulan Utusan segak berbaju melayu ketika hadir memeriahkan majlis. 

Majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri 2017

24 Julai 2017 (Isnin) – Kumpulan Utusan sekali lagi meneruskan tanggungjawab sosial korporatnya dengan mengadakan Majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri 2017 yang telah diadakan di Dewan Utusan. Seramai kira-kira 210 tetamu yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal diraikan dalam suasana yang cukup meriah dan sederhana.
Pada majlis itu, Kumpulan Utusan turut menyumbangkan sebanyak tiga buah kerusi roda kepada golongan istimewa sementara seramai lima orang penerima diberikan kad OKU baharu yang telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas. Selain dijamu dengan pelbagai juadah raya, tetamu istimewa pada majlis itu turut diberikan cederahati, dihiburkan dengan persembahan nyanyian, sesi bergambar studio, cabutan nombor bertuah dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang disajikan khas buat mereka.

Majlis ini turut menerima tajaan daripada pelbagai syarikat dan agensi termasuk Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Segi Seri Group, Great Creation, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Q Bistro. Yang turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalannya, Datuk Othman Mohamad; Pengarah Eksekutif Yayasan Kumpulan Utusan, Datuk Dr. A. Ganesh; Timbalan Pengarah JKM Selangor, Siti Fatimah Ismail dan Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Jamal Ahmed Ali Ahmad.

Wan Mazlan Wan Harun (tengah) diapit oleh 'bunga-bunga' dari Jabatan Pentadbiran Pengarang,

Kambing Golek antara juadah raya yang disediakan.

Cendol dan Ais Kepal turut disediakan buat tetamu.

Gerai Jabatan Teknologi Maklumat tidak kurang hebatnya. 

Aiskrim berbasikal pasti mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. 

Abang jurujual apam balik ceria ketika berada di gerainya. 

Gerai Komunikasi Korporat, UP&D dan Yayasan Kumpulan Utusan menyediakan aneka bubur manis.. manis-manis orangnya.

Gerai UMES turut tampak meriah dengan aneka juadah yang disediakan. 

Kakitangan Jabatan Pengeluaran tidak melepaskan peluang bergambar bersama digerai mereka.

Gerai Juasa dan Jabatan Kewangan antara gerai yang cukup meriah dan kreatif di majlis sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan. 

En Nazlan Othman (tengah berbaju hijau) bersama-sama 'anak buahnya' bergambar bersama. 

Kakitangan Kosmo! turut tidak ketinggalan menyediakan juadah pencuci mulut buat tetamu.

Pelbagai jenis buah-buahan tempatan disediakan digerai kebun UMES. 

Gadis desa dan jejaka melayu segak bergaya ketika bergambar di Gerai Jabatan Pengurusan Jenama dan Utusan JobHouse.

Suasana meriah ketika majlis berlangsung. 

WARNI-WARNI AIDILFITRI.. kakitangan Kumpulan Utusan bergambar kenangan bersama seusai majlis berlangsung.

Kakitangan tidak melepaskan peluang untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Kakitangan beratur untuk mendapatkan juadah yang disediakan. 
Kakitangan Jabatan Pemasaran ceria apabila gerai mereka diumumkan Gerai Terbaik sempena majlis sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan. 

Jemaah Haji Kumpulan Utusan turut diraikan semasa majlis berlangsung. 

Datuk Mohd Noordin Abbas turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba permainan roda impian yang disediakan di gerai Jabatan Sumber Manusia. 

Wajah manis dan ceria kakitangan ketika menikmati juadah yang disediakan. 


Sekitar Kemeriahan Majlis Sambutan Aidilfitri Kesatuan Kewartawanan Kebangsaan Utusan Melayu (NUJUM) 


Datuk Mohd Noordin Abbas (tengah) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama dengan tetamu dan pengurusan kanan Utusan Melayu serta beberapa maskot adiwira ketika hadir ke majlis sambutan hari raya Aidilfitri anjuran Kesatuan Wartawan Kebangsaan Utusan Melayu (NUJUM) di Dewan Utusan. 

Datuk Abdul Aziz Ishak (berdiri dua dari kanan) beramah mesra bersama tetamu yang hadir. 

Kambing golek, sate dan nasi beriani antara juadah yang disediakan untuk tetamu. 
Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis. 

Kumpulan Sape Lele SMK Cheras turut diundang mengadakan persembahan untuk tetamu yang hadir. 

Tetamu memenuhi dewan sepanjang majlis berlangsung. 

Forum Nombor 10 - Mengembalikan Kegemilangan Bola Sepak Malaysia

27 Julai 2017 (Khamis) – Demi mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia, Kumpulan Utusan julung kalinya menganjurkan Forum Nombor 10 – Mengembalikan Kegemilangan Bola Sepak Malaysia yang telah diadakan di Dewan Utusan.
Forum yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal menampilkan tiga orang panelis yang merupakan bekas pemain kebangsaan iaitu Bakri Ibni, Mohd. Reduan Abdullah, dan Abdullah Ali, manakala Pengarang Sukan Utusan Malaysia sebagai moderator.  Forum yang menghimpunkan beberapa tokoh ternama termasuk bekas pemain, pengkritik dan kepimpinan bola sepak negara itu bertujuan bagi berkongsi idea bagi bagi memulihkan arena bola sepak selain menghargai jasa tokoh- tokoh sukan yang banyak berjasa kepada negara.
Pelbagai aktiviti sampingan diadakan sepanjang acara berlangsung antaranya pameran, pertandingan bola sepak jalanan, foosball dan studio mini untuk peserta dan tetamu mengambil gambar kenangan. Selain aktiviti sampingan ini, penganjuran forum itu akan turut diisikan dengan penyampaian sijil penghargaan Tokoh Bola Sepak kepada tiga individu penting iaitu bekas pemain negara, Santokh, tokoh sejarah dan penganalisis sukan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan tokoh penyiaran sukan, Datuk Abdul Rahim Razali.
Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Ketua Pengarang kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak; timbalannya, Datuk Othman Mohamad dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah. Selain Kumpulan Utusan sebagai penganjur, forum tersebut turut ditaja oleh Atroxene~gel sendi & otot, AirAsia, Milo, McDonald’s dan Sports Direct.com.



Panel Forum Nombor 10 - Mengembalikan Kegemilangan Bola Sepak Malaysia, Bakri Ibni (tiga dari kanan), Reduan Abdullah (dua dari kanan) dan Abdullah Ali (kanan) bersama moderator, Khalid Saad (kiri) di Dewan Utusan. 
Studio mini turut disediakan untuk tetamu yang hadir bergambar kenangan bersama 

Peserta memenuhi dewan sebelum acara bermula.

Datuk Abdul Aziz Ishak (tengah) bergambar bersama peserta dan tetamu yang hadir seusai majlis berlangsung.

Sebahagian peserta mencuba permainan Foosball yang disediakan di luar dewan.

Beberapa peserta melihat pameran yang disediakan di luar dewan sebelum forum bermula. 


Sekitar aktiviti pertandingan Street Soccer.

Beberapa orang tetamu menikmati minuman milo percuma yang disediakan di luar dewan. 

Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) menyampaikan sijil penghargaan Tokoh Bola Sepak kepada wakil Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari (kanan).


Datuk Mohd Noordin Abbas (dua dari kiri) bergambar bersama penerima Tokoh Bola Sepak.

Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) bergambar bersama pemenang tempat ketiga Pertandingan Street Soccer yang telah diadakan sebelum acara forum bermula. 

Majlis Penyerahan Biasiswa Kumpulan Utusan – Universiti LimKokWing

28 Julai 2017 (Jumaat) – Seramai 37 pelajar menerima biasiswa Kumpulan Utusan - Universiti Limkokwing untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti berkenaan bagi kemasukan Julai 2017. Majlis penyerahan biasiswa tersebut telah diadakan di Dewan Sumber Manusia di Ibu Pejabat Utusan Melayu dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.
Biasiswa Kumpulan Utusan – Universiti Limkokwing merupakan salah satu agenda tanggungjawab sosial korporat (SCR) Kumpulan Utusan yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Limkokwing. Biasiswa tersebut bertujuan menyediakan peluang pembelajaran kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian di universiti awam dan juga mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Turut hadir sama ke majlis, Timbalan Canselor Universiti Limkokwing, Profesor Cedric D. Bell, pensyarah di fakulti perniagaan, Raja Norhasmah Raja Soh dan Pengurus Besar di Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan, Azlan Naim Abdullah serta beberapa pengurusan kanan Kumpulan Utusan. Diharap pelajar yang menerima biasiswa Kumpulan Utusan - Universiti Limkokwing ini dapat menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya dan seterusnya berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan. 

Pengarang Kanan Media Baharu, Aznan Bakar (kiri) menerangkan sesuatu kepada pelajar tentang proses penerbitan akhbar ketika hadir mengadakan lawatan di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

Profesor Cedric D Bell (enam dari kanan) dan Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Lokman Othman menunjukkan isyarat bagus ketika hadir mengadakan lawatan di Pejabat Kosmo!. 
Lokman Othman (kanan) memberikan sedikit penerangan tentang akhbar Kosmo!. 

Datuk Othman Mohamad (tengah) bersama tetamu dan pelajar bergambar kenangan bersama selepas selesai acara penyerahan biasiswa kepada pelajar. 

Tetamu, pelajar dan ibubapa memenuhi dewan sebelum acara bermula. 

Pengurus Besar di Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan, Azlan Naim Abdullah menyampaikan kata-kata aluan kepada tetamu yang hadir.

Naib Canselor Universiti Limkokwing, Cedric D. Bell menyampaikan sepatah dua kata ketika hadir ke majlis. 

Majlis turut mengundang dua pelajar tajaan biasiswa Kumpulan Utusan - Universiti :Limkokwing iaitu Saif Ali Jamal dan Haseena Tasnim untuk berkongsi pengalaman sepanjang bergelar mahasiswa di Universiti Limkokwing.

Datuk Othman Mohamad (dua dari kanan) dan Profesor Cedric D. Bell menyampaikan surat tawaran biasiswa kepada pelajar yang berjaya. 

Majlis Lambaian Aidilfitri Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM)

16 Julai 2017 (Ahad) – Lebih 100 orang ahli Kelab Veteran Melayu (KVUM) hadir ke Majlis Lambaian Kasih Aidilfitri (KVUM) yang telah di Dewan Besar Utusan Melayu. Majlis yang dihadiri lebih 100 ahli KVUM itu bertujuan bagi mengeratkan silaturahim sesama ahli selain bertukar pandangan mengenai kehidupan masing-masing.
Selain dijamu dengan pelbagai juadah hari raya, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan artis Mawi, Shamsul Yusoff, Zaiton Sameon, Syed Wafa dan Ramli Sarip. Majlis turut diserikan dengan aktiviti cabutan bertuah dan penyampaian sumbangan kepada ahli yang kurang berkemampuan serta tayangan video Tribute untuk Bahyah Mahmood (BAM) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 20 Jun lalu. Presiden KVUM, YM Dato’ Raja Ahmad Niza Raja Ismail turut menyampaikan puisi kepada tetamu yang hadir. Tetamu turut dihiburkan dengan lagu Geylang Si Paku Geylang sebelum majlis berakhir.
Turut hadir ke majlis, bekas Timbalan Menteri Penerangan, Tan Sri Khalid Yunus, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak.
























5 JUN 2017 - UiTM Holdings Sdn Bhd.

7 JUN 2017 - Bubur Lambuk anjuran Surau al-Huda

16 JUN 2017 - Malaysia Airlines Berhad

15 JUN 2017 - Bubur Lambuk Kumpulan Utusan - PLUS

14 JUN 2017 - Kompleks Sri Utusan

19 JUN 2017 - Starbucks edar minuman percuma

20 JUN 2017 - Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Rakan Korporat Ke Ibu Pejabat Utusan Melayu


Demi mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengekalkan jalinan kerjasama yang utuh, Utusan Melayu sentiasa menerima kunjungan dari rakan korporat untuk sama-sama berbuka puasa dengan warga kerja Utusan sepanjang Ramadan lalu. Dengan pelbagai juadah terhidang, majlis ini amat bermakna sebagai tanda ikatan mesra serta saling bertanya khabar umpama sebuah keluarga. Diharap tradisi yang diamalkan saban tahun ini diteruskan diantara kedua-dua belah pihak bagi meningkatkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin.

5 JUN 2017 - Affin Bank Berhad
13 JUN 2017 - Tesco Malaysia
15 JUN 2017 - Sime Darby Berhad
21 JUN 2017 - Malaysia Global Innovation & Creating Centre (MAGIC-MOF)
22 JUN 2017 - PROLINTAS

Forum Jihad Memerangi Dadah

14 Jun 2017 (Rabu) – Kumpulan Utusan dengan kerjasama Majlis Perundingan Melayu (MPM), Yayasan pencegahan Malaysia (MCPF) dan Persatauan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah menganjurkan forum Jihad Memerangi Dadah yang telah diadakan di Dewan Utusan. Program sehari itu diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang penyalahgunaan dadah serta memberikan beberapa idea dalam usaha memerangi dadah yang kini semakin berleluasa.
Forum yang dikendalikan oleh Setiausaha Agung MPM, Profesor Datuk Dr. Hasan Mad dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob sebagai moderator pada dua sesi panel forum itu turut menampilkan beberapa orang ahli panel iaitu Pengarah Komisioner Penjara, Bahagian Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara, Nordin Muhamad; Ketua Penolong Pengarah (Antarabangsa) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Hamizan Haidzir, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan, Pesol Md. Saad dan ahli Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Profesor Datuk Dr. Ismail Ibrahim serta Pengarah Yayasan Sukarelawan Siswa, Wan Ahmad Hazman Wan Daud.
Keterlibatan semua lapisan masyarakat dalam memerangi penyalahgunaan dadah di negara ini menjadi fokus utama pihak Jawatankuasa Penganjur Forum Jihad Memerangi Dadah, dalam menyiapkan resolusi forum untuk diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Hadir sama ke majlis, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalannya, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah, Pengarah Eksekutif Yayasan Kumpulan Utusan, Datuk A Ganesh Arumugam dan beberapa pengurusan kanan Utusan Melayu, MPM, MCPF serta PEMADAM.

Tetamu dan peserta mula memenuhi dewan sebelum acara bermula. 

Pameran Dadah turut disediakan di luar dewan bagi memberi pendedahan mengenai penyalahgunaan dadah.

Tetamu mula hadir untuk mendaftar bagi menyertai forum ini.


Profesor Datuk Dr Ismail Ibrahim (kanan) mengupas isu yang dibincangkan ketika forum berlangsung.

Salah seorang peserta menanyakan soalan mengenai isu yang dibincangkan. 

Datuk Abdul Aziz Ishak (tengah) bersama moderator, ahli panel dan tetamu jemputan bergambar kenangan seusai majlis berlangsung. 












Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan #Umenangsakan Bonanza Edisi 1

15 Jun 2017 (Khamis) – Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan #Umenangsakan Bonanza Edisi 1 telah diadakan di perkarangan lobi Blok A, Utusan Melayu.  Seramai 32 pemenang bertuah daripada kira-kira 10,000 peserta menerima hadiah masing-masing termasuk hadiah utama, sebuah kereta Proton Iriz yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Rezeki berpihak kepada seorang pemuda golongan istimewa, Nurulihsanuddin Ab. Hadi, apabila berjaya membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Proton Iriz. Peraduan Bonanza #UMenangsakan ini juga turut menawarkan kepada pemenang tiga unit televisyen 40 inci Pensonic, tiga unit telefon pintar Huawei dan 25 unit jam tangan berjenama Ice Watch sementara bagi pemenang kategori bulanan pula berpeluang membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM500.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hassan Mohd. Noor; Ahli Pemegang Amanah Yayasan Utusan, Datuk Dr. A. Ganesh; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah; Pengurus Besar di Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Azlan Naim Abdullah; Pengurus Jabatan Pengarang; Ainol Amriz Ismail dan Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman.

Pengurusan kanan Utusan Melayu bergambar kenangan bersama pemenang peraduan #Umenangsakan Bonanza seusai majlis penyampaian hadiah. 

Pemenang bertuah bergambar dengan televisyen 40 Inci Pensonic yang telah dimenangi.

3 pemenang bertuah menunjukkan hadiah yang diterima. 

Penolong Pengarang Utusan Malaysia/Prosesan, Rozaman Ismail menerangkan kepada pemenang tentang proses penerbitan akhbar ketika hadir mengadakan lawatan ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. 

Pengacara majlis turut beramah mesra bersama sebahagian pemenang sebelum penyampaian hadiah diadakan. 

Datuk Abdul Aziz Ishak (enam dari kiri) menyampaikan hadiah sebuah kereta Proton Iriz kepada pemenang utama peraduan #Umenangsakan bonanza, Nurulihsanuddin sambil diperhatikan oleh pengurusan kanan Utusan Melayu.




Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my


No comments:

Post a Comment