Tuesday 22 March 2016

Tinta Online Volume 4/2016

Lawatan Sambil Belajar Pelajar UNISEL ke Utusan Melayu


4 Februari 2016 - Seramai 14 orang pelajar Diploma Teknologi Fotografi Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka berserta 5 orang pensyarah dari Universiti Industri Selangor (Unisel) telah mengadakan lawatan ke pejabat Utusan Melayu baru-baru ini.   Lawatan yang diketuai oleh Pensyarah Unisel, Afendi Md. Shas disambut oleh Pegawai Eksekutif Jurufoto Utusan, Abdul Rahman Saleh. Selain mengeratkan hubungan antara satu sama lain, lawatan tersebut juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kerja-kerja fotografi dalam industri media dan teknologi yang digunakan pada masa kini. Diharapkan lawatan tersebut dapat membuka minda pelajar-pelajar untuk merancang kerjaya mereka pada masa hadapan serta membantu pembelajaran mereka khususnya dalam bidang fotografi.

Para pelajar diberi pendedahan tentang bidang fotografi oleh salah seorang jurufoto Utusan Melayu

Fokus.. Pelajar khusyuk mendengar taklimat dan pendedahan tentang ilmu fotografi

Pelajar dan kakitangan Unit Fotografi bergambar kenangan bersama.

Pelajar juga dibawa ke Studio Foto bagi melihat secara langsung rakaman fotografi yang dibuat oleh Jurufoto. 

Salah seorang pelajar mencuba menggunakan kamera dan melakukan beberapa rakaman di Studio Foto. 

Promosi Filem Terbaru Astro Shaw Ola Bola

4 Februari 2016 - Beberapa pelakon dan krew filem Ola Bola telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu pada hari khamis lalu. Tujuan lawatan adalah untuk mempromosikan filem Ola Bola yang sedang ditayangkan di pawagam. Rombongan yang diketuai oleh Pengarah filemnya, Chiu Keng Guan disambut oleh Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Nik Anura Nik Abdul Rahman dan beberapa editor kanan Utusan Malaysia dan Kosmo!. Selain mempromosikan filem tersebut, rombongan juga dibawa melawat ke Jabatan Pengarang Utusan Melayu dan Kosmo! bagi beramah mesra dan bergambar bersama pelakon dan krew filem. 

Krew filem Ola Bola bergambar bersama Editor Utusan Malaysia di Jabatan Pengarang.

Krew filem Ola Bola turut singgah di Jabatan Pengarang Kosmo!

Pengarang Kanan berita1, Rozaman Ismail (dua dari kanan) menerangkan sesuatu kepada krew filem Ola Bola sewaktu mengadakan lawatan di Jabatan Pengarang. 
Kumpulan Utusan Anjur Utusan Business Awards 2015

4 Februari 2016 - Kumpulan Utusan dengan kerjasama Yayasan Kumpulan Utusan, Utusan Studios dan MyEvents International akan mengadakan Utusan Business Awards 2015 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 1 Mac depan.
Majlis Pelancarannya telah diadakan pada hari khamis lalu bertempat di Dewan Besar Utusan Melayu (Malaysia) Berhad disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif MyEventss International, Shahul Hameed Dawood.
Anugerah yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian cemerlang pemain-pemain dalam sektor perniagaan di negara ini. Anugerah tersebut menampilkan 36 kategori dengan 25 kategori mengiktiraf kecemerlangan industri, sembilan kategori kecemerlangan kepimpinan dan tiga kategori pencapaian sepanjang hayat. Pada majlis tersebut, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga penaung Diraja anugerah tersebut berkenan mencemar duli ke anugerah berkenaan.

Trofi Utusan Business Awards 2015 yang akan diterima oleh para pemenang pada 1 Mac 2016.

Datuk Noordin Abbas (dua dari kiri) bergambar bersama Datuk Abdul Aziz Ishak (dua dari kanan), Datuk Othman Mohamad (kiri) dan Shahol Hameed Dawood (kanan) selepas merasmikan Majlis Pelancaran Utusan Business Awards 2015.

Gimik Pelancaran

Datuk Noordin Abbas dan Datuk Abdul Aziz Ishak bergambar bersama trofi Utusan Business Awards 2015.

Datuk Mohd Noordin Abbas bersama trofi Utusan Business Awards 2015 yang akan diadakan pada 1 Mac 2016.
 Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my


No comments:

Post a Comment