Wednesday 23 March 2016

Tinta Online Volume 7/2016 - 21 Mac 2016


Lawatan Jawatankuasa Mesyuarat Operasi Ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi

3 Mac 2016 (Khamis) –Jawatankuasa Mesyuarat Operasi kali ke 8 bagi tahun 2016 yang dipengerusikan oleh Penolong Ketua Pengarang 1, Datuk Mohd Zaini Hassan buat pertama kalinya bagi tahun 2016 telah mengadakan mesyuarat serta lawatan ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi pada sebelah malam. Mesyuarat yang dihadiri seramai 14 orang Ahli Jawatankuasa mula bermesyuarat dari pukul 8.00 malam dan berakhir dengan lawatan ke kilang cetak pada pukul 1.30 pagi. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara langsung proses percetakan serta tumpuan terhadap kawasan-kawasan yang kerap berlakunya gangguan cetak. Jawatankuasa Operasi berhasrat akan meneruskan lawatan ini ke loji-loji cawangan untuk melihat secara langsung masalah yang dihadapi.

Disediakan oleh:

Haslinda Hassan
Setiausaha, Jawatankuasa Mesyuarat Operasi

Barisan Jawatankuasa operasi menunjukkan naskah akhbar Kosmo! yang siap dicetak

Penolong Pengarang 1 Kosmo!, Mohd Nor Abd Samad (kiri) menerangkan sesuatu kepada Datuk Hassan Mohd Noor (kanan)

Jawatankuasa meninjau kawasan operasi percetakan bagi memastikan proses berjalan dengan lancar. 

Jawatankuasa turut memeriksa dan memastikan mesin percetakan berada dalam keadaan baik.

Datuk Hassan Mohd Noor (dua dari kanan) melihat operasi proses percetakan akhbar.

Salah seorang kakitangan Pengeluaran menunjukkan proses percetakan akhbar yang menggunakan sistem komputer. 

Kunjungan Hormat Ketua Penerangan UMNO ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

9 Mac 2016 (Rabu) – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa bersama beberapa pegawai kanan mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Utusan Melayu baru-baru ini. Kunjungan yang diadakan adalah bertujuan bertukar pandangan mengenai perkembangan politik tanah air serta menjalin kerjasama pada masa akan datang. Kunjungan disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan beberapa pengurusan Kumpulan Utusan.

Kunjungan itu dimulakan dengan perbincangan tertutup di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah dan diikuti dengan jamuan makan tengah hari. Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mustapha Kamal Mohd. Yusoff dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Zein Isma Ismail. Utusan Malaysia diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan beberapa editor kanan Utusan Melayu. Semoga lawatan tersebut dapat mengeratkan hubungan yang lebih erat serta mewujudkan kerjasama yang baik antara kedua-dua belah pihak.

Tan Sri Annuar Musa dan delagasi UMNO bergambar bersama Pengurusan Kanan dan kakitangan Utusan Melayu. 

Tan Sri Annuar Musa (kiri) bersama Datuk Abdul Aziz Ishak (kanan) singgah di meja Pendidikan bagi mendengar penerangan mengenai akhbar tutor pendidikan. 

Editor Kanan Media Baharu, Gamal Nasir Mohd Ali menemuramah Tan Sri Annuar Musa sewaktu mengadakan lawatan ke Jabatan Pengarang. 

Tan Sri Annuar Musa bersalaman dengan Ketua Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Pengeluaran Iklan, Utusan Media Sales Sdn Bhd, Abu Hanafiah Zainal Abidin sewaktu tiba di Ibu Pejabat Utusan Melayu.

Datuk Abdul Aziz Ishak (tengah) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tan Sri Annuar Musa sambil disaksikan oleh Pengurusan Kanan dan kakitangan Utusan Melayu. 

Lawatan Pelajar Kolej As-Sofa dan Yayasan Sofa ke Ibu Pejabat Utusan Melayu

10 Mac 2016 (Khamis) – Seramai 7 orang pelajar dan 2 orang pensyarah dari Kolej Yayasan As-Sofa dan Yayasan As-Sofa telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Utusan Melayu pada hari Khamis lalu. Lawatan yang bermula pada pukul 2.30 petang itu bertujuan bagi mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan tersebut dengan Utusan Melayu dan memahami struktur organisasi dan latar belakang serta perkembangan terkini tentang Utusan Malaysia. Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Amran Ismail itu telah disambut oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengurus Jabatan Pengarang Utusan Malaysia, Encik Ainol Amriz Ismail.

Pengarang Meja Agama, Ahmad Tarmizi Abdul Rahim menerangkan proses penerbitan berita kepada pelajar Kolej Yayasan As-Sofa.

Datuk Othman Mohamad (tengah) bergambar bersama dengan pensyarah dan pelajar Kolej Yayasan As-Sofa.

Datuk Othman Mohamad (tengah) menerima cenderamata daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Amran Ismail sambil disaksikan oleh pelajar Kolej Yayasan As-Sofa dan Pengurusan Kanan Utusan Melayu. 

 Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my

www.utusangroup.com.my

No comments:

Post a Comment