Wednesday 23 March 2016

Tinta Online Volume 6/2016 - 9 Mac 2016

Lawatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ke Utusan Melayu


24 Februari 2016 (Rabu) – Seramai 26 kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah (KP), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Jalan Utusan, Kuala Lumpur pada hari rabu lalu. Rombongan FRIM disambut oleh Pengurus Jabatan Pengarang Utusan Melayu, Ainul Amriz Ismail dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed.
Rombongan kemudiannya dibawa ke Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang dan diperkenalkan kepada pegawai-pegawai pengurusan Utusan Melayu dan wakil-wakil jabatan pengarang. Tujuan lawatan adalah untuk mengukuhkan kerjasama antara FRIM dan Utusan Melayu serta memberi penghargaan kepada Utusan Melayu atas sokongan yang diberikan kepada FRIM serta sumbangan Utusan Malaysia terhadap usaha pemuliharaan hutan dan alam sekitar di negara ini.
Selain itu, delegasi FRIM dan Pengurusan Kanan Utusan Melayu turut menyempurnakan majlis penanaman pokok yang diadakan sempena lawatan ini. FRIM telah menghadiahkan pokok kelat nenasi/ gelam tikus (Syzygium zeylanicum) yang ditanam oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas, sebagai acara simbolik. Turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Datuk Mohd Noordin Abbas menanam pokok Gelam Tikus sumbangan FRIM sambil diperhatikan Abd. Latif Mahmod (dua dari kiri) dan Datuk Abdul Aziz Ishak (kiri) di perkarangan Ibu Pejabat Utusan Melayu. 

Barisan Pengurusan Kanan Utusan Melayu dan FRIM bergambar kenangan selepas Majlis Menanam Pokok diadakan. 

Kakitangan FRIM melihat contoh sisipan akhbar Utusan Malaysia sewaktu mengadakan lawatan di Jabatan Pengarang.

Datuk Mohd Noordin Abbas menyiram pokok Gelam Tikus yang telah ditanam. 

Perbincangan tertutup diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengarang sebelum Majlis Menanam Pokok diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Utusan Melayu.

Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail membawa delegasi FRIM melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia.

Delegasi turut melawat Jabatan Pengarang Kosmo!

 Lawatan Muhibah Staff Loji Tebrau ke Loji Gong Badak

27 Februari 2016 (Sabtu) - Seramai 37 orang kakitangan Utusan dan keluarga dari Loji Tebrau telah berkunjung ke Terengganu dan mengadakan lawatan ke Loji Gong Badak pada baru-baru ini. Kumpulan lawatan ini merangkumi kakitangan dari Jabatan Pemasaran dan Pengeluaran. Lawatan yang diketuai oleh Eksekutif Pengedaran Wilayah Selatan, Mohd Shahrul Azhar Yaakob disambut oleh wakil dari Jabatan Pengeluaran  Loji Gong Badak, Rosmaniar Ramly dan Eksekutif Pengedaran Wilayah Timur, Abdul Hafiz Baharudin. Perjalanan rombongan yang bermula pada jam 11.00 malam hari Jumaat dan tiba di Terengganu pada jam 10 pagi hari Sabtu telah diisi dengan pelbagai aktiviti lawatan ke beberapa lokasi menarik di Terengganu seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, sekitar pusat keropok lekor tersohor iaitu Losong dan di akhiri di sebelah awal petangnya dengan jamuan nasi minyak di Loji Gong Badak.

Selain itu, satu pertandingan futsal telah diadakan diantara kakitangan Loji Gong Badak dan kumpulan lawatan dari Tebrau. Perlawanan berakhir dengan keputusan pasukan pelawat dikalahkan dengan jaringan 0-4. Pertandingan ini diadakan untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan antara kakitangan daripada dua loji. Pada sebelah malam, kumpulan lawatan telah bergerak untuk ke stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu untuk menyaksikan perlawanan liga super JDT menentang Terengganu. Sebelum bertolak balik pada malam itu, rombongan sempat sekali lagi singgah di loji Gong Badak bagi meninjau proses percetakan akhbar mingguan malam itu dengan berita kemenangan 2-0 pasukan JDT ke atas pasukan Terengganu pula. Dengan ini diharapkan akan diadakan lebih banyak kegiatan atau aktiviti seperti ini akan dilakukan dari masa ke masa bagi lebih memeriahkan masa hujung minggu kakitangan Utusan antara loji khasnya dan seluruh warga Utusan amnya disamping dapat menjadi tali penghubung ukhwah sesama kakitangan di dua lokasi kerja yang jauh. Walau jauh di mata tetapi tetap dekat dihati.








Majlis Utusan Business Awards 2015

1 Mac 2016 (Selasa) – Buat julung kalinya Kumpulan Utusan menganjurkan Utusan Business Award (UBA) 2015 yang telah berlangsung pada hari selasa lalu bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. Anugerah tersebut sebagai satu penghargaan kepada syarikat-syarikat dan para peneraju yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara serta memberi inspirasi kepada organisasi tempatan untuk memiliki tahap daya saing yang tinggi dan berinovatif untuk terus kekal serta cemerlang dalam sektor perniagaan.
Acara penyampaian anugerah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang sudi berangkat mencemar duli ke Majlis Utusan Business Awards 2015. Pada majlis yang sama, Baginda juga berkenan menyampaikan anugerah khas Tokoh Negarawan Ulung kepada isteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Tun Rahah Tan Sri Mohammad Noah. Anugerah tersebut diberikan kepada Bapa Pembangunan Malaysia itu bagi menghargai sumbangan besar kepada negara.

Sebanyak 35 buah syarikat merangkul trofi anugerah kecemerlangan dalam bidang masing-masing yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu anugerah kecemerlangan mengikut sektor, anugerah kecemerlangan kepimpinan dan anugerah pencapaian sepanjang hayat.

MERIAH.. suasana majlis ketika majlis berlangsung 

Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Abdul Aziz Ishak bergambar bersama dengan barisan Jawatankuasa Majlis Utusan Business Awards 2015 seusai majlis.

Barisan The Usherettes bergambar kenangan bersama penyanyi Dayang Nurfaizah.

Ketibaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah ke Majlis Utusan Business Awards 2015.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (duduk tengah) berkenan bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (duduk dua dari kanan), Pengerusi Kumpulan Utusan, Datuk Fatmi Che Salleh (duduk dua dari kiri), Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas (duduk kiri), Tun Rahah Mohammad Noah (duduk kanan) dan penerima-penerima Utusan Business Awards 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kelunakan suara Dayang Nurfaizah berjaya memukau orang ramai dengan persembahannya.

Barisan The Usherettes menceriakan lagi suasana majlis. 

Datuk Mohd Noordin Abbas menyampaikan ucapan alu-aluan. 

Suasana ceria dan meriah ketika majlis berlangsung. 

MESRA.. The Usherettes atau lebih dikenali sebagai penyambut tetamu ceria selepas menjayakan Majlis Utusan Business Awards 2015.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed bersama "anak buah"nya turut bergambar bersama. 

Pengurus Besar di Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan, Azlan Naim Abdullah bergambar bersama "dayang-dayang"nya.

Jurufoto Utusan Melayu sentiasa senyum dimana sahaja mereka berada. 

Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Abdul Aziz Ishak (tengah) berkenan bergambar bersama Jawatankuasa Penganjur Majlis Utusan Business Awards 2015 seusai majlis berlangsung. 


Datuk Mohd Noordin Abbas (kiri) mengiringi  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah masuk ke dewan majlis. 

Jejaka-jejaka Unit Fotografi turut tidak melepaskan peluang bergaya di depan kamera. 

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bergambar bersama Jawatankuasa Penganjur Utusan Business Awards 2015.

Editor Utusan Malaysia turut mengabdi kenangan bergambar di Majlis Utusan Business Awards 2015.


Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my


No comments:

Post a Comment