Tuesday 22 March 2016

Tinta Online Volume 5/2016 - 26 Februari 2016

Lawatan Sambil Belajar Pelajar Kolej Antarabangsa Unifield ke Loji Percetakan Sri Utusan


15 Februari 2016 – Seramai 29 orang pelajar dan 2 orang pensyarah dari Fakulti Pengurusan Teknologi, Kolej Antarabangsa Unifield telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Loji Percetakan Sri Utusan Bangi pada hari Isnin lalu. Lawatan yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai proses percetakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! serta teknologi percetakan pada masa kini. Lawatan tersebut disambut oleh Eksekutif Kanan Pengeluaran, Wan Mohamed Redza. Diharapkan lawatan tersebut dapat membuka minda pelajar-pelajar untuk merancang kerjaya mereka pada masa hadapan serta membantu pembelajaran mereka.

Pelajar bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Kompleks Sri Utusan.

Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya taklimat yang disampaikan oleh Eksekutif Kanan Pengeluaran, Wan Mohamed Redza. 

Majlis Anugerah Lensa Rencam Malaysia Hargai Karya Fotografi Kakitangan

15 Februari 2016 – Majlis Anugerah Lensa Rencam telah diadakan di Dewan Besar Utusan Melayu pada hari Isnin lalu. Majlis yang dianjurkan oleh Unit Foto bertujuan untuk menghargai sumbangan artikel dan perkongsian jurufoto yang telah disiarkan menerusi ruangan fotografi Lensa Rencam di dalam akhbar Mingguan Malaysia setiap Hari Ahad dan ruangan Detik dalam akhbar Kosmo! setiap Sabtu.
Majlis penganugerahan itu telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Aziz Ishak. Tempat pertama dimenangi oleh Shahjehan Md Amin, Gaie Uchel di tempat kedua serta Fauzi Baharuddin di tempat ketiga. Karya-karya fotografi telah dinilai oleh sekumpulan juri yang diketuai oleh Editor Foto, Abdul Kadir Bachok selaku Pengerusi Jawatankuasa Anugerah.
Dalam majlis itu juga, Jurufoto Utusan Melayu, Mohd Noor Mat Amin atau lebih dikenali sebagai Mr. Solo (Pendaki Solo) turut diraikan di majlis yang sama atas kejayaan beliau menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Individu Pertama Memproses Filem (Negatif) Secara Manual di Everest Base Camp semasa mengikuti Projek Malaysia-Everest 1997. Mohd Noor juga merupakan individu pertama yang berjaya melakukan sedemikian pada altitude yang tinggi. Sijil pengiktirafan disampaikan oleh Pengarah Operasi, The Malaysia Book Records, Christopher Hw Wong.
Selain itu, Unit Foto turut mengadakan mini pameran di perkarangan lobi yang mempamerkan gambar-gambar yang pernah dimenangi oleh para pemenang bulanan Lensa Rencam dan gambar-gambar karya kakitangan yang memenangi anugerah pada hari tersebut.

Editor Foto, Abdul Kadir Bachok (kanan) menyerahkan tab kepada Datuk Mohd Noordin Abbas untuk upacara simbolik pelancaran.

Datuk Mohd Noordin Abbas bergambar bersama pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga Anugerah Lensa Rencam.

Jurifoto Utusan Melayu, Mohd Noor Mat Amin atau lebih dikenali sebagai Mr. Solo (Pendaki Solo) menerima Sijil  Pengiktirafan Malaysia Book of Record daripada Pengarah Operasi The Malaysia Book of Records, Christopher Hw Wong.

Bergambar kenangan seusai majlis berlangsung.

Pameran Fotografi turut diadakan diluar dewan.

Mohd Noor Mat Amin menunjukkan Sijil Pengiktirafan The Malaysia Book of Records yang diterima selepas majlis. 
 Disediakan oleh: 







Muhammad Syakkur Mamat (Syak)
Jabatan Komunikasi Korporat
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Tel         : 603-92324435
Faks       : 603-92210594
H/P        : 013-3986300
E-mel     : syakkur.mamat@utusan.com.my

No comments:

Post a Comment